Satu saat Rasulullah di kejar dengan pedang dari belakang dan pada saat yang lain beliau terlepas dari makar pembunuhan dalam peperangan. Kemudian dalam satu peperangan beliau dikepung dengan pedang-pedang musuh terhunus, lantas para temannya membuat bulatan - benteng nyawa - sehingga beliau tersungkur diasak musuh menyebabkan gigi beliau patah.
Ini satu paparan yang tiada siapa dapat menafikannya bahawa sepanjang hayat Rasulullah senantiasa diancam bunuh. Malah para teman beliau banyak yang berguguran dibawah kilatan mata pedang.
Kerana tidaklah manusia itu diciptakan dengan saja-saja meliankan dia harus diuji. Begitulah juga bahawa setiap Rasul itu diutus maka diturunkan juga musuih baginya berupa manusia dan jin, yang mereka ini berbisik sesama mereka dalam merencanakan makar memutus nyawa Rasul dan menghentikan Islam.
Justeru melihat jayanya dan tersebarnya da'wah Islam yang dibawa oleh Ahmad Bin Abdullah, sang Rasul terakhir, maka para setan ini mula berfikir bahawa untuk melelahkan penganutnya dan merobohkan sendi-sendi Islam tidak boleh dilakukan pembantaian secara fizikal kerna manusia yang bersyahadah itu pasti bisa menentang kekafiran dengan pedang dan nyawa mereka.
Lalu yang harus dibobrokkan ialah rupa Islam itu sendiri - ajarannya - dan sendinya - sumber ilmu islam; epistimologi nya. Oleh itu setelah dipahami dengan benar dan membulat tekat, kaum kuffar pun menyusup masuk menjadi penganut islam padahal mereka adalah kaum munafik. Disebarkanlah paham-paham yang bukan bersumber dari Islam dan ditegakkan sendi-sendi baharu.
Tetapi pada saat ini Rasul telah tiada, meninggalkan dunia menuju kepada Azza wa jalla, namun beliau telah tinggalkan khalifahnya iaitu para teman-teman beliau semasa hayatnya. Yang mereka ini mendengar Kalam Tuhan dibibir Muhammad saw, dan mereka mempelajari setiap 10 ayat dan memahami makna-maknanya. Juga mereka melihat setiap gerak Utusan Allah ini dan menghapal butir bicaranya.
Kalaulah Rasul itu masih ada, nescaya beliau akan menjadi saksi kebatilan ruba baru Islam dan sendi-sendi ciptaan itu. Menjadi hujjah dengan Kalam Tuhan dan ucapan beliau. Tetapi sudah menjadi hukum bahawa setiap yang bernyawa pasti menemui kematian. Namun Tuhan telah siapkan hujjah Islam ini akan diteruskan oleh taman-teman Rasul-Nya.
Ketika setiap pemikiran baharu bermunculan, ketika itulah juga pedang kebenaran ditebas hingga kebatilan itu sirna. Begitulah ketika kaum Haruriyah mengucapkan "Hukum itu hanya milik Allah" maka Ali membantah "Kalimat yang haq tetapi dimaksudkan kebatilan". Begitu juga ketika muncul kaum yang mendustakan Qadar lalu sahabat berkata "Aku berlepas diri dari mereka dan mereka berlepas diri dariku".
Sesudah wafatnya para sahabat, tigas menegakkan rupabentuk Islam yang tulen terus diteruskan oleh para murid mereka. Ketika Watsil Bin Atha mendengar perbicaraan Hasan Basri maka dia berbeda pikiran lalu keluar dari pengajian dan menyebarkan pahamnya. Ketika itulah para murid sahabat membantah pemikiran ini, tetapi sesudah itu paham ini menguasai negara dan berjaya mempengaruhi Khalifah. Saat inilah Imam Ahmad Bin Hambal ditangkap dan disebat kerna mempertahankan rupa Islam yang sejati.
Harus kita sadar bahawa pada ruang jangka masa ini - memakan masa selama 3 generasi pemerintahan Dinasti Abbasiyah - bahawa paham Mu'tazilah telah menjadi mazhab rasmi negara, dan apa-apa yang menyelisihi mazhab ini berupa ajaran Islam yang sesat. Lalu menjadilah Islam yang asli itu sebagai sesat dan yang sesat itu sebagi Islam. Walau bagaimanapun Allah telah menjadikan Ahmad Bin Hambal ini sebagai Abu Bakr kedua; yang menegakkan kembali Islam murni.
Seterusnya perjalanan Islam itu panjang memakan masa 1000 tahun, maknanya dalam masa itu berbagai paham baru dilontarkan dalam memberi corak kepada Islam. Dan akan ada sekelompok kecil dari umat ini yang akan menegakkan yang haq dan menghancurkan yang batil. Terus akan ada sampai bumi dilipat dan sangkakalan berdesing nyilu.
Sampai zaman ini, makar kaum yang memusuhi Islam masih gencar memusnahkan pilar-pilarnya. Diwujudkan kaum yang berpegang semata-mata pada Al Kitab dan mengkafirkan manusia yang berpegang pada penghuraian Rasul.
Kaum ini berupa manusia yang tidak mengerti akan ilmu Islam. Bagaimankah mereka akan memahami Al Quran tanpa penerangnya - iaitu Al Hadith? Malah bagaimana mereka akan menegtahui Rasul mereka tanpa merujuk kepada Hadith? Dan bagaimanakah mereka boleh mengetahui akan risalah Al Quran tanpa periwayatan; apakah Al Quran itu muncul tiba-tiba atau diturunkan kepada Rasul sedikit-sedikit sehingga lengkap?
Dan juga ada segolongan dari umat ini yang bimbang dengan perpecahan antara mazhab lalu mengambil jalan tengah [atas dasar perpaduan dan memikirkan bahawa perang utama adalah membetulkan umat Islam yang tidak mentaati Allah dan melawan kaum kuffar] dengan cuba menerima semua aliran, ataupun mereka tidak suka untuk menetapkan label "sesat" kepada sesuatu paham atau tokoh.
Paham ini sebenarnya cuba merobek pilar Islam terutama yang kedua, iaitu al Hadith. Ingtlah bahawa al quran dan al hadith itu diriwayatkan oleh orang yang terpercaya, dari satu generai kepada generasi seterusnya. Seorang periwayat yang tak tercela, kuat ingatannya, yang mereka ini terlepas dari sedikitpun kejahatan dan mereka ini bukanlah manusia yang terpaham dengan rupa bentuk Islam yang baharu.
Kerana itulah Ibn Sirrin berkata bahawa sebelum berlaku perpecahan, mereka mengambil riwayat tanpa mempertanyakan rawinya, tetapi setelah itu mereka akan bertanya "siapa rawi engkau". Kalau terbukti bahawa sia ahlus sunnah maka riwayatnya diambil, namum jika terbukti bahawa rawinya ahli bid;ah maka riwayatnya ditinggalkan.
Justeru dari satu sisi sahaja telah membuktikan bahawa vonis "sesat" dan "ahli bid'a" adalah wajib dan akan terus menerus diguna selagi mana wujud musuh Allah di bumantara ini. Kalaulah tiada sesiapa yang dikatakan sesat dan ahli bid'ah, maka akan rosaklah sumber agama ini kerana manusia yang sesat pasti akan merobah kalam mulia.
Begitu juga bahawa didalam Islam telah terwujud satu hukum yang dinamakan sebagai Tahzir dan Hajr. Pemulauan dan Peringatan. Maka kalau lah tidak dibenarkan untuk menetapkan sesat dan bid'ah, maka sia-sialah hukum yang Rasul tunjukkan ini. Kepada siapa kita harus pulaukan, dan kepada siapa yang hendak kita ingatkan bahawanya kepada masyarakat? Kalu bukan kepada ahli bid'ah dan kaum yang sesat?
Justeru, kita harus menyedari bahawa Islam yang benar adalah mengikuti pahamnya sahabat Rasul dalam menggunakan Al Quran dan Al Hadith. Inilah rupa bentuk Islam yang tulen
Sunday, July 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment