Sunday, October 14, 2007

Wadudisme Yang Merempuh Kelelakian

Mungkin benar kata sesetengah pihak bahawa kita kaum lelaki ini senantiasa memandang sebelah mata terhadap kaum wanita.

ini andaian sahaja. saya tak kata ia benar, dan tidak juga menafikannya secara membuta-tuli.

kata orang lagi, dan kata-kata ini selalunya terpacul dari lidah para wanita. katanya; kalau salah itu lahir dari kaum lelaki, maka ia tidak lah menjadi satu kesalahan. tapi andai salah itu lahir dari kaum wanita, maka ia menjadi kesalahan. kalau kesalahan itu kecil, pastinya akan kelihatan besar pada mata kaum lelaki. andai kesalahan besar pula yang dilakukan, sudah semestinya ia kelihatan sebagai malapetaka yang membawa kiamatnya dunia. sebaliknya pula yang berlaku bagi kaum lelaki - hanya yang besar saja baru kelihatan, itupun mereka katakan masih kesalahan kecil. yang kecil-kecil pula, akan dianggap bagai debu yang melayang-layang di udara - tak kelihatan - tak membawa kesan. malah kata mereka, debu itu bisa diguna untuk tayamum!

apakah bagi seorang wanita yang kudratnya sedikit kurang dari lelaki, maka dia harus di lecehkan? atau kerana hanya dia yang bisa mengandungkan zuriat lelaki tadi, maka dia harus diperlakukan sebagai barangan? atau kerana akalnya separuh dari lelaki maka dia dibinatangkan? sungguh ini tidak adil. wanita sama seperti lelaki pada sifat kejadiannya. malah mereka sama sedarjtd dari kaca mata kebenaran.

oleh kerana pada pikiran kaum wanita bahawa mereka sering tertindas oleh kaum lelaki, maka mereka mula melontarkan penentangan.kemudian maka lahirlah golongan femenisme di benua barat: berupa gerakan perjuangan hak-hak wanita atas nama persamaan dan keadilan. yang ahlinya hanyalah orang-orang yang tiada halkum di batang leher.

berita tentang mereka menyebar dengan pantas sehingga masuk ke negara-negara timur. tapi berita seumpama ini tidak meresahkan manusia negara timur kerana pada pikiran mereka, negara timur sudah lama memperjuangkan hak wanita, malah kaum wanita di benua timur sudah diangkat sejak Nabi terakhir diutus ketengah manusia.

maka atas pemikiran sebegini, manusia di negara timur merasa aman. kalau adapun penindasan kepada wanita, maka semuanya akan redho. sambil mengusap dada, para wanitanya berkata: ini tuntunan agama. sedang para lelakinya berkata: wanita itu memang telah diangkat nabi darjatnya.

tetapi baru-baru ini, sekerat wanita, yang khabarnya masih bujang-bujang, atau yang mengalami kehancuran rumah tangga, membentuk satu pensyarikatan atas nama agama, "Wanita Dalam Islam". dan lebih menariknya mereka ini memakai tudung jenis JO Jambul - rambut sejempul terkeluar dari kerudung.

dan rakyat negara timurs semakin terkejut lantaran bangkitnya seorang Profesor Pengajian Islam, yang dulunya pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. sang Doktor wanita ini berkata bahawa wanita dibolehkan menjadi Imam dalam Solat Jumaat. maka dia mengemukakan sekian banyak dalil, daripada nas dan rasio. tetapi perjuangannya ditentang oleh kaum lelaki. dia dicemuh atas usahanya mau memberikan gambaran islam itu agama yang penuh kasihsayang kepada bangsa barat. dia disesatkan saat dia mau memenangkan Islam dari penindasan kaum salibi. malah ada yang hampir mengkafirkannya!

apakah salah Aminah Wadud ini?

kalaulah dia silap dalam ijtihadnya, apakah dia layak untuk dicemuh sebegitu dahsyat? padahal dia sudah layak berijtihad!

bukankah dia seorang alim yang sudah layak mengeluarkan pandangan? kalau dia tidak layak, apakah kerana dia wanita? padahal dia telah mendapat PhD dalam bidang agama! sedangkan para lelaki juga yang membuat fatwa2 asing ada yang tidak sempat mengambil PhD malah ada yang tak sempat menghabisi pengajian master.

dia mengaji agama bertahun-tahun lamanya, menjadi pensyarah agama, mendidik bangsa akan agama dan mengkaji agama? lalu apakah layak seorang ilmuan yang fatwanya kedengaran janggal diberlakukan sedemikian? padahal bagi seorang ilmuan lelaki, pandangan mereka yang antagonis tidak dimurkai manusia, tetapi mereka bersikap dengan tenang sambil berkata: "Ini adalah ijtihad seorang alim. kalau benar dia diberikan 2 pahala".

kalaulah pandangannya tak memiliki hujjah yang kuat, dia tak harus di cerca, kerana pandangannya adalah khilaf ulama.

bukankah sesuatu khilaf itu benar semuanya? dan hal khilaf tidak harus diperbincangkan dan didebatkan atau dilakukan analisa lagi? maka fatwa aminah wadud ini berupa khilaf yang tak sepatutnya kita hina, dan khilaf nya bisa dianut oleh orang yang mengimaninya.

atau mungkin kejanggalan itu datang kerana kita kekurangan kajian. siapa tahu? seperti kata sesetengah dari kita, bahawa ada amalan yang kita lakukan ini dianjurkan oleh agama tetapi kitabnya telah terhapus dihumban oleh tatar ke dalam sungai furats ketika mereka membantai kota baghdad!

mungkin juga kerana keadaan masa yang tak mengizinkan lagi. mungkin juga kerana keadaan kondisi negara dia yang tak tergambar pada pemikiran kita.

hal ini bisa kita simpulkan dengan istilah "Realiti" alias waki'. kalaulah realitinya di barat mengharuskan dia mengeluarkan fatwa sebegitu, maka fatwanya hanya bersesuaian di sana, maka kita tak harus menyalahkannya kerana dia telah memahami realiti.

apapun aminah wadud telah berusaha sekeras mungkin untuk mengeluarkan ijtidah, sebatas dengan ilmu dan pemahamannya. dan ijtihadnya akan terjatuh dalam 2 natijah, pertama berupa kebenaran ataupun kedua ialah bid'ah hasanah. tiada ke3 atau keempat. kerana dia telah allah janjikan 1 pahala paling kurang.

hanya saja kaum lelaki berdengki dengannya. kerana dalam berdekat lamanya tak ada seorang wanita pun yang mengambil kerusi dalam berfatwa. tiba-tiba muncul seorang wanita yang punya gagasan yang hebat seperti dirinya. sudah pasti keberadaannya dianggap sebagai ancaman kepada kaum lelaki. justeru, dia harus dilanyak dan dihabisi.

kalian coba fikirkan, apakah beda antara fatwanya [dengan sedikit tandaan iaitu pengasingan lelaki dan perempuan harus dibuat] dengan yasinan malam khamis? antara fatwanya dengan maulidan? antara fatwanya dengan berzanji? dengan kenduri arwah dan banyak lagi amalam bid'ah hasanah?

tiada!

justeru mengapa kita mengunjingnya seperti dia amat berdosa besar? padahal kalau dia berdosa, sudah semestinya kita juga berdosa, kerna kita maulidan dan yasinan dan bahaulan (bahaul = kenduri arwah dalam dialek banjar) padahal sang nabi dan sahabatnya juga tak pernah melakukannya.

zikir kita yang beramai-ramai itu juga kita lakukan atas pandangan kita mau menghidupkan suasana islami. maka wadud juga berpikiran sama. malah dibenua sana, fatwanya amah dibutuhkan. justeru kita sama dalam hal itu.

kita lakukan majlis salam-salaman seusai solat kerna ada petunjuk dari rasul secara umum untuk mengucapkan salam. maka wadud juga melakukannya atas ada anjuran secara umum dari Islam.

kita membuat majlis kunjungan kuburan pada lebaran kerana mau mengambil pelajaran, maka wadudu juga melakukan khutbah dan solat jumaat kerna mau memberi pelajaran.

dan saat kita mau derda'wah maka kita gunakan semua sumber kita, termasuklah menyanyi dan berdansa. maka apakah salah wadudu melakukan hal itu sebatas mau menda'wahkan Islam pada kaum salibi? kalau dia salah, maka kita lagi bersalah.

kemudiannya ketika kita mentalkinkan mayat yang sudah dikambus, atas dasar ada dalil yang membolehkannya walaupun dalil itu tidahlah absah, maka ketika wadud membawakan dalilnya berupa sebuah hadith yang juga tidak absah, mengapa kita menolaknya? padahal dalil kita kalau ditimbang secara adil, sama saja seperti dalil wadud - tidah boleh dijadikan hujjah ilmiah!

dan saat kita mula mengangkat tangan dan mengaminkan doa bersama imam, kita menyedari bahawa alaman itu bermula setelah habisnya zaman kenabian. begitu juga berzanji yang wujud pada zaman kerajaan fatimid di mesir, maka apakah salah kalau fatwa wadud lahir pada zaman ini?

banyak lagi hal-hal yang kita lakukan berupa pertimbangan yang berat sebelah keatas fatwa aminah wadud ini. saya simpulkan doktor ini sebagai malang kerana dia menonjol pada dunia yang tidak mau menerima pandangannya kerana dia seorang wanita. rupa-rupanya dunia timur ini juga mengalami sakit jantina.

tetapi alhamdulillah, allah memberikan taufiq dan hidayahnya kepada saya. setelah merenungi dasar-dasar bid'ah hasanah dan kayu pengukur bid'ah hasanah ini, maka saya ketemu bahawa fatwa aminah wadud ini tetap boleh diterima, dan hakikatnya fatwa ini berupa salah satu bid'ah hasanah yang terbaru.

cuma ilmuan kaum lelaki itu sudah bersifat sebegitu. mereka tidak malu untuk menyalahkan orang lain dan membenarkan diri sendiri. seperti itulah kerjanya sang badud, yang memakai bedak putih di muka dengan ketebalan 1 inci, melekankan bola merah di hidung dan memakai baju besar, supaya orang tak mengenali dirinya dan sang badudu ini akan membuah lakonan supaya manusia terhibur. dan kadang-kadang memang dia telah melakukan kesalahan namun orang tetap menganggap itu adalah lakonan.

begitulah orang yang bersorban, apa saja darinya akan diabggap kebenaran walau kadang-kadang dia tidak benar!

justeru gelombang wadudisme berupa satu anjakan baru untuk menyedarkan kaum intelek lelaki supaya berlapang dada. kaum lelaki harus sedar bahawa kejantanan bukan bermakna menguasai wanita atau mengambil kerusi untuk berfatwa. jantan itu ialah bila kita bersedia untuk menerima kebenaran tanpa mendustakannya.

Friday, October 12, 2007

Guru Sorban Besar

memalukan.

ini lebih memalukan daripada anak muda yang dalam perjalanan balik ke kampung. bas bergerak laju dan malangnya jalan seperti ular dipalu. di tengah lebuhraya dia merasa melugai, kepala pening. tanpa sempat mengambil sebarang bekas, isi perutnya terkeluar tanpa sempat ditahan. dia muntah di atas lantai bas. lantas bau masam, hapak, busuk bertebaran dan mencucuk hidung-hidung penumpang yang lain. muka anak muda itu merah menahan malu. dia lantas mengelap muntahnya. dan dalam hatinya, dia terasa amat malu.

lebih mengaibkan dari

lebih mengaibkan dari seorang yang terlihat anggota sulitnya saat dia sedang menunaikan hajat di kedai mamak dan ada orang yang menolak pintu tandasnya. dia terlopong seketika dan lantas menutup mukanya dengan sebelah tangan. sebelah tangan yang tersisa itu dihalakan ke anggota sulitnya, ataupun diguna untuk menolak daun pintu. perasaannya kecewa. kalaulah dia tiada wajah dan 2 biji mata, pasti dia tidak malu sebegitu teruk.
maka barulah kita pahami bahawa malu itu letaknya di muka dan mata dan minda. kerana itu juga burung unta, saat dia ketakutan, dia akan menyorokkan kepalanya ke dalam tanah. padahal badannya yang besar masih kelihatan dari kejauhan. ini semuanya kerana muka.


tetapi rupanya ada lagi hal yang amat memalukan selain dari 2 hal diatas.

mungkin kita boleh andaikan bahawa; oleh kerana manusia yang melakukannya tidaklah terasa amat bersalah, atau amat memalukan, maka hal itulah yang menjadikan ia kemaluan yang teragung. dan orang yang melakukannya itu dipuja dan sokong.

boleh bayangkan tak; bagaimana seorang yang bersorban besar, berjubah besar, bertasbis besar, berpengikut besar, pendeknya semuanya besar-besar belaka. orang iini juga digelar Tuan Guru Besar, senang sekali dia menggunakan perisai agama untuk kepentingan dirinya. dia mengaibkan.

dan murid-muridnya yang bergerombolan itu pula tak segan silu untuk senantiasa mengucup tangannya. mereka ta'jub dengan sorbannya dan mengatakan: "Inilah Guru Mursyid". maka sang guru mustahil baginya kealpaan - kekhilafan - kelalaian - kesalahan. dia ma'sum. lantaran itu, apa saya yang terpacul dari muncung bibirnya adalah kebenaran, setingkat dengan perkataan Allah dan RasulNya.

dan andai sang guru boleh meramal, dan melompat agak jauh dari kebiasaan orang, apatah lagi kalau mampu terbang. maka para muridnya pasti akan menuhankannya disamping Rabb Azza Wa Jalla. mereka tidaklah mengambil colok dan membakarnya lalu ditancapkan di hadapannya. tidak! mereka menuhankannya dengan mengimani setiap katanya tanpa bangkangan. setiap hikayat yang dicanangkan diyakini benar dari Allah. mereka percaya sang guru boleh ke makkah dalam sekejip mata. malah setelah mereka mati, para muridnya membayangkan wajahnya setiap kali mau berzikir kepada Allah!

sungguh memalukan sikap anak murid yang jumlahnya bergerombolan ini! bagaimana mereka bersikap dan bersifat begitu. sepertinya akal mereka tidak berguna, padahal mereka lah yang paling gemar membaca sifat 20 yang berisi mantiq!

saat mereka membahaskan arad dan jauhar bagi sifat allah, maka akan bermunculanlah kalimat "mustahil allah begitu", "ini tidak boleh kerana logiknya begini". tetapi saat mereka berdepan dengan sang guru, maka logika yang mereka bangunkan keatas Allah terhapus, luluh, dan tidak dihitung langsung.

nampaknya Allah itu terlingkup dengan Hukum makhluk, dan Sang Guru Mursyid itu terkeluar dari sebarang hukum. maka kalau demikian, Allah lebih kerdil dari guru mereka! dan selayaknyalah Allah meletak jawatan sebagai Tuhan. kalau degil juga, lucutkan saja dan berikanlah tugas Tuhan itu pada para Wali.

mereka bukan sahaja mau jadi tuhan, tetapi juga mau jadi Rasul. kalau datang pada mereka satu hadith nabi, maka mereka akan berkata: "Tangguh sebentar, kita semak kitab kuning akan tafsirnya dulu" walaupun makna hadith tersebut jelas maksudnya dan jelas sandarannya. terkadang mereka melupakan ucapan nabi dan mengambil ucapan guru mereka atau imam mazhab mereka.

kemudian antara kerja yang memalukan juga ialah para guru dan para murid ini tidak segan-segan memalsukan hujjah, mendhaifkan hadiht yang sah, mengsahkan hadith yang dhaif, semata-mata untuk menyokong paham mereka.

mereka tetap bongkak dengan alasan-alasan logik, emosi, parduga. saat lawan mengemukakan hujjah dari kalam para ulama silam, mereka menutup telinga dan yang lebih berani, mereka mendustakan kalam tersebut.

cukuplah bagi kita saat Hasan As Saqaf menulis dalam kitab-kitabnya segala pembohongan, malah dia sempat keluar dalam TV dengan membohongi Syeikh Ramadhan Albuti! hal ini disaksikan oleh seluruh rakyat Jordania. kemudian dia menulis di markasnya "aku lebih ilmuan dari Ibn Katsir"! dan saat dia menghinakan Ibn Taimiyyah, antara alasannya ialah Ibn Taimiyah tidak berkahwin, tetapi dia menamakan markasnya Imam Nawawi, padahal sang Imam juga tak berkahwin!

inilah antara hal yang sangat memalukan dan mengaibkan. yang tanpa kita sadari bahawa hal ini dilakukan oleh para ahli agama. mereka orang agama, telah menutup kejahatan diri mereka dengan semutar dan jubah besar. mereka menguasaai ilmu agama, sedangkan kita terlalu sedikit pengetahuan akan ilmu tersebut. maka mereka boleh memanipulasikan tanpa pengetahuan kita.

ibarat doktor yang mempelajari ilmu kesihatan kemudian membuka kantor persendirian, dia mengatakan kepada kita bahawa sakit kita adalah kronik, harsu dirawat segera, dibedah, diambil ubat perawatan. padahal kita hanyalah sakit keletihan. tetapi kerana kita amatlah jahil akan ilmu kedoktoran, maka kita ikuti saja. kemudian apabila ada sanak saudara kita yang punya sintom serupa, maka kita pun mengatakan persisi seperti kata sang doktor tadi. kita mengimaninya berkurun lamanya.

padahal kalau mengikut ilmu kedoktoran yang hakiki, sikap doktor tersebut menyalahi etika kerja, malah ilmunya juca cetek. tetapi apakan daya, dia telah sampai dahulu ke kampung tersebut dan dia punya rakat sehasutan yang banyak. maka apabila datang doktor yang membawa ilmu kedoktoran yang benar, maka doktor yang meracau itupun keketaran, terketar ketakutan memikirkan tiada pesakit yang mau lagi membayar wang yang benyak kepadanya nanti. mala makar harus dilancar. kemudian fitnah itu dipercayai oleh para penduduk. inilah natijak kerana kejahilam bertompok-tompok.

hal yang sama berlaku kepada para ilmuan ISLAM silam, ilmu mereka didustakan oleh para guru sorban besar. dan tatkala datang warisan dari para ulama silam kepada umat, maka para guru sorban besar membuat helah tipudaya.

tetapi ada bedanya antara ilmu kedoktoran dan keagamaan. hasil akhirnya keluar berbeda. perdebatan antara doktor palsu dan doktor benar mudah dinilai. kalau ilmu kedoktoran itu silap, hasilnya boleh dilihat sekejap, di dunia - mati atau masih hidup, sembuh atau makin melarat. tetapi kalau ilmu keagamaan itu silap, maka hasilnya hanya dapat dilihat di akhirat saja, dihumban dalam neraka atau dijemput masuk syurga. hasil akhir hanya dilihat setelah mati, justeru umat mana mungkin akan mengerti dengan gampang. yang akan mengerti hanya manusia ikhlas dan jujur pada diri, dan yang berfikir dengan menggunakan al quran dan as sunah mengikut pahamnya para murid baginda Muhammad.

walau bagaimanapun, manusia yang ikhlas mencari kebenaran kemudian dia jujur pada dirinya saat menemukan kebenaran itu, diatas timbangan alquran dan alhadith mengikut pemahaman para salafus soleh, jumlah mereka sedikit. tidak banyak. yang banyaknya umah yang tidak menggunakan minda, tidak mengerti alquran dan tidak mementingkan hadith. lalu jadilah mereka seperti kerbau yang tidak mengerti apa-apa meliankan berkubang dan menyondol. dan yang menarik hidung-hidung kerbau ini ialah para embalanya yang memakai baju besar dan tutup kepala yang besar. dari kejauhan orang sudah mengetahui bahawa dia adalah badut-badut agama!

Wednesday, October 10, 2007

Kesadaran

Saya tetap akan meyakini, mengerti, bahawa agama adalah sarana manusia menuju kepada ketenangan hati, yang sesungguhnya bahawa hatilah kuci jiwa, yang dengannya manusia menghirup udara, berfikir akan kebesaran tuhan, meneroka semesta, menjana minda yang berilmu. kependekannya ialah bahawa manusia hidup kerna adanya hati - kalbu - jantung!

manusia tanpa perlu untuk diajari, tak perlu untuk dituntun, malah kalau manusia dikelabui dan diperdaya sekalipun oleh seruan untuk tidak mempercayai Tuhan dan untuk tidak beragama, nescaya manusia dalam bermonolog dengan dirinya, akan menyedari bahawa setiap jiwa ini mencari agama. kalau mereka hanyut ke sebuah pulau, membesar dengan cawat dan melompat-lompat dari dahan ke dahan. buta matanya kepada alif atau Aa, tetapi apabila dia membesar menjadi dewasa, dia akan mencari sang pencipta, merenungi lautana yang luas; siapakah yang menghamparkan alam ini? Mendongan ke dada langit membiru; siapakah yang menongkatkan bumbung dunia? dan tatkala angin bertiup dan hujan meruntun bumi, dia berteduh lantas bertanya; siapakah yang menurunkan air dari atas dan menggerakkan bayu dingin ini? kemuduian dalam terketar-ketar kedinginan, dia melihat tubuhnya yang sebatang itu; siapakah aku? bagaimana aku sampai disini? Apakah aku tercipta begitu sahaja? inilah gambaran betapa fitrah itu tidak akan terlepas pada hukumnya: menuju kepada jalan Ilahi.

tetapi dalam penujuan itulah, Sidtarha Gautama yang mendiami istana yang penuh kehebatan dan kebesaran, bertapa lantaran kebejatan masyarakatnya yang memuncak, untuk memikirkan soalan-soalan yang serupa selama selang beberapa hari, hampir 40, yang akhirnya dia mendapat pencerahan - 8 jalan kebenaran - swastika. Maka muncullah ajaran Buddha. Kemudian selang beberapa ribu tahun, Ahmad Bin Abdullah, mendaki gua Hira', merenungi dirinya dan segala apa yang ada disekitarnya - kebobrokan kaumnya, yang akhirnya dia mendapat pencerahan - Islam.

inilah gambaran bahawa hati yang bersih dan tenang, sekalipun lahir dalam kekacauwan jiwa yang merakus dan mewabak, akan tetap mencari Rabb. jiwa ini pasti akan merenung dan menyoal - bermonolog dengan jiwanya yang bersih untuk mencari jalan yang merungkai segala kesyugulan. saat inilah mereka mendapat kesadaran. sadar untuk hidup tumbuh dan mati diatas jalan yang mulia, sadar untuk berTUHAN dan berAGAMA.

tetapi kesadaran itu bisa menggiring jiwa yang bertanya itu kepada 2 simpang. menemukan jalan cahaya ilahi atau fatamorgana. sepertinya Gautama, dia telah menginsafi dan mencari kebenaran, tetapi swastikanya itu bukan kebenaran, bukan cahaya Ilahi tetapi adalah gapaian pemikirannya semata. dia tidak diwahyukan oleh Allah. ia adalah logamaya yang seperti air di atas jalan yang panas. kita menyangkakan ianya air yang menghilangkan dahaga, menyejukkan muka, tetapi apabila kita tiba, yang maujud hanyalah jalan sahara. fatamorgana. tetapi Kesadaran Ahmad Bin Abdullah, telah mendapat kebenaran, berupa wahyu Rabbul Izzah. maka hasilnya mereka menemukan jalan yang berbeza dan sudah pasti natijah dan kesudahan yang berbeza pula walaupun mereka berdua menemukan kesadaran dalam jiwa masing-masing.

lalu kerna berbeda jalan pada tahapan ke2, yang membaya kepada 2 titik yang terlalu jauh, yang tidak mampu dirapatkan, antara tiap-tiap keyakinan, maka setiap keyakinan itu telah berperang sejak sekian lama, malah akan berlanjutan hingga tidak ada nyawa yang tersisa. kerana tiada toleransi dalam kebenaran. yang benar itu hanya satu, tidak berbilang. kerna tihan yang satu sudah pasti tidak mewujudkan beragam jalan yang boleh ditempuh oleh makhluknya untuk menujunya.

kerana itu, saya akan terus beriman bahawa ISLAM adalah jalan yang benar. hanya inilah jalan yang selamat. ini bukan bermakna bahawa saya sedang berdelusi, meracau sakit jiwa, atau ini juga bukan bermakna bahawa saya telah bersifat eklusif dan antitoleran. tetapi yang hakikatnya ialah, sifat agama itu ialah menetapkan kewujudan Rabb yang tunggal dan agama yang tunggal.

dan sifat agama juga, kalau diperhalusi lagi, bahawa, akan wujud bagi setiap agama, ajaran-ajaran yang menyeleweng dari ajaran dasar dan asal. kerna itulah Allah akan membangkitkan setiap 100 tahun itu seorang mujtahid - yang akan menghunus pedang Alquran dan sunnah, menelingkupkan ajaran sesat dan bid'ah. dan membawa ajaran asal tadi ke permukaan. ini harus kita pahami dengan sebaiknya. bahawa selepas kewafatan rasul, ajaran yang sebenar duteruskan oleh para sahabat baginda. kemudian manusia akan mati, begitu juga para sahabat baginda. maka ajaran islam tercabut sedikit dari bumi. kemudian kewafatan tabi'in menghilangkan ajaran islam sedikit lagi, seterunya begitulah. maka saat terhapusnya ajaran silan yang asal dari pengetahuan manusia awam, tumbuhlah ajaran bid'ah yang mengisi lompong tadi. begitulah sifir agama Islam ini hinggalah 100 tahun. lalu Allah bangkitkan seorang mujtahid untuk mengeluarkan kekotoran dari agama ini dan mengembalikan ajaran yang sebenar. kemudian setelah lelah berjuang, allah mencabut jiwanya lalu dia menginggalkan islam diatas jalan yang sebenar tadi di samping para pendokongnya. lalu berulanglah kembali episod kemasukan bid'ah sesuai dengan diwafatkan oleh Allah para ulama. untuk 100 tahun seterusnya, maka islam akan dikontaminasikan oleh kaum2 Penyeru kebid'ahan, sehinggalah allah membangkitkan mujtahid seterusnya. inilah tabiat agama.

lalu kalau begitu, apakah ajaran yang kita imani ini, apakah amalan yang kita tekuni hari ini, berupa ajaran Islam yang Asal dan asli? atau ajaran yang telah bergabung dengannya kebid'ahan? kita tidak bisa menemukan jawabannya dengan gampang. kalau ia begitu mudah, pasti allah membuat kerja sia-sia bagi kebangkitan 100 tahun mujtahid untuk mengembalikan ajaran nya. dan kalau ia begitu gampang, bagaimanakah umat tertipu dengan seruan para penyeru syaitan?

ia tidak gampang bagi jiwa yang tidak mau berfikir. tetapi bagi jiwa yang senantiasa sadar dan mau mengikuti al haq, caranya mudah.

gautama tersesat bukan kerana ajaran Islam itu sulit dipahami. bukan. dia tersesat kerna [barangkali] tiada wahyu yang sampai kepadanya, tiada kitab yang sempat dibukanya. dan dia telah allah takdirkan untuk begitu, atas keyakinannya dan usahanya sendiri juga. tetapi kita umat Muhammad, Baginda telah tinggalkan kepada kita 2 sumber yang pasti tidak akan menipu kita. 2 khutub yang akan menunjukkan jalan cahaya- al Kitab dan As Sunnah! lantas, kita tiada alasan lagi untuk tersesat.

maka, yang mengikuti para penyeru setan itu adalah manusia Islam yang bermalas-malas untuk beriman dengan al quran dan al hadith. sedangkan manusia islam yang antusia untuk berpegang teguh dan menggenggam serta menggigit dengan gigi geraham mereka akan al quran dan as sunnah, mereka ini akan senantiasa selamat. malah untuk menemukan jalan yang selamat itu pastinya mudah- tidak sulit.

kalaulah begitu, menunjukkan juga bahawa akan lahir banyak dari kalangan umat islam ini yang hanya tahu beremosi saat membantah al quran dan al hadith. apakah dari segi logik dan simantik, emosi mampu menundukkan dalil 2 khutub tadi? ini satu hal kepelikan dan kebingungan yang sangat besar.

malah yang lebih melucukan, pejuang islam lah yang paling banyak menggunakan hujjah emosi ketimbang hujjah naqli. lihatlah, saat teman saya nawawi subandi membentangkan faham islamnya, para pejuang silam hanyalah mengemukakan alasan sebatas emosi, racau, simpatis, dan analogi tak logis. saya kehairanan, apakah mereka itu orang yang belajar islam dan mahu mengamalkan agamanya Allah? atau sekadar manusia yang butuhkan gelar, harta dan sanjungan? atau mereka telah bingung disampuk oleh setan.

inilah gambaran umat kita. sekarang ini, bahawa umat islam saat ini hanya tahu pistol-pistolan, main-mainan, racau-racauan. nangis-nangisan.