Wednesday, October 10, 2007

Kesadaran

Saya tetap akan meyakini, mengerti, bahawa agama adalah sarana manusia menuju kepada ketenangan hati, yang sesungguhnya bahawa hatilah kuci jiwa, yang dengannya manusia menghirup udara, berfikir akan kebesaran tuhan, meneroka semesta, menjana minda yang berilmu. kependekannya ialah bahawa manusia hidup kerna adanya hati - kalbu - jantung!

manusia tanpa perlu untuk diajari, tak perlu untuk dituntun, malah kalau manusia dikelabui dan diperdaya sekalipun oleh seruan untuk tidak mempercayai Tuhan dan untuk tidak beragama, nescaya manusia dalam bermonolog dengan dirinya, akan menyedari bahawa setiap jiwa ini mencari agama. kalau mereka hanyut ke sebuah pulau, membesar dengan cawat dan melompat-lompat dari dahan ke dahan. buta matanya kepada alif atau Aa, tetapi apabila dia membesar menjadi dewasa, dia akan mencari sang pencipta, merenungi lautana yang luas; siapakah yang menghamparkan alam ini? Mendongan ke dada langit membiru; siapakah yang menongkatkan bumbung dunia? dan tatkala angin bertiup dan hujan meruntun bumi, dia berteduh lantas bertanya; siapakah yang menurunkan air dari atas dan menggerakkan bayu dingin ini? kemuduian dalam terketar-ketar kedinginan, dia melihat tubuhnya yang sebatang itu; siapakah aku? bagaimana aku sampai disini? Apakah aku tercipta begitu sahaja? inilah gambaran betapa fitrah itu tidak akan terlepas pada hukumnya: menuju kepada jalan Ilahi.

tetapi dalam penujuan itulah, Sidtarha Gautama yang mendiami istana yang penuh kehebatan dan kebesaran, bertapa lantaran kebejatan masyarakatnya yang memuncak, untuk memikirkan soalan-soalan yang serupa selama selang beberapa hari, hampir 40, yang akhirnya dia mendapat pencerahan - 8 jalan kebenaran - swastika. Maka muncullah ajaran Buddha. Kemudian selang beberapa ribu tahun, Ahmad Bin Abdullah, mendaki gua Hira', merenungi dirinya dan segala apa yang ada disekitarnya - kebobrokan kaumnya, yang akhirnya dia mendapat pencerahan - Islam.

inilah gambaran bahawa hati yang bersih dan tenang, sekalipun lahir dalam kekacauwan jiwa yang merakus dan mewabak, akan tetap mencari Rabb. jiwa ini pasti akan merenung dan menyoal - bermonolog dengan jiwanya yang bersih untuk mencari jalan yang merungkai segala kesyugulan. saat inilah mereka mendapat kesadaran. sadar untuk hidup tumbuh dan mati diatas jalan yang mulia, sadar untuk berTUHAN dan berAGAMA.

tetapi kesadaran itu bisa menggiring jiwa yang bertanya itu kepada 2 simpang. menemukan jalan cahaya ilahi atau fatamorgana. sepertinya Gautama, dia telah menginsafi dan mencari kebenaran, tetapi swastikanya itu bukan kebenaran, bukan cahaya Ilahi tetapi adalah gapaian pemikirannya semata. dia tidak diwahyukan oleh Allah. ia adalah logamaya yang seperti air di atas jalan yang panas. kita menyangkakan ianya air yang menghilangkan dahaga, menyejukkan muka, tetapi apabila kita tiba, yang maujud hanyalah jalan sahara. fatamorgana. tetapi Kesadaran Ahmad Bin Abdullah, telah mendapat kebenaran, berupa wahyu Rabbul Izzah. maka hasilnya mereka menemukan jalan yang berbeza dan sudah pasti natijah dan kesudahan yang berbeza pula walaupun mereka berdua menemukan kesadaran dalam jiwa masing-masing.

lalu kerna berbeda jalan pada tahapan ke2, yang membaya kepada 2 titik yang terlalu jauh, yang tidak mampu dirapatkan, antara tiap-tiap keyakinan, maka setiap keyakinan itu telah berperang sejak sekian lama, malah akan berlanjutan hingga tidak ada nyawa yang tersisa. kerana tiada toleransi dalam kebenaran. yang benar itu hanya satu, tidak berbilang. kerna tihan yang satu sudah pasti tidak mewujudkan beragam jalan yang boleh ditempuh oleh makhluknya untuk menujunya.

kerana itu, saya akan terus beriman bahawa ISLAM adalah jalan yang benar. hanya inilah jalan yang selamat. ini bukan bermakna bahawa saya sedang berdelusi, meracau sakit jiwa, atau ini juga bukan bermakna bahawa saya telah bersifat eklusif dan antitoleran. tetapi yang hakikatnya ialah, sifat agama itu ialah menetapkan kewujudan Rabb yang tunggal dan agama yang tunggal.

dan sifat agama juga, kalau diperhalusi lagi, bahawa, akan wujud bagi setiap agama, ajaran-ajaran yang menyeleweng dari ajaran dasar dan asal. kerna itulah Allah akan membangkitkan setiap 100 tahun itu seorang mujtahid - yang akan menghunus pedang Alquran dan sunnah, menelingkupkan ajaran sesat dan bid'ah. dan membawa ajaran asal tadi ke permukaan. ini harus kita pahami dengan sebaiknya. bahawa selepas kewafatan rasul, ajaran yang sebenar duteruskan oleh para sahabat baginda. kemudian manusia akan mati, begitu juga para sahabat baginda. maka ajaran islam tercabut sedikit dari bumi. kemudian kewafatan tabi'in menghilangkan ajaran islam sedikit lagi, seterunya begitulah. maka saat terhapusnya ajaran silan yang asal dari pengetahuan manusia awam, tumbuhlah ajaran bid'ah yang mengisi lompong tadi. begitulah sifir agama Islam ini hinggalah 100 tahun. lalu Allah bangkitkan seorang mujtahid untuk mengeluarkan kekotoran dari agama ini dan mengembalikan ajaran yang sebenar. kemudian setelah lelah berjuang, allah mencabut jiwanya lalu dia menginggalkan islam diatas jalan yang sebenar tadi di samping para pendokongnya. lalu berulanglah kembali episod kemasukan bid'ah sesuai dengan diwafatkan oleh Allah para ulama. untuk 100 tahun seterusnya, maka islam akan dikontaminasikan oleh kaum2 Penyeru kebid'ahan, sehinggalah allah membangkitkan mujtahid seterusnya. inilah tabiat agama.

lalu kalau begitu, apakah ajaran yang kita imani ini, apakah amalan yang kita tekuni hari ini, berupa ajaran Islam yang Asal dan asli? atau ajaran yang telah bergabung dengannya kebid'ahan? kita tidak bisa menemukan jawabannya dengan gampang. kalau ia begitu mudah, pasti allah membuat kerja sia-sia bagi kebangkitan 100 tahun mujtahid untuk mengembalikan ajaran nya. dan kalau ia begitu gampang, bagaimanakah umat tertipu dengan seruan para penyeru syaitan?

ia tidak gampang bagi jiwa yang tidak mau berfikir. tetapi bagi jiwa yang senantiasa sadar dan mau mengikuti al haq, caranya mudah.

gautama tersesat bukan kerana ajaran Islam itu sulit dipahami. bukan. dia tersesat kerna [barangkali] tiada wahyu yang sampai kepadanya, tiada kitab yang sempat dibukanya. dan dia telah allah takdirkan untuk begitu, atas keyakinannya dan usahanya sendiri juga. tetapi kita umat Muhammad, Baginda telah tinggalkan kepada kita 2 sumber yang pasti tidak akan menipu kita. 2 khutub yang akan menunjukkan jalan cahaya- al Kitab dan As Sunnah! lantas, kita tiada alasan lagi untuk tersesat.

maka, yang mengikuti para penyeru setan itu adalah manusia Islam yang bermalas-malas untuk beriman dengan al quran dan al hadith. sedangkan manusia islam yang antusia untuk berpegang teguh dan menggenggam serta menggigit dengan gigi geraham mereka akan al quran dan as sunnah, mereka ini akan senantiasa selamat. malah untuk menemukan jalan yang selamat itu pastinya mudah- tidak sulit.

kalaulah begitu, menunjukkan juga bahawa akan lahir banyak dari kalangan umat islam ini yang hanya tahu beremosi saat membantah al quran dan al hadith. apakah dari segi logik dan simantik, emosi mampu menundukkan dalil 2 khutub tadi? ini satu hal kepelikan dan kebingungan yang sangat besar.

malah yang lebih melucukan, pejuang islam lah yang paling banyak menggunakan hujjah emosi ketimbang hujjah naqli. lihatlah, saat teman saya nawawi subandi membentangkan faham islamnya, para pejuang silam hanyalah mengemukakan alasan sebatas emosi, racau, simpatis, dan analogi tak logis. saya kehairanan, apakah mereka itu orang yang belajar islam dan mahu mengamalkan agamanya Allah? atau sekadar manusia yang butuhkan gelar, harta dan sanjungan? atau mereka telah bingung disampuk oleh setan.

inilah gambaran umat kita. sekarang ini, bahawa umat islam saat ini hanya tahu pistol-pistolan, main-mainan, racau-racauan. nangis-nangisan.

No comments: