Sunday, November 18, 2007

Otak Melawan Tuhan?

menariknya ialah ada manusia yang meletakkan AKAL sebagai pengukur kebaikan dan kebenaran.

mereka ambil dari ahli filsafat yunani, antaranya yang mengatakan bahawa akal yang menunjuki kebenaran. lalu paham ini menyerap kedalam umat saat dibukakan khazanah larangan bagi bangsa salibi ketika kaum muslim memerdekakan negara barat [mungkin pulau syisilis]. mereka sendiri mengharamkan kepada umat mereka ilmu tersebut tetapi umat kita dengan berani memterjemahkannya [atas yakin bahawa aqidah islam masih mampu memjadi benteng] tapi natijahnya ialah kejadian itu membidani Kaum Mu'tazili.

justeru, kaum Mutazilah mengatakan bahawa AQAL mampu membimbing manusia untuk melihat kebenaran. malah aqal lah timbangan utama, kemudian barulah aql quran dan as sunnah.

apakah kita sadari, bahawa aqal yang lahir dari otak adalah organ, sama seperti pernafasan lahir dari gabungan organ seperti peparu dan trakea, penglihatan lahir dari mata dan otak. maka apabila dinamakannya sebagai organ, pasti ia punya kapasiti dan kapabiliti. mata tak mampu mencerap jarak yang terlalu jauh, telinya tak mampu menangkat kalimat yang terlalu perlahan, maka otak tak mampu memikirkan akan kebaikan sendirian.

kemudiannya mata akan mengalami kemunduran sejalan dengan peningkatan usia pemiliknya. dia akan menjadi rabun, penglihatan nya yang dahulu jelas sekarang menjadi kabur. malah mata juga mungkin disabotaj oleh penyakit seperti katarak. maka begitulah juga otak yang melahirkan aqal. dia akan mundur ditimpa penyakit pikun, malah dia juga sering dihinggapi penyakit lupa, sama ada lupa yang serius atau yang ringat seperti terlupa membawa kunci rumah ketika keluar berjalan-jalan.

lalu apakah kepada sesuatu yang diciptakan, yang mempunyai had dalam menjalankan peranan serta yang akan mundur dan berpenyakit, kepada "benda" ini kita sandarkan kebaikan dan keagamaan kita? ini satu logik yang tidak logika.

kita menasihatkan kepada umat islam yang selalu menggunakan aqal dalam menilai agama supaya meninggalkan metoda tersebut kerana akal mereka sendiri masih tak mampu menilai kebaikan dan keburukan. apakah aqal mereka mampu membedakan antara biawak dhab dan komodo, yang mana satu boleh dimakan dan yang mana satu haram atau kedua2nya halal atau kedua2nya haram, tanpa merujuki hadith? pasti tidak.

lalu untuk menutupi kesalahan ini, mereka pengagung akal mengatakan bahawa kita harus mengikuti aqal selagi ianya tak bersalahan dengan al quran dan as sunnah. kalimat ini kelihatannya benar tetapi dimaksudkan dengan penuh muslihat. mereka menginginkan bahawa aqallah yang menunduki kedia khutub itu. seperti kata fakhrur razi; "ketika bertembung antara aqal dan naqal, maka aqal harus dimenangkan". begitu juga yang diungkapkan dalam Kitab Jauhar at Tauhid dan Aqidatun Najin. ungkapan itu sekadar bersilat lidah, atau berhelah dalam bermadah.

kalau merujuk kepada slogan itu, akal tetap dibimbing oleh al quran dan as sunnah. kerana prasyarat diterimanya aqal apabila ia secocok dengan tuntunan al quran dan as sunnah. kalau aqal didapati berbenturan dengan al quran dan as sunah, mengikut kaedah mereka, aqal akan ditinggalkan kerana ia adalah aqal yang tidak benar.

malah otak yang kurang bermaklumat dan pengalaman, akan melahirkan aqal yang senteng. benarlah ada sesetengah orang berkata, bahawa kita ini manusia yang kurang cerdik. kerana membebankan sesuatu yang rapuh.

oleh itu, lemparkanlah tabiat untuk mengatakan sebegini; "bukankah ianya baik kalau dibikin seperti ini...."

kita adalah manusia islam yang allah bekali dengan dua petunjuk, iaitu kitab dan sunnah, yang keduanya tak luput dengan pergerakan usia, tak sangkut dengan penyakit dan tetap terjaga. kerana keduanya adalah dari allah. malah Al quran adalah kalimat allah, bukan makhluq, sedangkan aqal dan otak adalah makhluq.

Zaman Sebelum Syeikh Muzaphar Melawat Angkasa

saya masih berkeyakinan untuk mengatakan bahawa kewajaran al kitab itu dan as sunnah itu senantiasa sesuai atas zaman dan makhluk manusia adalah hakikat zaman dan manusia itu sendiri. bahawa allah telah jadikan manusia dan zaman ini punya karekter yang sama - baku. tak berubah dan berkembang atau mengecut.

manusia sejak kehidupan Nabi allah adam as dan anaknya hingga lah ke hari ini, punya jiwa dan corak muamalat, pemikiran dan kelakuan, semuanya sama. tetapi yang berubahnya hanya sebatas pakaian yang menutup jasab mereka. alatan berkembang atas berkembangnya ilmu penciptaan. dan alatan ini sebenarnya tidak memberi kesan yang mendalam atas setiap jiwa manusia.

kerana itulah allah menurunkan al quran dan mengkhabarkan as sunnah kepada Nabi muhammad. malah kalau diselidiki di dalam al quran, pasti kita menjumpai nama surat para nabi seperti yusuf, yunus, malah ada juga diceritakan keluarga Imran. maka kalau bukan kerana Gusti telah menetapkan keBakuan jiwa dan pemikiran serta kelakuan itu dalam jasad manusia, tidaklah Dia patut untuk mengkhabarkan perihal para nabi terdahulu, malah tidaklah bijak bagi sang Pencipta menurunilham kepada nabi berupa sunnah, yang menceritakan tentang anak Baginda Adam yang membunuh saudaranya kerana wanita.

untuk apa Allah menceritakan kepada Nabi Muhammad kalau jiwa dan tingkahlaku manusia berubah? apakah pada zaman itu rapa sultan bangsa arab dikebumikan dalam zigurat dan dimumiakan dahulu? apakah zaman itu ada sultan yang mengaku mampu menenggelamkan mentari dan menerbitkan rembulan? rasanya tidak. justeru untuk apa allah ceritakan hal Firaun bangsanya qibti dan kaum bani yahidi? melainkan untuk rasul ambil pengajaran dibalik penceritaan tersebut.

begitu juga teori ekonomi yang dikatakan lahir dari penceritaan nabi yusuf. malah keadaan 7 tahun kemarau dan 7 tahun makmur berlaku hingga kini. padahal ia berlaku begitu lama sebelum zaman kita ini, malah sebelum zaman rasul terkakhir lagi. apa logikanya dibalik penceritaan ini?

tetapi kalau digunakan pemikiran singkat yang tak mendalam, kita merasakan bahawa al quran dan as sunnah sudah tak releven kerana kita terkeliru dengan perubahan alat. memang diyakini bahwa alat akan berubah. kalau dahulu membasuh dengan tangan tetapi kini menggunakan mesin. malah kalau dulu berkelana dengan unta dan bhagal tapi kini dengan kereta dan kapal terbang. yang berubah unta tapi manusia masih mahu berkelana. kemahuan kita masih tak kendur sejak awal penciptaan manusia.

kita masih mau makan, masih mau kahwin, masih mau senang, masih mau bergembira, masih mau mengibadahi Allah azzawajalla. tapi kesemua kehendah dan naluri ini yang disebut fitrah, allah bekali petunjuknya yang petunjuk itupun tak berubah.

begitu juga dengan ketaatan kepada pemerintah. kalau dari zaman dahulu manusia telah mengangkat amir dengan cara tersendiri dan kemudian mereka menjadikan amir itu sebagai orang yang mengembala mereka, maka sehingga hari ini juga manusia berbeuat demikian. tetapi mungkin alat untuk memilih pemimpin itu berbeza mengikut zaman dan geografi.

kita sekarang ini telah mencampuradukkan antara isu mentaati pemimpin dengan alat memilih pemimpin. ia seperti antara ayam dan alat untuk memotong tengkok ayam. kita harus mampu membedakannya dan jangan mengcampuraduk antara keduanya. biar kita menghabisi satu persatu.

pertamanya bahawa allah telah menetapkan bahawa mentaati pemerintah muslim adalah wajib dalam hal-hal yang ma'ruf dan tidak mengandungi perintah ma'siat [selagi mana mereka muslim]. ini jelas. seperti mentaati ayah dan kakek. tak boleh menggulingkan ayah kerana kita mendapati peraturan rumah menyalahi adab atau mengandungi pelanggaran hukum allah.

penguasa yang memerintah, walaupun tidak berlaku adil, maka ketaatan tetap kepadanya seperti yang dinyatan tadi. KEADILAN itu apa? apakah partaui keADILan? atau adil dalam membuat keputusan kehakiman atau adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. seperti meletakkan kasut di kaki, bukannya di tangan walaupun tetap memiliki 10 jari.

kerana itu, apabila seorang amir tak meletakkan hukum hudud yang peratusannya sekitar 5 persen dari ajaran al quran, kita menganggap bahawa pemimpin itu boleh ditentangi kerana kita berpandangan bahawa kalimat zalim yang digunapakai oleh rasul tak mencakupi erti hudud. ini adalah pemahaman yang silap. kerana antara hudud dan keyakinan, yang merosak islam lebih dashat adalah qalbu, bukan tangan atau kaki. hudud adalah menjaga kemasyarakatan sedangkan aqidah menjaga keamanan dunia dan akhirat. manusia yang murtad boleh dipancung oleh algojo, tapi apakah kita boleh pastikan bahawa di Saudi tiada berlaku kemurtadan secara senyap? malah di zaman sahabat sendiri manusia murtad wujud dan ditumpaskan padahal hudud terwujud nyata!

kalau ada dalil yang mengatakan boleh memberontak kepada penguasa muslim yang zalim, maka saya meminta saudara mengkhabarkan kepada saya.

justeru siapakah yang lebih zalim; antara seorang amir yang tak menjaga masyarakat dengan mentelantarkan hudud ketimbang seorang guru tariqat yang mengatakan bahawa dia mampu menetapkan taqdir para muridnya?

dan manakah yang lebih zalim; antara seorang amir yang jahil lalu dia meninggalkan hudud, dengan seorang kiyai yang mendalami ajaran agama lalu menentang seorang pemimpin yang zalim?

keduanya ialah bahawa allah telah tetapkan bahawa tengkok ayam harus dipotong dengan benda tajam seperti pisau. kalau tak ada, kapak pun bolehlah. tak boleh digunakan batu; atau talu atau memicit hidung ayam hingga lemas.

begitulah juga dalam alat untuk melantik pemimpin; allah telah tunjukkan kaedah dasarnya. lalu setelah ditimbang-timbang, maka alat demokrasi berupa alat yang seperti batu tadi, alat yang tak memenuhi "kehalalan" untuk digunakan. [walaupun analogi ayam dan amir tak sesuai tapi ia dapat memberi gambaran serba sedikit kepada isu ini].

tetapi, walaupun alat yang digunapakai itu tidak aman [selamat], apakah seperti pemkorbanan [pembunuhan], atau kemunafikan [penipuan] atau helah, maka manusia yang berjaya menduduki pemerintahan dan dia memiliki kuasa, maka dia telah menjadi penguasa yang sah dan layak untuk ditaati.

justeru, idea untuk menghalalkan penentangan kepada pemerintah yang sah, berupa idea yang menyalahi keadilan dan kebenaran. walau apa juga alana yang ditegakkan, bahawa kita harus sadar bahawa telah ada petunjuk dari Allah tentang pengharamannya.

juga idea untuk mengatakan bahawa perubahan zaman alias alat, menukar tafsiran ulama silam, atau tafsiran "keharaman" harus dikoreksikan atau direvisi kembali, merupakan idea yang salah.

kalaulah hal "pengrevisian" ini dibolehkan, maka kita harus bersedia untuk mengkoreksi "aqidah sunnah" kerana mungkin aqidah itu hanya sesuai untuk bangsa arab dan sekitarnya pada 1000 tahun dahulu, ketika sebelum Dr Syeikh muzaphar melawat angkasa.

Tuesday, November 13, 2007

Al Maudhu’at Al Mudallisun

"Pemilik Bulan dan bintang! Berilah karamah kepadaku!"


Panas! Haus! Tekak terasa pedih. Kulit terasa merekah dan pandangan semakin mengecil bila mentari tegak di atas kepala. Di lemparnya pandangan jauh-jauh – nun di hujung sana ada bayang-bayang kolam air dan lambaian pohon tamar yang menghijau, “apakah ini oasis atau fatamorgana?”.

Di heretnya kaki ke aras sana; biar fatamorgana kerna keyakinanku telah berkata bahwa di sana tempatku menyeru!

Lalu dia sampai dan hatinya melonjak-lonjak – kolam air terbentang, sederet tamar merendang, dan kambing-kambing berkeliaran – susunya utuk tekak yang kehausan! Di carinya orang-orang kampung, ingin minta izin basuh muka, minum air dan berteduh di pangkal tamar. Di kibasnya jubah putih yang berdebu, ikat kembali semutar tebal di kepala. Tasbih? Mana tadi aku letakkan? Ah, jumpa akhirnya! Lalu dia berjalan ke arah perkampungan.

“Masya’allah!” tercengan dia bila tiba. Manakan tidak, di melihat wanita dan lelaki saling berkucupan di jalanan, air-air yang memabukkan di tangan kiri anak-anak, malah sebuah rumah di tandai “rumah istrirehat” dengan di tunggui oleh wanita-wanita genit. Diteruskan lagi berjalan.

“A’u’zubillah!” menutup mukanya dengan ekor semutar yang panjang 2 depa. Manakan tidak, dia melihat penari wanita berdansa tanpa pakaian di atas pentas sambil di sorak oleh kaum lelaki.

Akhirnya dia sampai di dewan perkampungan. “siapakah engkau wahai syeikh?” tegur seorang lelaki di kantor. “ingin apa?” katanya lagi. Aku seorang musafir, lalu sebentar di sini, ingin berteduh sehari dua. Namaku Maudhu’at. Minta izin dari tuan”.

“Oh begitu, silakan semahu tuan syeikh. Kami mengalu-alukan kedatangan tuan. Ambillah apa-apa yang menjadi hak tuan dan bergembiralah”.

“Siapakah tuan?” soalnya. “Aku Dhaifun. Tuan empunya kampung”. “Apa nama tempat ini?”. “Nenek moyang kami namakannya sebagai Maliziun”. “Begitukah? Syukur kerna tempat tuan indah dan penuh kekayaan”.

Lalu dia menghala kembali ke arad kolam tadi. Di celupkannya tangan kanan dengan perlahan-lahan, kemudian tangan kiri pula. Di cedoknya sedikit air dan di sapukan ke muka. Kemudian dia memanjatkan kesyukuran lalu bersandar di perdu kurma. Saat dia ingin menutup mata, dia tersentak. Ada suara dari atas!

“Wahai Maudhu’at, wahai Wali ku! Apakah engkau bersenang-senang dengan kema’siatan? Bangun! Berdiri! Serulah kepada mereka! Ingatlah bahwa Aku bersamamu. Dan ketahuilah bahwa telah Aku jadikan Iblis sebagai lawanmu! Berilah khabar gembira dan peringatan kepada mereka!”

Merenung dia, kemudia beris’tigfar panjang. Lalu bangun menuju ke arah perkampungan. Setiap langkah yang disusun, setiap itu juga dia berfikir. “Mereka telah rosak dan aku harus menyedarkan mereka. Kalam Tuhanku harus di bacakan dan kebenaran itu harus di hidupkan!”

Sampai sahaja di sana maka dia terus berda’wah.

Di datanginya anak-anak muda yang memegang gelas khamr di tangan kiri mereka lalu dibisikkan “akalmu lebih mulia dari kemabukan, tinggalkanlah perlahan-lahan. Bukankah ada sesuatu yang lebih mulia dari ini!”. Lalu diambilnya gelas khamr dari tangan kiri anak muda itu dan digantikanngan dengan air mecca cola.

Berjalan lagi, kemudia dia berselisih dengan sepasang kekasih yang sedang berkucupan. Berhenti dan berpaling lalu dia datangi mereka berdua. “Sungguh kucup-mengkucup itu satu nikmat, tetapi bukankah lebih nikmat andai kalian melakukannya di kamar tidur? Dengan itu, fitnah menjadi kurang dan jiran-jiranmu juga tidak terbabit dengan dosa kalian”.

Diteruskannya lagi lalu berjumpa dengan penari bogel di atas pentas. Lalu dibukakannya semutar hitam yang melilit kepalanya dan dia menutupi tubuh wanita itu lalu berkata perlakan; “Tubuhmu begitu anggun tanpa benang, tetapi kehebatan itu telah hilang bila engkau menunjukkannya kepada orang. Bukankah mutiara yang di dalam tiram lebih indah andai sentiasa di tutupi?”

Dan akhirnya dia berjumpa dengan sorang lelaki yang sedang mendendangkan lagu cinta menghadap ke sebuah jendela. “apa yang engkau lakukan wahai anak muda?” soalnya. “Aku ingin menyatakan hatiku dalam bait-bait indah”. “Janganlah engkau ungkapkan kata-kata yang kurang sopan kerna cinta itu mulia”.

Itulah kerjanya setiap hari hingga hampir semua penduduk Malaziun diseru. Akhirnya tiba hari jumaat lalu Tuan Dhaifun datang kepadanya, bertanya tentang solat Jumaat.

“Kumpulkan kaum lelaki di masjid. Sesungguhnya ini adalah jumaat pertama daku di Malaziun, maka kita akan mengikuti imam besar, lebih besar dariku”. Lalu manusiapun heboh tentang akan ada imam besar yang akan mengimami mereka. Bersesak-sesak manusia dalam masjid itu. Semua menunggunya, tiada mata yang berkedip – bulat dan terjojol. Dan kemudian dalam jam 1.00 petang dia masuk perlahan-lahan dengan di iringi Tuan Dhaifun yang memegang sebuiah kotak empat segi. Manusia kehairanan; “Manakah Imam Besar? Yang ada hanya tuan Syeikh dan Tuan Ketua!”.

“Letakkah kotak ini di atas mimbar, bias semua orang dapat melihatnya”. Perintahnya. Dan dia berkata kepada para jama’ah: “Dengan izin Tuhan, Dia telah meringankan kita dengan ibadat, maka hari ini kita akan mendengar ucapan dari Imam Mursyid dari kotak ini – talibisiun! Setelah selesai Imam Mursyid berkhutbah, maka dia pun menyuruh para jamaah berdiri, mau solat katanya. “Kita ikut juga Imam Mursyid ini solat”. “kemudian ada suara terdengar; “Kalau solat magrib?”. “Ambil radio dan solatlah kalian dengan bacaan dari kaset, ikutlah”.

Dua bulan kemudian datang bulam ramadhan, lalu berpuasalah seluruh rakyat Maliziun. Dan malamnya dia tidak menggunakan kotak talibisiun kerna kotak itu menayangkan solat tarawih darImam negara Najd, bukan dari Imam Mursyid. Maka dia maju ke depan dan menjadi imam. Setiap selesai dua raka’at, maka dia berseru: “Meratib merabanlah kamu, ikutilah aku, goyangkanlah kepala, putarlah biji tasbih. Kita hanya inginkan pahala dan mendekatkan diri pada Tuhan”. Maka bergema masjid dan meriahlah suasana.

Berbulan-bulan dia berda’wah dan akhirnya ajarannya menyebar, hingga dia dianugerahkan oleh Imam Mursyid [gurunya] dengan gelar “Syeikh Al Akhbar Al Maudhu’at Al Mudallisun” kerana kedalaman ilmunya dan kefahaman tentang realita [waqi’].

Maliziun telah bertukar wajah, sekarang sudah ada Nasyid Islami; Hijaziun, Raihaniun. Sudah ada Busana Islami; sudah ada Beindaizun, Wardinaiyun. Sudah ada demokrasi Islami; Abiniun dan Pasiniun. Sudah ada kasut Islami; Capal Rasululah. Pendek kata, semuanya sudah di Islamkan hingga meja makan dan basikal!

Dalam waktu akhir-akhir dia di bumi Maliziun, datang seorang wanita minta fatwa: “Islamkanlah pelacuran!” Dia merenung ke arah wanita – lama. Wanita itu ketakutan kerana Syeikh Al Akhbar merenungnya, takut kalau ada kutukan dari langit! Kemudian dia berkata; “Sungguh, persoalan ini menandakan bahwa Maliziun telah berilmu dan menjadi Islam yang benar. Syukur kepada Tuhan. Ambillah seorang qadi, lalu nikahkan pelacur itu dengan pelanggannya, setelah selesai maka ceraikanlah pelacur itu. Moga Tuhan menerima kebaikan kita semua.

Sehari sebelum dia berangkat ke bumi lain, dia berpesan kepada pengikut-pengikutnya yang sekarang ini dalam ribuan jumlahnya, semuanya di panggil ustaz dan ustazah, ada juga di gelar dengan kyiai dan syeikh. “Dirikanlah madrasah, ajarkanlah kepada manusia di sekolah dan aku ingin sekali kalau tiang lampu letrik itu kalian khatankan juga menjadi Islam. Itu adalah tindakan terakhir dalam mengIslamkan negeri Malaziun”.

Lalu bergemalah langit: “Wahai Wali Ghauts, penjaga gua Hira’, pemutus majlis para waliku, Wahai Syeikh Al Akhbar Al Maudhuat Al Mudallisun! Berilah khabar gembira kepada mereka; bahwa aku meredhai agama mereka dan mereka telah mentaatiku. Dan sesudah itu berangkatlah engkau ke suatu daerah yang akan aku wahyukan kepadamu”.

Syeikh Al Akhbar mendongan ke langit sambil bergenang air mata membasahi pipinya. Kemudian dia melangkah pergi sambil ribuan manusia menangisi kepergiannya.
“Takbir!” kemudian bergema kolong langit dengan laungan kebesaran Allah!

Langit perang dan mentari mula mau tidur di balik bukit. Syeikh Al Ahkbar semakin jauh di atas dada gurun pasir – semakin kecil, semakin kecil, kecil dan akhirnya hilang di telan kegelapan malam. Laungan takbir semakin perlahan.

catatan:
[posted Friday, 18 November 2005]

Hutan Terlarang

[Aku akan ceritakan kepada kalian sebuah cerita dari zaman Archellis]


Kata seorang pendita kepada orang kampung; “Jangan kau masuk ke dalam hutan itu, ada binatang buas. Kau akan mati dibaham. Ingat, jangan masuk sekali-kali. Cukupkan dirimu dengan apa yang telah ada di sisimu”. Maka tiada seorang pun yang berani menjejakkan kaki ke sempadan hutan tebal itu, malah tiada siapa yang berani untuk menyebut nama hutan itu.

Memang mereka tidak pernah bertemu dengan binatang itu tapi mereka cukup percaya dengan kata-kata pendita tersebut. Apa yang dia bicarakan pasti benar, kerna dia tidak pernah berdusta. Dia jujur, tidak tamahkan dunia, tidak berkepentingan, yang dia tahu ialah berkasih-sayang dan beramal mulia.

Kemudian pendita itu berlalu, merantau untuk menyebarkan wahyu. Katanya waktu dia disitu telah tamat.

Berlalu puluhan tahun. Dan kampung yang aku berdiam itu terus melupakan namanya, tak ada seorang pun yang mengingati rupanya, malah semuanya telah meninggalkan ajarannya.

Akhirnya jiran-jiranku mula meneka-neka apa yang ada di dalam hutan tebal itu. Yang paling ghairah ialah anak-anak muda. Lalu mereka mempersoalkan “ajaran pelik” dari orang tua mereka.

+ Bukankah tidak ada siapa yang pernah melihat binatang itu.

- Benar.

+ Justru cerita wujud binatang buas itu adalah dusta.

- Buktinya?

+ Bukti apa lagi selain tiada siapa yang pernah melihatnya, mendengan ngaumannya, dan tiada siapa yang pernah mati dibahamnya.

- Benar. Tapi itu hanya andaian-andaian, dan bukankah pesanan nenek moyang mengatakan hutan itu terlarang?

+ Arh... itu hanya pesanan bodoh untuk kita. Bukankah di dalam hutan itu terdapat harimau, rusa, kijang, haiwan buruan; kulitnya mahal isinya sedap.

- Kalau benar wujud binatang itu?

+ Takut apa, kita punya senapang, tembak saja, biar mati!.

Lalu mereka pun terus menodai larangan si pendita. Mereka masuk meredah hutan belantara yang kelam itu tanpa menghiraukan wujud binatang durjana, yang mereka idamkan hanya “kebesaran”. Setiap kali mereka masuk, pasti mereka melihat banyaknya rusa yang sedang meneguk air di lopak-lopak, ada landak di denai-denai. Tapi apabila mereka mendekat, haiwan-haiwan itu macam tau-tau saja kehadiran mereka dan terus lari bertempiaran.

Minggu pertama tiada yang hilang, juga tiada yang beroleh haiwan buruan. Masuk minggu ke dua semacam itu juga; tiada korban tiada buruan. Masuk minggu ke lima, maka gempar seluruh kampung, khabarnya ada orang yang tak kunjung balik selepas meredah hutan. Masuk koran [akhbar]: “Mat Sukun mengamok, anaknya di baham binatang buas”.

Gempar seketika mengenai betapa ‘dajjal’nya binatang itu. Lalu mereka namakannya dengan “Muhapirun”. Kata mereka Muhapirun ini kejam, membaham manusia yang tak bersalah. Merampas rezeki mereka, suka mengaum, licik menyorok, sudah lama memasang jerat untuk orang kampung, dan macam-macam lagilah.

Tetapi yang peliknya ialah orang kampung ini suka sangat masuk hutan itu walaupun anak Mat Sukun sudah mati hingga bercebis-cebis mayatnya. Korban terus-menerus bergelimpangan saban hari, dan koran terus punya tema untuk dibaca oleh sidang pembaca.

Lalu aku katakan kepada mereka: “Tidak cukupkah dengan hasil bendang, hingga kalian perlu masuk hutan terlarang?”.

Lalu mereka berteriak: “Kamu tahu apa? Cuma mengaji kitab, tidak berburu. Orang seperti kamu tidak tahu apa-apa tentang realita hidup. Untuk mencapai kejayaan, jalannya hanya satu – masuk hutan!”.

Sungguh ajaib kampungku ini, manusia tetap saja suka memasuki “Hutan Dumukrutus” yang punya binatang buas – Muhapirun atas alasan “kemenangan dan kemuliaan”.

Ajaran pendita itu? Arh... itu ajaran sesat bilang mereka!


catatan:
[Friday, 9 December 2005]

Sesat Dalam Menyesatkan Kesesatan?

Isu Wahhabi sebenarnya telah lama dibangkitkan oleh media massa, malah beberapa bulan yang lepas, ' Majalah i' telah membangkitkan hal tersebut. Akan tetapi mungkin kali ini, tindakan Utusan menyiarkan isu Wahhabi merupakan langkah bijak. Sebab dengan itu masyarakat kita akan mengalami pembebasan minda dengan lebih pantas.

Saya teringat mengenai Muhammadisme di Eropah, atau dengan ketakutan yang tidak berasas terhadap Islam yang mereka namakan sebagai Islamphobia. Masyarakat Eropah menganggap bahawa Islam adalah agama yang menjadikan umatnya radikal, menganjurkan untuk meninggalkan dunia, sebagai sebuah tata-cara kehidupan yang jumud, agama yang menentang kemajuan dan tamaddun, dan hanya untuk anutan bangsa Timur. Lalu kerana itulah bangsa Eropah menjadi takut apabila berhadapan dengan agama Islam, seperti mereka melihat singa yang kelaparan. Sedangkan para cendiakawan mereka yang mengkaji agama Islam di universiti-universiti terkemuka, mengemukakan sebuah teori; bahawa Islam adalah ajaran yang diciptakan oleh Muhammad Bin Abdullah, lalu dinamakan sebagai Faham Muhammad - Muhammadisme. Kita tertanya-tanya; apakah cendiakawan Barat tidak mampu melihat Islam itu indah walaupun mereka mengkaji Islam dengan mendalam? Bagaimana mungkin para saintis Barat tidak melihat keajaiban al Quran sedangkan mereka mengkajinya?

Kemudian saya melihat ke Timur pula dan mendapat hal yang hampir sama berlaku. Di Iran, masyarakatnya yang menganut faham Syiah menganggap bahawa "Ahlus Sunnah" adalah golongan sesat, sehingga mereka menghalalkan darah kaum Ahlus Sunnah. Mereka juga mengatakan bahawa al Quran yang digunapakai oleh Ahlus Sunnah tidak lengkap - terdapat beberapa surah dikurangi atas alasan ta'sub mazhab. Begitu juga dengan shahihain [Shahih Bukhari dan Shahih Muslim] yang dikatakan mengandungi jalur periwayatan palsu. Lalu mereka menggunakan al Quran dan kitab-kitab hadith versi mereka sendiri. Kita tertanya-tanya; bagaimana mereka tidak menyedari bahawa ajaran mereka itu yang sebenarnya sesat, al Quran mereka yang ditambah-tambah dan hadith-hadith mereka yang diambil dari jalur yang lemah?

Lalu persoalannya ialah apakah keadaan "kekeliruan fakta" juga berlaku di kalangan agamawan Malaysia? Inilah yang harus kita perhatikan dengan saksama, agar kita tidak menjadi manusia yang dipantunkan oleh nenek moyang kita; "Pecah dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih". Kita tidak mahu menjadi pengkritik Barat dengan istilah "duble standart" terhadap kebenaran, sedangkan kita juga melakukan hal yang sama - mengkotak-katikkan kebenaran atas dasar ta'sub.

Amalan bid'ah yang dikatan baik [hasanah], diwajarkan atas "teori nilai" iaitu baik-baik belaka. Justeru apa kaedah yang dibangunkan untuk teori ini? Nilai yang baik itu bagaimana hendak diukur? Menggunakan aqli [akal] atau menggunakan naqli [nas]? Dan siapa pula pengukurnya? Ulama' mu'tabar yang mendalam ilmunya terhadap sunnah [hadith dan atsar] ataupun ulama' yang sedang-sedang saja ilmunya?

Cukup saya memberikan dua ucapan dari Ulama' Syafi'iyah, sebagai bukti bahawa Wahhabi adalah penerus perjuangan Imam Syafi'i, dan juga sebagai bukti bahawa masyarakat kita hari ini terkeluar dari Manhaj Imam Syafi'i. Dari sisi aqidah, Imam Syafi'i menetapkan bahawa Allah itu berada di atas ' Arys, sepertimana yang beliau dapati dari perkataan Ibn Mas'u; "'Arsy itu di atas air, sedang Allah di atas 'Arsy, tidak tersembunyi sesuatu pun atas-Nya dari perbuatan-perbuatanmu ". Lalu Imam Syafi'i berkata: "Kekhalifahan Abu Bakar as Sidiq adalah hak (benar), telah diputuskan oleh Allah Ta'ala dari atas Langit-Nya, yang terhimpuin atas-Nya hati hamba-hamba-Nya". Kemudian Imam al Baihaqi menguatkan dengan berkata dalam kitab al Asma' wa ash Sifat serta dinukilkan oleh al Hafiz dalam Fathul Bari seperti berikut: "Penyebutan dalil-dalil yang menerangkan istiwa'nya Allah Tabaraka wa Ta'ala di atas 'Arsy-Nya, dan juga atsar-atsar yang berasal dari kalangan salaf yang memiliki pengertian seperti ini cukup banyak jumlahnya, dan jalan ini menunjukkan kepada mazhab asy Syafi'i ".

Mengenai pembacaan al Quran kepada mayat, maka Imam as Subki telah berkata dalam Takmilatul Majmu' Syarah Muhadzab; "Adapun bacaan al Quran dan mengirimkan pahalanya untuk mayit dan mengganti solatnya mayit dan sebagainya, menurut Imam Syafi'i dan jumhur ulama' adalah tidak sampai kepada mayit yang dikirim, dan keterangan seperti ini telah diulang-ulang oleh Imam Nawawi di dalam kitabnya Syarah Muslim ".

Andai dalam bidang fiqh kita telah menyelisihi Imam Syafi'i, mana sudah pasti dalam sudut aqidah kita jauh terpisah dengan sang Imam, walaupun kita berteriak di atas mimbar sebagai seorang Syafi'iyah atau Ahlus Sunnah . Justeru buktikanlah bahawa kita sebagai pengikut Imam Syafi'i dan "Ahlus Sunnah Wal Jamaah" yang sejati!

Untuk menghukumi Wahhabi, atau sesiapa sahaja yang menyelisihi kebiasaan; maka yang teramat penting ialah menguasai isu perselisihan dengan mendalami sumber bagi kedua-dua pihak. Kemudian berlaku adillah atas semangat kebenaran, kerana kita ini mencari kebenaran. Andai kebenaran itu muncul maka terimalah walaupun dari seorang yang dibenci; sebagaimana Abu Hurairah menerima petikan ayat Kursi dari Iblis. Seandainya enggan menerima kebenaran [kerana hidayah itu milik Allah] maka terimalah sebagaimana bapa saudara Nabi melindungi Nabi walaupun dia tidak memeluk Islam.


catatan:
[Wednesday, 7 December 2005]

Tajalli lah Engkau

Tajalli lah!

+ ah... guru, aku masih tidak dapat melihatnya. belum mau tajalli lagi!

- apa yang engkau perbuat wahai murid ku?

+ aku hanya mengikuti apa yang telah guru ajari.

- benarkah? apa engkau ada melakukan kejahatan?

+ maaf guru, semalam aku termakan hingga kenyang, lalu aku tidur sebentar di tengah hari.

- nak! bagaimana mau Tuhan tajalli di hadapanmu. tuhan tidak akan menitis dalam jasadmu andai engkau melakukan kejahatan

+ engkau wahai guru, tidak pernah melakukan kejahatan?

- aku pernah, tapi itu sebelum aku baligh. lalu aku hingga kini ma'sum! semua bicaraku adalah berasal dari Rabb ku. apa yang aku lihat adalah penglihatan dari Rabb ku. apa yang aku dengar adalah suaraku juga.

+ kerna apa?

- semuanya kerena Rabb ku telah bersatu denganku dalam jasad ini!

+ inilah yang kita panggil sebagai wahdatul wujud - kesatuan yang satu; semuanya adalah Tuhan, tiada tuhan melainkan tuhan juga. apa yang engkau lihat adalah dirimu, dan dirimu itu adalah tuhan. lalu tuhan itu ada di mana-mana sahaja - dalam jasadmu yang hina itu, dalam duburmu yang engkau beristinjak, dalam faraj ibu mu yang ayahmu gauli, dalam anjing yang menyalak itu. malah dalam babi yang menggelikan itu juga ada wujud Rabb mu!

- kerna apa?

+ kerna bukankah ajaran Sunnah wal jamaah itu menetapkan tuhan ada di mana-mana sahaja?

- benar!

+ lalu salahkau aku sebagai seorang wali menetapkan bahwa Allah wujud dalam duburku? bahwa Allah wujud dalam babi itu? salahkan aku? dan engkau perlu sadar bahwa Allah telah menyatu dalam jasad ini lalu bicaraku semuanya benar - tuhan tengah mencarut! dan carutan itu adalah suci! lalu apa bila engkau telah mencapai maqam ini, engkau akan melihat semuanya adalah engkau!

- guru, aku akan berusaha menjemput Rabb ke dalam jasadku!


catatan:

dipindahkan dari fail lama [Sunday, 27 November 2005]