Tuesday, July 29, 2008

MONEYpulasi

Ini satu rahasia besar

Orang lain tiada yang tahu melainkan kami-kamilah juga. Tetapi selalunya rahasia besar pasti akan dihembus keluar dari karungnya oleh orang dalam.

Ini rahasia besar

Saya rasa amat berat untuk menceritakan kepada saudara semua tapi kerna memikirkan bahawa durjana yang menimpa kalian semua ini pasti menyinggung sanak saudara saya, teman-teman saya malah tetangga saya, maka saya harus tekad untuk berkata benar dan menceritakan hal konspirasi besar ini.

Moga pendedahan ini akan meringankan kerosakan yang pernah saya bikin sejak lapan tahun dahulu.

Benar, ini rahasia besar. Dan benar bahawa saya terlibat dalam menjalankan makar itu bersama rakan-rakan. Kami sebenarnya telah merencana gerakan ini sejak sekian lama. Malah berjaya menyusupkan paham ini kepada Al Azhar!

Lalu sejak ratusan tahun. malah kalau dikatakan sudah 1000 tahun rencana ini berjalan, pasti sudara semua akan tercengan dan menuduh saya berdusta. Tapi itulah hakikatnya. Rencana itu terus mengikut aturannya, hingga kini. mungkin akan datang juga. Tetapi entah masa mendatang tiada siapa yang tahu, tambahan pula saya telah membuat pendedahan ini.

Begini ceritanya, bahawa saya dahulu seperti kalian juga: apa yang saya paham itulah yang kalian paham. Dan itu juga yang apa ibu dan ayah saya paham. Malah seluruh kerabatnya yang menjadi Pembesar agama di Banjarmasin dan Matapura, begitu juga dengan seluruh Madrasah keluarga saya di Parit Abas, Kuala Kurau.

Kemudian saya ditakdirkan oleh Tuhan untuk ketemu seorang yang mengajak saya kepada jebak ini. Mulanya saya hanyalah ingin mengkaji dan memikirkan fitnah yang menular. Tetapi akhirnya tanpa saya sedari saya telah terjatuh dalam kubangan mereka. Benar kata orang, bahawa kaum ini kalau dibiarkan berbicara pasti dibungkamnya manusia benar. Lalu jadilah kelihatan yang benar itu berupa batil. semuanya kerna kehebaran mereka dalam berbicara dan kegemaran mereka menciplak alasan.

Tanpa saya sadar saya tenggelam dan menjadi penegak mereka sekian lama. Bersama mereka saya merencana, berganding bahu dengan mereka dalam menyusupkan keraguan kepada masyarakat, dan tolong menolong bersama dalam membingungkan umat.

Akhirnya Allah datang membawa ayatnya, berupa nur yang menyuluh kelongsong gelita dalam jiwa ini. Menyedarkan saya bahawa mereka adalah kaum bobrok dan harus dilumatkan hingga sirna. Semuanya dengan utusan Allah - Syeikul Haditn, Al Imam, Al Alamah, Faqihil Ummah Syeikh Abdullah Al Harari. Malah gelar beliau kalau mau dihitung nescaya tidak cukup sebuah buku. Seperti Yang Agung, Yang Genius, Yang Hebat, Yang Berpengetahuan Tinggi. Cukuplah saya tulis sedikit dari sebuah daftar gelar sarjana yang beliau dapat.

Maka saya akan kisahkan kepada saudara semua bahawa antara kejahatan yang telah kaum itu laksanakan. Bahawa dengan kekayaan yang mereka perolehi dari emas hitam - minyak yang menghidupkan mesin -dan perjalanan manusia ke rumah Tuhan. Maka dengan kekayaan itulah mereka merusak dunia; guna untuk mengekalkan kekayaan mereka dan kekuasaan mereka di Najd! Bukan setakan itu, mereka sebenarnya seperti Yahudi, mau menghambakan manusia semuanya.

Lalu mereka wujudkan sandiwara untuk mengelabui mata kita semua. Mereka mencetak kadir-kadir mereka yang akan menyebarkan paham mereka ke seluruh dunia. Kemudian dalam masa yang sama mereka mengupah manusia duitan untuk menghentam mereka, bagi membuktikan bahawa mereka adalah Golongan yang Dijanjikan - sedikit dan ditentang seluruh manusia lain; seperti yang mereka pernah baca dari Hadith Rasulullah.

Maka mereka mengupah banyak para Ustaz dan para Syeikh untuk berpura-pura membantah mereka. Kalau tidak pun mereka sogokkan dengan sedikit kekayaan mereka agar terpengaruh dalam membantu mereka.

Ini bisa kita buktikan bahawa saat para pembesar mereka meninggal, maka para penopeng bertembolok besar yang gilakan harta ini akan memberi pujian ataupun lawatan. Ketika Bin Baz meninggal dunia, berjurut para Ulama Al Azhar memberi sanjungan dan pujian. Begitu juga apabila Albani dan Uthaimin meninggal dunia. Ketika itulah kelihatan "peribadi" para ulama dunia terhadap Wahhabi. Dan ketika itulah terserlah dan terbongkar bahawa para ulama dunia ini terutama Al Azhar adalah para ulama belian dan ulama yang mata duitan.

Terbaru ialah tembelang seorang tokoh Ulama Dunia dihidu oleh kita, iaitu Syeikh Wahbah Zuhaili; ketima mana dia memberi simpati kepada kaum itu. Maka sadarlah kita bahawa dia dan kawan-kawannya adalah ulama yang sudah dibeli dengan kekayaan, mungkin juga Wahabi telah tawarkan dia perempuan genit yang menggiurkan untuk melayani nafsu serakah beliau.

Kemudian tanpa kitas sadar; bahawa Ustaz Uthman El Muhammadi juga adalah manusia yang dibeli oleh Wahhabi agar memenuhi prinsip mereka "menjadi golongan yang asing dan ditentang oleh sekian banyak manusia". Maka setelah Ustaz Uthman yang menggelapai ajaran SESAT TAL TUJUH difatwakan haram dan sesat, maka Wahhabi pun datanglah menyusun rencana. Maka Ditawarkan banyak hal kepada Uthman El Muhammadi dan dia pun bersetuju. Lalu menjadilah dia manusia yang paling lantang mengkafirkan Wahhabi.

Coba kita pikir dengan benar; kalau betul dia [Uthman] adalah manusia yang alim dan ikhlas dan tinggi ilmunya, bagaimana dia boleh menjadi manusia yang membuat ajaran mereka dan sesat [tal tujuh]. Kemudian bagaimana kisah Tal Tujuh itu tersus hilang dari ingatan kita, dan bagai mana seorang yang telah mengetuai ajaran sesat menudian menjadi seorang yang mengetuai ajaran benar? Dan Bagaimana dia menjadi tokoh Maal Hijrah baru-baru ini?

Semuanya adalah pertolongan Wahhabi dan keberkesanan rencana mereka!

Begitu juga dengan Zamihan dan gurunya Hasan As Saqaf, termasuk juga Abu Syafiq al Kazzab. Mereka semua ini adalah manusia yang telah dibeli oleh Wahhabi dalam mewujudkan "Golongan yang sedikit". Kernn menurut Islam, antara ciri kebenaran golongan akhir zaman ialah golongan itu kelihatan asing seperti manusia melihat Islam pada zaman Nabi sebagai asing. Dan sudah pasti orang asing ini sedikit dan dimusuhi dan diumpat oleh seluruh manusia.

Begitu juga dengan segala kitab yang ada dimaktabah Islam; bahawa Wahhabi telah menukarnya, atau mengubahnya, atau melupuskan agar semua kitab yang lama-lama berusia ratusan tahun itu secocok dan sejalan dengan paham mereka. Maka ketika kita membuka kitab para ulama silam seperti kitab Syarhus Sunnah karya Barbahari, maka kita dapati Imam Barbahari beraqidah persis seperti Wahhabi, hingga kita berdesit: "Apakah Imam Barbahari juga Wahhabi?". Begitu juga ketika kita menyelak Al Umm karya Imam Syafi'e, maka jantung kita berhenti seperti kita mau pengsan, tat kala melihat amalan yang kita lakukan saat ini bercanggah dengan apa yang tertuang dalam Al Umm, sehingga kita berujar: "Apakah Imam Syafi'e juga sudah dibeli dengan wanita genit oleh kaum Wahabi?".

Begitu juga dengan Shahih Bukhari dan Muslim - hadith-hadith didalamnya semuanya telah ditukar dan dilakukan renovasi sehingga seluruh hadith menyokong paham Wahhabi!

Lalu kerana kejinya Wahhabi: membeli para ulama, menawarkan harta kekayaan, mengumpan dengan wanita montel, merubah kitab dan menghaupskan kitab yang membantah paham mereka, menyusun hadith maudhu' dan berdusta atas nama agama - maka kita harus bertahi-hati dengan Wahhabi.

Saya sudah menjalankan kewajiban saya untuk menyedarkan manusia, malah hidup saya masih tak saya tahu pada hari mendatang; apakah saya akan selamat dari buruan Wahhabi kerna membocorkan gerak kerja mereka.

Sunday, July 13, 2008

Sejarah Pembantaian Terhadap Pilar Islam

Satu saat Rasulullah di kejar dengan pedang dari belakang dan pada saat yang lain beliau terlepas dari makar pembunuhan dalam peperangan. Kemudian dalam satu peperangan beliau dikepung dengan pedang-pedang musuh terhunus, lantas para temannya membuat bulatan - benteng nyawa - sehingga beliau tersungkur diasak musuh menyebabkan gigi beliau patah.

Ini satu paparan yang tiada siapa dapat menafikannya bahawa sepanjang hayat Rasulullah senantiasa diancam bunuh. Malah para teman beliau banyak yang berguguran dibawah kilatan mata pedang.

Kerana tidaklah manusia itu diciptakan dengan saja-saja meliankan dia harus diuji. Begitulah juga bahawa setiap Rasul itu diutus maka diturunkan juga musuih baginya berupa manusia dan jin, yang mereka ini berbisik sesama mereka dalam merencanakan makar memutus nyawa Rasul dan menghentikan Islam.

Justeru melihat jayanya dan tersebarnya da'wah Islam yang dibawa oleh Ahmad Bin Abdullah, sang Rasul terakhir, maka para setan ini mula berfikir bahawa untuk melelahkan penganutnya dan merobohkan sendi-sendi Islam tidak boleh dilakukan pembantaian secara fizikal kerna manusia yang bersyahadah itu pasti bisa menentang kekafiran dengan pedang dan nyawa mereka.

Lalu yang harus dibobrokkan ialah rupa Islam itu sendiri - ajarannya - dan sendinya - sumber ilmu islam; epistimologi nya. Oleh itu setelah dipahami dengan benar dan membulat tekat, kaum kuffar pun menyusup masuk menjadi penganut islam padahal mereka adalah kaum munafik. Disebarkanlah paham-paham yang bukan bersumber dari Islam dan ditegakkan sendi-sendi baharu.

Tetapi pada saat ini Rasul telah tiada, meninggalkan dunia menuju kepada Azza wa jalla, namun beliau telah tinggalkan khalifahnya iaitu para teman-teman beliau semasa hayatnya. Yang mereka ini mendengar Kalam Tuhan dibibir Muhammad saw, dan mereka mempelajari setiap 10 ayat dan memahami makna-maknanya. Juga mereka melihat setiap gerak Utusan Allah ini dan menghapal butir bicaranya.

Kalaulah Rasul itu masih ada, nescaya beliau akan menjadi saksi kebatilan ruba baru Islam dan sendi-sendi ciptaan itu. Menjadi hujjah dengan Kalam Tuhan dan ucapan beliau. Tetapi sudah menjadi hukum bahawa setiap yang bernyawa pasti menemui kematian. Namun Tuhan telah siapkan hujjah Islam ini akan diteruskan oleh taman-teman Rasul-Nya.

Ketika setiap pemikiran baharu bermunculan, ketika itulah juga pedang kebenaran ditebas hingga kebatilan itu sirna. Begitulah ketika kaum Haruriyah mengucapkan "Hukum itu hanya milik Allah" maka Ali membantah "Kalimat yang haq tetapi dimaksudkan kebatilan". Begitu juga ketika muncul kaum yang mendustakan Qadar lalu sahabat berkata "Aku berlepas diri dari mereka dan mereka berlepas diri dariku".

Sesudah wafatnya para sahabat, tigas menegakkan rupabentuk Islam yang tulen terus diteruskan oleh para murid mereka. Ketika Watsil Bin Atha mendengar perbicaraan Hasan Basri maka dia berbeda pikiran lalu keluar dari pengajian dan menyebarkan pahamnya. Ketika itulah para murid sahabat membantah pemikiran ini, tetapi sesudah itu paham ini menguasai negara dan berjaya mempengaruhi Khalifah. Saat inilah Imam Ahmad Bin Hambal ditangkap dan disebat kerna mempertahankan rupa Islam yang sejati.

Harus kita sadar bahawa pada ruang jangka masa ini - memakan masa selama 3 generasi pemerintahan Dinasti Abbasiyah - bahawa paham Mu'tazilah telah menjadi mazhab rasmi negara, dan apa-apa yang menyelisihi mazhab ini berupa ajaran Islam yang sesat. Lalu menjadilah Islam yang asli itu sebagai sesat dan yang sesat itu sebagi Islam. Walau bagaimanapun Allah telah menjadikan Ahmad Bin Hambal ini sebagai Abu Bakr kedua; yang menegakkan kembali Islam murni.

Seterusnya perjalanan Islam itu panjang memakan masa 1000 tahun, maknanya dalam masa itu berbagai paham baru dilontarkan dalam memberi corak kepada Islam. Dan akan ada sekelompok kecil dari umat ini yang akan menegakkan yang haq dan menghancurkan yang batil. Terus akan ada sampai bumi dilipat dan sangkakalan berdesing nyilu.

Sampai zaman ini, makar kaum yang memusuhi Islam masih gencar memusnahkan pilar-pilarnya. Diwujudkan kaum yang berpegang semata-mata pada Al Kitab dan mengkafirkan manusia yang berpegang pada penghuraian Rasul.

Kaum ini berupa manusia yang tidak mengerti akan ilmu Islam. Bagaimankah mereka akan memahami Al Quran tanpa penerangnya - iaitu Al Hadith? Malah bagaimana mereka akan menegtahui Rasul mereka tanpa merujuk kepada Hadith? Dan bagaimanakah mereka boleh mengetahui akan risalah Al Quran tanpa periwayatan; apakah Al Quran itu muncul tiba-tiba atau diturunkan kepada Rasul sedikit-sedikit sehingga lengkap?

Dan juga ada segolongan dari umat ini yang bimbang dengan perpecahan antara mazhab lalu mengambil jalan tengah [atas dasar perpaduan dan memikirkan bahawa perang utama adalah membetulkan umat Islam yang tidak mentaati Allah dan melawan kaum kuffar] dengan cuba menerima semua aliran, ataupun mereka tidak suka untuk menetapkan label "sesat" kepada sesuatu paham atau tokoh.

Paham ini sebenarnya cuba merobek pilar Islam terutama yang kedua, iaitu al Hadith. Ingtlah bahawa al quran dan al hadith itu diriwayatkan oleh orang yang terpercaya, dari satu generai kepada generasi seterusnya. Seorang periwayat yang tak tercela, kuat ingatannya, yang mereka ini terlepas dari sedikitpun kejahatan dan mereka ini bukanlah manusia yang terpaham dengan rupa bentuk Islam yang baharu.

Kerana itulah Ibn Sirrin berkata bahawa sebelum berlaku perpecahan, mereka mengambil riwayat tanpa mempertanyakan rawinya, tetapi setelah itu mereka akan bertanya "siapa rawi engkau". Kalau terbukti bahawa sia ahlus sunnah maka riwayatnya diambil, namum jika terbukti bahawa rawinya ahli bid;ah maka riwayatnya ditinggalkan.

Justeru dari satu sisi sahaja telah membuktikan bahawa vonis "sesat" dan "ahli bid'a" adalah wajib dan akan terus menerus diguna selagi mana wujud musuh Allah di bumantara ini. Kalaulah tiada sesiapa yang dikatakan sesat dan ahli bid'ah, maka akan rosaklah sumber agama ini kerana manusia yang sesat pasti akan merobah kalam mulia.

Begitu juga bahawa didalam Islam telah terwujud satu hukum yang dinamakan sebagai Tahzir dan Hajr. Pemulauan dan Peringatan. Maka kalau lah tidak dibenarkan untuk menetapkan sesat dan bid'ah, maka sia-sialah hukum yang Rasul tunjukkan ini. Kepada siapa kita harus pulaukan, dan kepada siapa yang hendak kita ingatkan bahawanya kepada masyarakat? Kalu bukan kepada ahli bid'ah dan kaum yang sesat?

Justeru, kita harus menyedari bahawa Islam yang benar adalah mengikuti pahamnya sahabat Rasul dalam menggunakan Al Quran dan Al Hadith. Inilah rupa bentuk Islam yang tulen

Friday, July 11, 2008

Manusia Takutkan Kegelapan

Manusia itu takutkan banyak perkara malah kadang dia sendiri merasakan ketakutan dalam rumahnya sendiri - iaitu ketika malam gelita. Saat matanya tidak mampu melihat sekeliling, dia terus disergap rasa takut yang tak keruan; apakah dia terlanggar bucu meja, atau tersentuh benda tajam, atau pun tersadung kaki kerusi lalu bergoleh jatuh, atau yang paling meggerikan ialah muncul jembalang di atas almari. Padahal kalau di siang bolong, dia tak perlu meraba-raba di dinding dan takut terjatuh, tetapi dia bisa bergerak pantas sambil berlari-lari anak.

Kerana manusia itu tidak melihat terhadap sesuatu yang tidak dapat dicerna oleh mereka maka mereka ketakutan. Malah ketakutan utama adalah kejahilan terhadap sesuatu.

Begitu juga dalam hal agama ini, banyak manusia yang diserang ketakutan dalam beragama. Maka terjadilah sebahagian ahli religus kita yang ketakutan sehingga membikin paham yang tak keruan, seperti tanggapan lelaki dalam rumahnya yang menyangka ada jembalang di atas almari tadi.

Maka sebahagian dari mereka menetapkan bahawa barang-siapa yang melakukan dosa besar maka dia telah keluar dari Islam malah berada kekal dalam neraka. Tujuannya apa? Untuk menjaga manusia yang mengucap syahadah dari berbuat maksiat dan kejahatan - agar seorang Muslim itu senantiasa berbuat kebajikan dan mendapat kemulyaan.

Justeru manusia yang terhinggap "ketakutan" jenis ini pun terus menerus berada dalam kewaspadan; tak boleh tersilap sedikit pun kerna nanti mereka menjadi murtad. Malah lebih malang lagi kekal dalam neraka. Oleh itu mereka hidup dalam keadan sulit dan akhirnya agama menyulitkan mereka lagi. Barang siapa yang memberatkan agama, maka agama akan memberatkan dia.

Kemudiannya ada lagi sekelompok orang yang mengatakan bahawa mereka yang melakukan kejahatan ini tidak dihumban dalam neraka, dan juga tidak dimasukkan dalam syurga. Mereka duduk bersantai ditengah2 antara kedua tempat ini. Ini satu lagi logika yang tak terjangkau oleh logik agama.

Padahal yang benar bukan begitu; manusia yang berbuat silap pasti dia diadili oleh manusia secara fizikal; dengan hukum yang telah Tuhan turunkan. sedangkan hal batin adalah urusan Purbawisewa - Gusti Agung. Manusia yang mencuri dan terbukti salahnya akan dipotong pergelangan tangannya sebagai balasan. Dosanya itu apakah diampun atau tidak, bukan ketentuan sang hakim dan manusia lainnya. Tetapa yang pasti si pencuri itu tetap Islam. Malah tidak ada satu dalil pun yang mengeluarkan dia dari Millah Ibrahim ini.

Kita tanyakan lah kepada kaum yang mengkafirkan dia: "Apakah di zaman Rasul dahulu hudud tidak berjalan atau dibekukan, kerna seluruh sahabat tidak pernah berbuat silap? Dan kalau Hudud itu berlangsung, apakah sahabat yang dihukum itu adalah kafir dan masuk neraka?"

Kemudiannya ada serpihan manusia yang cuba bersikap "terbuka" dan toleran, mengkehendaki agar kita tidak menetapkan vonis "sesat", atau mentancapkan gelar "ahli bid'ah" kepada seseorang. Maka kita tanyakan kepadanya "haa tu burha na kum in kuntum soodiqin" - tunjukkan hujjah kamu. Agar kita sama-sama untuk bersikap adil kepada manusia. Kalau kami berbuat silap, nescaya kami akan ruju'.

Kalau lah ulama sunnah tiada hak untuk menetapkan si fulan sesat, atau si fulan ahli bid'ah, maka sudah pasti kita juga tidak harus memanggil Wasil Bin Atha' atau Aminah Wadud sebagai sesat. Begitu juga kita tidak boleh mengatakan bahwa Ibn Arabi, Hallaj, Jaham Bin Safwan manusia yang tersesat teruk - kafir. Dan berdosalah ulama'-ulama' yang membunuh mereka bertiga itu.

Padahal Rasul juga pernah menetapkan Khawarij dengan gelar Anjing neraka, dan sahabat juga memanggil mereka sebagai Sesat. Serta Khalifah abu Bakr membunuh mereka yang tidak mahu mengeluarkan zakat, sementara itu Ali pernah membakar mereka. Kemudian dari dahulu hingga sekarang ulama kita telah mengarang kitab dengan jodol "Bantahan" seperti Imam Bukhari - Ar Raddu 'Alal Jahmiyyah.

Lalu apakah guna kita memanggil manusia yang tidak menyembah Allah sebagai Musyrik, atau pun Kafir kerna untuk berlaku adil, dan untuk tidak menjadi Rabb yang memutus hukum kepada manusia lain. Padahal Allah telah tetapkan sumber-sumbernya untuk menentukan seseorang sebagai kafir, dan sebagai Muslim. Begitu juga Rasul telah nyatakan syarat-syaratnya untuk menetapkan seseorang sebagai Sunni dan sebagai ahli bid'ah, atau sesat dari kebenaran. Semua barometer ini telah ditetapkan dan telah diajarkan kepada para sahabat sehingga mereka mengerti dan bisa menggunakan barometer tersebut.

Begitulah ketakutan manusia kepada semangat untuk menjaga agama ini. Niat mereka baik tetapi mereka tersilap dalam menuju kebaikan itu.

Lalu rupanya juga didalam segelintir manusia yang mengaku Salafi, nayata mereka tak terlepas diserkup hantu "ketakutan" ini.

Kerana untuk menjadikan manusia sunni ini adalah manusia yang berpegang kokoh pada dustur Ilahi dan Sunnah nabawi, maka mereka menganggap pelaku maksiat yang berupa dosa kecil itu telah terkeluar dari jajaran ahlus sunnah dan menjadilah pelaku bid'ah. Kerana mereka berkata: "Janganlah dilihat kecilnya dosa itu tetapi lihatlah kepada siapa kita melakukan dosa itu - Allah".

Makanya siapa-siapa yang melabuhkan seluarnya lebih dari mata kaki, atau yang merapikan janggutnya dengan memotong hingga tinggal sedikit, atau yang suka mendengar musik, atau dosa-dosa lain; mereka ini bukan ahli sunnah melainkan ahli fasik dan ahli bid'ah.

Sungguh ini satu kedustaan atas agama, dan berupa kejahilan dalam meniti jalan Rasulullah saw. Mahu saja kita katakan kepada mereka agar tetap teguh kepada manhaj yang mulya ini dan berlapang dada lah serta tuntut lah ilmu. Kerna kedapatan sahabat Rasulullah yang melakukan dosa kecil, serta ada yang melakukan dosa besar; tetapi Rasul serta para sahabat yang lainnya tidak pernah mengeluarkan mereka dari Ahlus Sunnah, malah jauh sekali mengkafirkan mereka.

Lalu kepada saudara kita yang mengaku meniti manhaj ini, kalian haruslah bisa memaafkan kesalahan saudaramu yang lain, kerna manusia itu bukanlah malaikat, atau bukan juga makhluk yang tidak bisa berbuat; ibarat sehelai bulu yang ditiup - kalau angin meniup ke kanan maka kekananlah ia, kalau angin meniup ke kiri maka ke kiri lah ia. Kita tidaklah diikat tangan dan kaki kita untuk berbuat baik atau kejahatan, sekadar diberi ilham dan kekuatan. Maka manusia ada yang lemah imannya lalu tersilap dan ada tebal imannya lalu teguh dalam agama.

Dan adalah makum bahawa kita ini makhluk yang berbuat silap; bukankah setiap anak Adam itu berbuat silap, dan yang paling baik adalah yang cepat bertaubat?

Kesalahan seseorang bukanlah sebagai hujjah untuk mengeluarkan dia dari Sunnah, lebih-lebih lagi sebagai seorang Muslim. Selagi mana kebaikan menguasai dirinya, maka dia dinisbatkan kepada kebaikan, kalau kejahatan yang menguasai dirinya maka dia dinisbatkan kepada kejahatan.

Ketahuilah bahawa Ahlus Sunnah itu adalah berpegang teguh kepada pedoman Sahabat dalam beragama, maka selagi itulah dia dikenal sebagai Sunni. Tetapi apabila aqidahnya melencong dari kebenaran, maka dia sudah terkeluar dari jajaran mulya ini. Itupun kalau kesalahannya dalam aqidah mendominasi dirinya dan dia tidak mahu insaf setelah di tabayyun - dijelaskan.

Tidakkah kita masih mengerti akan hal ini; seorang hakim yang zalim, satu ketika dia menjatuhkan hukuman yang adil, maka tidaklah manusia memanggil dia sebagai "Hakim yang Adil". Dan seorang hakim yang adil satu ketika dia menjatuhkan hukum yang zalim [tidak adil], maka tidaklah manusia memanggil dia sebagai "Hakim yang Zalim". Yang mendominasi hakim tersebutlah yang bisa kita nisbatkan, bukan keadaan "tak-terbiasa" beliau yang menjadi kayu pengukur.

Maka, apabila hilang ketakutan, nescaya kita dapat berlari kencang walau dalam malam gelap tanpa purnama.

Wednesday, July 09, 2008

Albani Dan Kaedah Ilmiyah As Saqqaf

Tuan-tuan, marilah kita lihat bagaimana Zamihan dan gurunya Hasan Ali As Saqqaf yang kononnya mengaku sebagai Ahlus Sunnah membantah Wahabi. Saya bawakan artikel ini sebagai salah satu bukti bahawa kaum penentang Salafi hingga kini masih tidak dapat membawakan satu hujjah yang ilmiyah, seperti yang telah saya gariskan sebelum ini.
Hasan Ibn ‘Ali As-Saqqaf, seorang rakyat Jordan yang mendakwa berasal dari keturunan ‘Ali Ibn Abi Talib radhiallahu ‘anhum. Selain daripada bidang kajian hadith, beliau juga banyak mengkritk Al-Albani dalam bidang akidah melalui beberapa karyanya seperti At-Tandid Liman ‘Addada At-Tauhid dan Daf’ Shubah At-Tasybih. Segala kritikannya terhadap Al-Albani dan pengkhianatannya terhadap agama telah dijawab oleh para ilmuan timur tengah dalam karya-karya jawapan mereka, antaranya:

1. Al-Kasyf ‘An Dalalat As-Saqqaf oleh Nasir Al-’Ulwan.
2. Ithaf Ahl Al-Fadl Wa Al-Insaf Fi Naqd Daf’ Shubah At-Tasybih oleh Nasir Al-’Ulwan.
3. Al-Anwar Al-Kasyifah Li Tanaqudat Al-Kasysyaf Az-Zaifah oleh ‘Ali Al-Halabi.
4. Al-Iqaf ‘Ala Abatil Qamus Syataim As-Saqqaf oleh ‘Ali Al-Halabi.
5. Al-Ithaf Bi ‘Aqidah Sheikh Al-Islam Wa At-Tahzir Min Jahmiyyah As-Saqqaf oleh ‘Abd Al-Karim Al-Hamid.
6. Iftiraat As-Saqqaf Al-Athim ‘Ala Al-Albani Sheikh Al-Muhaddithin oleh Khalid Al-Anbari.
7. Ar-Radd ‘Ala At-Tandid Liman ‘Addada At-Tauhid oleh ‘Abd Al-Muhsin Al-’Abbad.
8. As-Sawaiq Wa Asy-Syuhub Al-Marmiyyah ‘Ala Dalalat Wa Inhirafat As-Saqqaf Al-Bid’iyyah oleh Abu Wad’ah Al-Athari.


Maka, baik kiranya kita melihat kepada muridnya Zamihan Al Ghari yang membantah Wahabi secara “ILMIYAH” dalam bukunya Salafiyah Wahabiyah : Satu Penilaian.


Di bawah berupa petikan yang saya ambil dari tulisan Hafiz Firdaus, Pembongkaran Jenayah Ilmiyah Salafiyah Wahabiayah:



Ketika mentohmah Al-Albani sebagai tokoh kontradik dalam kajian hadith, Al-Ghari langsung tidak membawa sebarang contoh bagi membuktikan tohmahannya itu, sebaliknya dia sekadar menyebut nama-nama individu yang pernah mengkritik kajian Al-Albani dalam kitab masing-masing, termasuklah nama gurunya As-Saqqaf. Sebenarnya, Al-Ghari tidak mampu membuat kritikan secara ilmiah terhadap kajian hadith yang dibuat oleh Al-Albani kerana beliau terlalu jahil dalam bidang berkenaan. Hakikat kejahilan beliau telah terbukti berulang kali dalam contoh-contoh yang telah dibincangkan sebelum ini. Di sebabkan kejahilan itu, beliau bergantung sepenuhnya kepada tulisan para pengkritik Al-Albani dan mengikut secara buta segala kritikan itu tanpa ada sebarang kemampuan untuk menilai kekuatan dan kelemahan kritikan tersebut, lebih-lebih lagi bila dia mendapati segala kritikan itu bersesuaian dengan nafsu jahat yang menguasai dirinya.
Berdasarkan tinjauan penulis terhadap kritikan yang dibuat oleh para pengkritik Al-Albani, didapati kritikan tersebut terbahagi kepada dua bentuk:bentuk:

Bentuk Pertama:

Kesilapan yang tidak disengajakan, dan yang diperbetulkan segera oleh beliau setelah menyedarinya, sama ada melalui semakan sendiri atau pun melalui maklum balas daripada murid-murid dan para pembaca kitabnya. Pembetulan itu biasanya dibuat sama ada dalam edisi cetakan baru kitab berkenaan atau dalam mana-mana muqaddimah kitabnya yang hendak diterbitkan. Kesilapan jenis ini tidak seharusnya dilihat dari sudut negatif, sebaliknya ia perlu dilihat dari sudut positif sebagai tabiat semula jadi manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, lebih-lebih lagi jika kesilapan itu segera diperbetulkan sebaik sahaja ia disedari. Dalam konteks ini Al-Albani berkata (maksudnya):

“Membetulkan kesilapan adalah satu kewajipan, dan ia telah menjadi amalan biasaku seperti yang diketahui oleh para pembaca kitabku…”

Dalam kitabnya yang lain beliau berkata (maksudnya):

“Dan kadangkala aku mengubah penilaianku ke atas hadith yang telah lalu dengan satu penilaian lain setelah ternyata kepadaku ia adalah lebih tepat dan lebih rajah (kuat) …dan ini meskipun jarang berlaku, namun aku merasa perlu menyebutnya kerana dua sebab: Pertama, supaya tidak disalah anggap bahawa perubahan itu adalah kesilapan cetakan. Kedua, supaya diketahui oleh orang yang dikehendaki Allah untuk mengetahui, bahawa ilmu itu tidak menerima kejumudan, bahkan ia sentiasa berkembang daripada salah kepada betul, daripada sahih kepada lebih sahih dan seterusnya, dan juga supaya mereka mengetahui bahawa kami tidak degil mempertahankan kesilapan jika ia telah terbukti kepada kami”

Bentuk Kedua:

Sesuatu fakta atau pendapat yang didakwa secara khianat oleh seseorang pengkritik sebagai suatu kesalahan, sedangkan pada hakikatnya ia adalah suatu kebenaran konkrit yang menepati pengkaedahan ilmu hadith itu sendiri. Orang yang dilihat paling banyak membuat kritikan jenis ini ialah As-Saqqaf
guru Al-Ghari sendiri, melalui kitabnya Tanaqudat Al-Albani Al-Wadihat. Untuk membuktikan kedurjanaan As-Saqqaf, diperturunkan di sini tiga contoh:

Contoh Pertama:

As-Saqqaf mendakwa Al-Albani telah melakukan kesilapan kerana membuat penilaian yang bercanggah ke atas hadith riwayat Aisyah radhiallahu ‘anha yang bermaksud: “Sesiapa yang memberitahu kamu bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah kencing berdiri, maka janganlah kamu mempercayainya, Baginda tidak kencing melainkan sambil duduk” [At-Tarmizi, Muhammad Ibn Isa Ibn Saurah, Sunan At-Tarmizi, Dar Al-Hadith, Kaherah, Mesir, t.th, No: 12, An-Nasai, Ahmad Ibn Syu’aib, Sunan An-Nasai, Matba’ah Mustafa Al-Halabi, Kaherah, Mesir, 1964, No: 29, Ibn Majah, Muhammad Ibn Yazid, Sunan Ibn Majah, Dar Ihya’ Al-Kutub Al-’Arabiyyah, Kaherah, Mesir, t.th, No: 307 dan At-Tayalisi, Sulaiman Ibn Daud, Musnad At-Tayalisi, Matba’ah An-Nazzamiyyah, Haidar Abad, India, 1321H, No: 1515.].

As-Saqqaf mendakwa Al-Albani sebagai kontradik kerana kononnya telah menilai dhaif hadith ini dalam Misykat Al-Masabih
[At-Tabrizi, Muhammad Ibn ‘Abdillah, Misykat Al-Masabih, Tahqiq: Muhammad Nasir Ad-Din Al-Albani, Al-Maktab Al-Islami, Beirut, Lubnan, 1405H, 1: 117], tetapi menilainya semula sebagai sahih dalam Silsilah As-Sahihah [Al-Albani, Muhammad Nasir Ad-Din, Silsilah Al-Ahadith As-Sahihah, Al-Maktab Al-Islami, Beirut, Lubnan, 1985, 1: 346. Lihat: As-Saqqaf, Hasan Ibn ‘Ali, Tanaqudat Al-Albani Al-Wadihat Fi Ma Waqa’a lahu Fi Tashih Al-Ahadith Wa Tad’ifiha Min Akhta’ Wa Ghalata’, Dar Imam An-Nawawi, Amman, Jordan, 1992, 1: 40]. Kritikan As-saqqaf itu dilihat sebagai bertujuan jahat kerana:

Buku Silsilah As-Sahihah diterbitkan hanya beberapa bulan selepas terbitnya buku Misykat Al-Masabih, manakala buku Tanaqudat As-Saqqaf itu pula diterbitkan tujuh tahun selepas terbitnya kedua-dua buku Al-Albani tersebut. Maka jika As-Saqqaf benar-benar jujur, dia seharusnya mengambil kira penjelasan yang dibuat oleh Al-Albani dalam bukunya yang terkemudian (Silsilah As-Sahihah) dan bukan yang terdahulu (Misykat Al-Masabih). Ini kerana pengkaedahan ilmu hadith telah menetapkan bahawa jika berlaku percanggahan pendapat daripada seorang ulama hadith yang sama, maka pendapatnya yang terkemudian dikira membatalkan pendapatnya yang terdahulu.

Dalam bukunya Silsilah As-Sahihah, Al-Albani telah mengakui kesilapannya dalam buku yang terdahulu dan beliau telah menjelaskan secara terperinci bahawa kesilapan tersebut adalah disebabkan oleh dua perkara: Pertama, kerana beliau terikut-ikut dengan pendapat ulama terdahulu, seperti At-Tarmizi, Al-’Iraqi dan As-Suyuti yang menilai hadith berkenaan sebagai dhaif [As-Suyuti, ‘Abd Ar-Rahman Ibn Abi Bakr, Zahr Az-Zuba ‘Ala Al-Mujtaba, Matba’ah Mustafa Al-Halabi, Kaherah, Mesir, 1964, 1: 27]. Kedua, kerana beliau tidak sempat melakukan istiqsa’ (pengumpulan riwayat secara menyeluruh), disebabkan kelemahan logistic ekoran keadaan beliau yang sentiasa bermusafir pada masa itu.

Hakikat bahawa seseorang tokoh ulama berpegang dengan suatu pendapat pada suatu ketika dan kemudian menukar pendapatnya itu pada ketika yang lain dengan disertai pengakuan dan penjelasan terhadap faktor-faktor perubahan tersebut merupakan fenomena biasa yang sering berlaku terutama bagi mereka yang banyak berkarya.


Fenomena seumpama inilah yang menimbulkan istilah qaul qadim (pendapat lama) dan qaul jadid (pendapat baru) bagi Asy-Syafi’ie rahimahullah, dan fenomena inilah juga yang banyak berlaku pada pendapat Az-Zahabi rahimahullah dalam kitabnya Al-Kasyif dan Al-Mughni. Demikian juga Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani rahimahullah banyak menukar pendapatnya dalam At-Taqrib, Talkhis Al-Habir dan Fath Al-Bari disebabkan perubahan tahap kajian beliau dalam sesebuah kitab dengan sebuah kitabnya yang lain.


Meskipun pendapat yang terdahulu tetap dilihat sebagai satu kesilapan, namun dari kaca mata Islam pengakuan dan kejujuran dalam membaiki kesilapan yang tidak disengajakan adalah suatu sifat terpuji, lebih-lebih lagi jika ia dibuat hasil daripada penyemakan sendiri dan bukannya datang daripada mana-mana pengkritik. Justeru dalam konteks ini, Al-Albani sebenarnya telah melakukan kerja-kerja ilmiah yang terpuji lagi jujur.

Dari sudut yang lain, dengan pembetulan itu Al-Albani telah menyelamatkan sebuah hadith yang telah pun dinilai dhaif oleh tiga tokoh ulama hadith berwibawa iaitu At-Tarmizi, Al-’Iraqi dan As-Suyuti rahimahumullah. Seandainya hadith itu dikaji oleh pengkaji biasa, nes’aya dia akan berpada dengan kesepakatan penilaian tiga tokoh berkenaan. Akan tetapi Al-Albani tidak membenarkan dirinya berbuat demikian setelah dia menjumpai sanad yang tidak dijumpai oleh ketiga-tiga tokoh tersebut. Fenomena ini memberi banyak pengajaran kepada kita, antaranya, bahawa seseorang ulama hadith walau setinggi mana ilmunya tidak semestinya mengetahui semua sanad hadith yang dikajinya, hal yang mana memberi peluang kepada generasi ulama selepasnya untuk memperbaiki dan menampung kekurangan tersebut.


Contoh Kedua:


As-Saqqaf mendakwa Al-Albani telah melakukan kesilapan kerana membuat penilaian yang bercanggah ke atas hadith riwayat Abu Sa’id Al-Khudri radhiallahu 'anh yang bermaksud: “Sesungguhnya kamu akan menjadi ikutan manusia dan sesungguhnya para kaum lelaki akan datang kepada kamu dari pelbagai pelusuk bumi untuk mendalami agama, maka, apabila mereka datang ajarlah kepada mereka kebaikan
[ At-Tarmizi, Muhammad Ibn Isa Ibn Saurah, Sunan At-Tarmizi, Dar Al-Kutub Al-’Ilmiyyah, Beirut, Lubnan, 1987, No: 2650]

Sama seperti contoh pertama, As-Saqqaf menuduh Al-Albani sebagai kontradik kerana menilai dhaif hadith ini dalam Misykat Al-Masabih [At-Tabrizi, Muhammad Ibn ‘Abd Allah, Misykat Al-Masabih, Tahqiq: Muhammad Nasir Ad-Din Al-Albani, Al-Maktab Al-Islami, Beirut, Lubnan, 1405H, 1: 75], tetapi menilainya sahih dalam Silsilah As-Sahihah [Al-Albani, Muhammad Nasir Ad-Din, Silsilah Al-Ahadith As-Sahihah, Al-Maktab Al-Islami, Beirut, Lubnan, 1985, 1: 503. Lihat: As-Saqqaf, Hasan Ibn ‘Ali, Tanaqudat Al-Albani Al-Wadihat Fi Ma Waqa’a lahu Fi Tashih Al-Ahadith Wa Tad’ifiha Min Akhta’ Wa Ghalata’, Dar Imam An-Nawawi, Amman, Jordan, 1992, 1: 60]. Akan tetapi dakwaan ini juga dilihat sebagai bertujuan jahat kerana percanggahan hukum itu berlaku bukan kerana kesilapan, tetapi disebabkan perbezaan riwayat.


Al-Albani menilai dhaif hadith ini dalam Misykat Al-Masabih kerana ia berdasarkan kepada sanad (rantaian perawi) yang terdapat di dalamnya seorang perawi yang terlalu dhaif dikenali dengan kuniyah Abu Harun Al-’Abd [‘Imarah Ibn Juwain, terkenal dengan kuniyahnya, bermazhab syiah, dari tabaqah tabi’en yang keempat, meninggal pada tahun 134H. Sebahagian ulama Al-Jarh Wa At-Ta’dil menilainya sebagai matruk, manakala sebahagian yang lain melihatnya sebagai ‘pemalsu hadith’. Lihat: Az-Zahabi, Muhammad Ibn Muhammad Ibn ‘Uthman, Mizan Al-I’tidal Fi Naqd Ar-Rijal, Tahqiq: ‘Ali Muhammad Al-Bajawi dan Fathiyyah ‘Ali Al-Bajawi, Dar Al-Fikr Al-’Arabi, Beirut, Lubnan, t.th, 4; 93, No: 6018 dan Ibn Hajar Al-’Asqalani, Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar, Taqrib At-Tahzib, Tahqiq: Muhammad ‘Awwamah, Dar Ar-Rasyid, Halab, Syria, 1986, Hal: 408, No: 4840.].
Manakala penilaian sahih yang dibuat oleh Al-Albani dalam Silsilah As-Sahihah pula berdasarkan sanad lain, sama ada dalam bentuk mutaba’at seperti riwayat Abu Nadrah, Syahr Ibn Hausyab dan Abu Khalid Al-Asadi daripada Abu Sa’id Al-Khudri, atau pun dalam bentuk asy-syawahid seperti riwayat Abu Hurairah dan Abu Ad-Darda’ radhiallahu ‘anhuma.
Dengan perkataan lain, penilaian dhaif itu berdasarkan sanad yang dhaif, manakala penilaian sahih itu pula berdasarkan sanad lain yang sahih. Hakikat perbezaan ini tidak sukar difahami oleh orang yang mempelajari sedikit sebanyak ilmu hadith. Justeru tuduhan As-Saqqaf itu dilihat sebagai bertujuan jahat kerana jika dia telah mempelajari selok belok ilmu hadith dia tentu memahami perbezaan tersebut.

Contoh Ketiga:


As-Saqqaf mendakwa Al-Albani telah melakukan penipuan kerana mengatakan terdapat perbezaan antara matan riwayat Al-Bukhari dan Abu Daud dalam periwayatan sebuah hadith riwayat Abu Bakrah radhiallahu ‘anh. Matan riwayat Al-Bukhari adalah seperti berikut:
أنه انتهى إلى النبي صلى الله عليه وسلم وهو راكع فركع قبل أن يصل إلى الصف فذكر ذلك للنبي صلى الله عليه وسلم فقال: زادك الله حرصا ولا تعد.
Maksudnya: Bahawa dia (Abu Bakrah radhiallahu ‘anh) sampai (ke Masjid) dalam keadaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sedang rukuk, lalu dia turut sama rukuk sebelum sampai ke dalam saf. Bila hal itu diberitahu kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, Baginda berkata: “Semoga Allah menambahkan semangat kesungguhan kamu itu, tetapi janganlah kamu ulanginya
[Al-Bukhari, Muhammad Ibn Ismail, Sahih Al-Bukhari (bersama Fath Al-Bari), Dar Al-Matba’ah As-Salafiyyah, Kaherah, Mesir, 1407H, 2: 267, No: 783]


Manakala matan riwayat Abu Daud pula adalah seperti berikut:
فلما قضى النبي صلى الله عليه وسلم صلاته قال: أيكم الذي ركع دون الصف ثم مشى إلى الصف؟ فقال أبو بكرة: أنا، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: زادك الله حرصا ولا تعد.
Maksudnya: Setelah selesai solat, Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Siapakah yang rukuk di luar saf kemudian berjalan menuju ke dalam saf?” Abu Bakrah menjawab: “Saya”. Lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam berkata: “Semoga Allah menambahkan semangat kesungguhan kamu itu, tetapi janganlah kamu ulanginya
[Abu Daud, Sulaiman Ibn Al-Ash’ath, Sunan Abi Daud, Dar Al-Hadith, Beirut, Lubnan, 1969, 1: 441, No: 684]


Perbandingan di atas jelas menunjukkan bahawa matan riwayat Abu Daud (yang bergaris) berbeza dengan matan riwayat Al-Bukhari, sedangkan disiplin ilmu hadith menuntut supaya perbezaan seumpama itu dijelaskan oleh para pengkaji, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan kesimpulan hukum fiqh. Isyarat terhadap perbezaan itu juga turut dilakukan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah dalam Fath Al-Bari. Justeru jika apa yang dilakukan oleh Al-Albani hanyalah sekadar mematuhi disiplin ilmu hadith seperti yang digariskan oleh para ulama terdahulu, maka kenapakah tindakan beliau itu dianggap sebagai satu kesalahan oleh As-Saqqaf? Ini tidak lain menunjukkan perbuatan As-Saqqaf tersebut memiliki agenda jahat di sebaliknya.

Demikian sekadar tiga contoh bagi membukti permainan kotor dan niat jahat As-Saqqaf terhadap Al-Albani. Terhadap tindakan As-Saqqaf, Al-Albani rahimahullah memberi maklumbalas seperti berikut:


“Kitab Tanaqudat (karya As-Saqqaf) tidak mengandungi sebarang nilai ilmiah yang perlu disebut, kerana jika dakwaan pengarangnya itu betul dalam beberapa masalah, maka yang demikian itu hanya sekadar mengesahkan bahawa Al-Albani adalah manusia biasa yang tidak terlepas daripada kesilapan sepertimana orang lain. Maka tidak ada faedah menjelaskan perkara tersebut lebih-lebih lagi jika Al-Albani sendiri akan mengisytiharkan kesilapan itu pada munasabah tertentu…
[Silsilah Al-Ahadith As-Sahihah]


Demikianlah tiga daripada 652 kritikan As-Saqqaf terhadap Al-Albani yang terdapat dalam bukunya Tanaqudat. Dalam Menjawab Kritikan Terhadap Fahaman Wahabiyah Di Malaysia, Hal: 10, Al-Ghari cuba membesarkan angka bilangan hadith yang dikritik oleh gurunya itu dengan mendakwa jumlahnya sehingga 7800 buah (mengatasi bilangan hadith Sahih Al-Bukhari yang dihitung secara berulang). Kita tidak tahu dari mana dia dapat angka berkenaan, apakah dari ‘ilmu pembohongan’ atau dari manuskrip karya gurunya yang belum diterbitkan, wa Allahua’lam.


Namun walau sebanyak mana dakwaan kesilapan yang beliau senaraikan, ia tidak memberi sebarang faedah kerana contoh-contoh pengkhianatan di atas jelas membuktikan niat jahat As-Saqqaf di sebalik kritikannya itu. Lebih–lebih lagi kajian yang dibuat oleh seorang pengkaji bernama ‘Abd Al-Basit Ibn Yusuf Al-Gharib terhadap keseluruhan kritikan itu membuktikan bahawa kesemuanya adalah penipuan semata-mata. Ini kerana apa yang disebut sebagai percanggahan itu tidak lebih daripada ralat atau pembetulan yang telah diperbetulkan oleh Al-Albani sendiri [‘Abd Al-Basit Ibn Yusuf Al-Gharib, At-Tanbihat Al-Malihah (Edisi terjemahan: Koreksi Ulang Sheikh Albani), Diterjemah oleh Abdul Munawwir, Pustaka Azam, Jakarta, Indonesia, 2003, Hal: 16]


Saya (Hafiz Firdaus) rasa terpanggil untuk membuat ulasan yang agak panjang berkenaan pengkhianatan As-Saqqaf terhadap Al-Albani kerana:


I. Kritikan itu berkaitan dengan hadith Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang menjadi sumber syariat Islam kedua selain daripada Al-Quran. Justeru sebarang pengkhianatan terhadap sumber tersebut bermakna pengkhianatan terhadap Islam dan Rasulullah, sedangkan pengkhianatan terhadap kedua-duanya pula bererti pengkhianatan terhadap Yang menurunkan ajaran Islam dan Yang mengutuskan Rasul tersebut, iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala.


II. As-Saqqaf sengaja menyebarkan kritikannya terhadap Al-Albani untuk meruntuhkan kredibiliti tokoh berkenaan, dengan harapan supaya umat Islam tidak lagi merujuk kepada hasil-hasil kajian Al-Albani. Sebabnya, dia tahu banyak hasil kajian Al-Albani berlawanan dengan pegangan dan ideologinya. Oleh kerana kebanyakan daripada masyarakat awam tidak mampu mengesan pengkhianatan As-Saqqaf, maka contoh-contoh di atas sedikit sebanyak diharap dapat memberi kesedaran kepada mereka untuk lebih berwaspada terhadap pengkhianatan As-Saqqaf.


III. As-Saqqaf merupakan guru Al-Ghari yang menjadi tempat rujukan utama dan tempat pengambilan segala idea yang beliau lontarkan dalam semua buku dan kertas-kertas kerjanya. Justeru jika telah terbukti bahawa gurunya melakukan pengkhianatan, maka tidak hairanlah kenapa Al-Ghari juga melakukan sedemikian. Bak kata pepatah ‘guru kencing berdiri murid kencing berlari’.

Monday, July 07, 2008

Kaedah Membantah Salafi Secara Ilmiyah

Kepada para ilmuan, para pelajar, dan teman-teman yang antusias kepada agama, andai melihat pemikiran saya dan keimanan saya menyalahi kebenaran, maka haruslah kalian berusaha untuk meluruskan saya. Kalau tidak, nanti saya akan mengadu dihadapa Rabb Azza wa Jallah bahawa kalian tidak mau menolong hamba-Nya ini dalam meniti jalan kebenaran.

Tetapi, harus diingat, bahawa saya tidak akan beriman dan beramal dengan khabar burung, ataupun bergantung pada ranting yang rapuh. Makanya tuan-tuan sekelian haruslah berusaha untuk membawakan hujjah yang kuat, berupa basirah yang gamblang, ibarat mentari yang tidak dapat ditutupi lagi.

Kerna Allah telah memerintahkan kepada Muhammad saw untuk membawakan hujjah yang gamblang - basirah dalam menyeru manusia kepada Islam:

"Qul: haa zihi sabiilih, ad'u illallah 'ala basirah" [artinya "Katakanlah (wahai Muhammad - ketika kau menyeru manusia): Ini jalanku, aku mengajak kalian kepada Allah dengan hujjah yang kokoh"]

Inilah kaedah yang dilaksanakan oleh Rasulullah saw, kemudian diteruskan oleh sahabat dan kemudian generasi sesudah itu. Dan juga para Aimmah umat ini.

Lihatlah kitab bantahan mereka kepada kaum yang sesat, seperti Mu'tazilah, Jahmiyyah;

Imam Ahmad - Ar-Radd ‘ala Al-Jahmiyyah wa Az-Zanadiqah
Imam Bukhari - Radd 'Alal Jahmiyyah
Imam Asya'ari - Al-Luma' fi al-Radd 'ala ahl al-Zaigh wa al-bida'


Maknanya kalian harus punya kaedah membantah secara ilmiah, dan jujur, tidak sembarono dan tidak berlaku curang dalam penukilan sumber.

Lalu saya meletakkan kaedah yang bisa semua manusia mendapat pengertian hakikat dari sebuah "bantahan ilmiah". Saya telah menulis pada Mac 2008 dengan tajuk "Kaedah Menuju Jalan Kebenaran" kaedah umum tersebut iaitu;

Akhirnya saya menggariskan 3 kaedah yang boleh digunapakai bagi mengukur kebenaran dalam pemahaman.

1)
Pemahaman kita itu harus bersumberkan hujjah yang akurat. Kalau dalam arti religus, maka ia bersumberkan dari 2 sumur iaitu al kitab dan al hadith yang sahih. Maknanya ialah setiap alasan kita untuk menetapkan sesuatu harus ada dalilnya. “ini dalilnya…” bagi keyakinan kita.


2)
Setelah diberangi dengan 2 sumber tadi, kita harus buktikan bahwa paham kita itu telah dianut oleh para pendahulu kita, sedari pendiri mazhab 4, para imam hadith, para sahabat. Andai paham itu baru muncul dan mereka tak sempat menganutnya, maka beratri paham kita itu adalah sesuatu yang tidak benar.


3)
Kita akhirnya harus membuktikan bahawa tuduhan yang dikenakan kepada kita oleh sang penuduh adalah berupa tuduhan palsu yang tak dibina diatas dasar ilmu. Dan buktikan juga bahawapaham-paham lain yang berseberangan dengan kita tidak berpijak pada hujjah yang benar.


Akhirnya setelah selesai kita menjalankan 3 kaedah tadi, maka kita akan berhasil melihat kebenaran. apakah benar itu dipihak kita atau dipihal lain. Kalau dipihak lain, maka kita harus menurutinya tanpa rasa sesal dan gundah serta tanpa rasa payah.

[Kaedah Menuju Jalan Kebenaran, www.tinjau.wordpress.com]


Ini adalah satu kaedah umum bagi menilai kebenaran. Justeru kalau dicermati dalam kaedah diatas, kita bisa lagi perhalusinya agar syubhat-syubhat yang lain tidak akan muncul dan keragun bisa sirna.

Kalian harus menulis sebuah bantahan yang semampunya kalian agar saya tidak ada celah untuk membantah kalian kembali, dan hujjah yang kalian guna itu haruslah kuat makna matannya dan sah dari sanadnya. Ia seperti bicara kaum Hizbu Tahrir, iaitu harus Qat'i ad Dilalah dan Qat'i At Tsubut.

Untuk menuju kepada hal tersebut, kalian harus:


[1]. Menerangkan kebatilan setiap hujjah yang digunapakai oleh Salafi tanpa tersisa.

[2]. Tidak menggunakan dalil 'am ketika membantah dalil khusus yang Salafi gunakan.

[3]. Mendhaifkan setiap hadith, atau atsar, atau riwayat yang Salafi gunakan sebagai alasan.

[4]. Setelah mendhaifkan dalil kami, maka kalian bawakan dalil yang sebenar.

[5]. Atau kalian menerangkan kontradiksi antara dalil kalian dan dalil kami andai kalian tidak bisa mendhaifkan dalil kami.

[6]. Kalian bawakan ucapan Rasul, atau sahabat, atau tabi'in dan barulah Imam Mu'tabar dan para ulama Salaf as Soleh [yang kami dan kalian bersepakat ke-ilmuan mereka] dalam masalah tersebut. Dalil tersebut harus sah dari ilmu mustalah hadith.

[7]. Ketahuilah bahawa kami tidak menjadikan logika sebagai pemutus, maka jangan bawakan hujjah logika. Akal adalah alat mengukur kebenaran, bukan sumber kebenaran.

[8]. Terakhir [sebenarnya adalah yang paling utama] adalah Sumber Kebenaran itu [iaitu hujjah] hanya dari Al Quran, As Sunnah, dan Pemahaman Sahabat.



Maka seandainya kalian bisa menggunakan metoda ini dalam membantah Salafi, nescaya kalian akan lihat kami berbondong-bondong meninggalkan Salafi dan mengikuti kalian. Tetapi andai kalian tidak bisa menggunakan metoda ini, maka kalian harus sadar bahawa kalian berpijak pada jalan yang tiada hujjah, malah kejahilan menguasai kalian dan mungkin-mungkin kalian akan terpesong dari hakikat. Lalu kalian harus kembali dan mengikuti Salafi.

Lalu, bagaiman? Mau membantah secara ilmuah atau mau terus-terusan berbicara seperi khabar burung dan warung kopi?

Terserahlah kepada kalian yang mengaku Benar, dan berpijak kepada Kebenaran dan sebagai Golongan Ahlus Sunnah yang Hakiki.

Saturday, July 05, 2008

Fabrikasi [05] : Menuju Amal Sempurna Dengan Mengikuti Manhaj Salaf

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang beriman dengannya adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka ; kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud" [Al-Fath : 29]

“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahan-nam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” [An-Nisaa’: 115]

Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridha terhadap mereka dan mereka ridha kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka Surga-Surga yang mengalir sungai-sungai di dalam-nya; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah keme-angan yang besar.” [At-Taubah: 100]

“Maka jika mereka [kaum musyrikin] beriman kepada apa yang kamu telah beriman kepadanya, sungguh mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan (dengan kamu). Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dia-lah Yang Mahamendengar lagi Maha-mengetahui.” [Al-Baqarah: 137]

Kamu adalah ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk menusia menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah” [Ali Imran : 110]

“Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kamu ummat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar rasul menjadi saksi atas perbuatan kamu”. [Al-Baqarah : 143]

Mereka itu yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik diantaranya, mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal”. [Az-Zumar : 18]


Rasullullah saw berkata:

‘Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam membuat garis dengan tangannya kemudian bersabda: ‘Ini jalan Allah yang lurus.’ Lalu beliau membuat garis-garis di kanan kirinya, kemudian bersabda: ‘Ini adalah jalan-jalan yang bercerai-berai (sesat) tak satu pun dari jalan-jalan ini kecuali di dalamnya terdapat syaitan yang menyeru kepadanya.’ Selanjutnya beliau membaca firman Allah Jalla wa ’Ala: ‘Dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia, janganlah kalian mengikuti jalan-jalan (yang lain) karena jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertaqwa.’” [Al-An’aam: 153] [Hadits shahih riwayat Ahmad (I/435, 465), ad-Darimy (I/67-68), al-Hakim (II/318), Syarhus Sunnah oleh Imam al-Baghawy (no. 97), di-hasan-kan oleh Syaikh al-Albany dalam as-Sunnah libni Abi ‘Ashim (no. 17), Tafsir an-Nasaa-i (no. 194). Adapun tambahan (mutafarriqatun) diriwayatkan oleh Imam Ahmad (I/435)]

“Sebaik-baik manusia adalah pada masaku ini (yaitu masa para Shahabat), kemudian yang sesudahnya, kemudian yang sesudahnya. Setelah itu akan datang suatu kaum yang persaksian salah seorang dari mereka mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului persaksiannya.”. [Muttafaq ‘alaih, al-Bukhari (no. 2652, 3651, 6429, 6658) dan Muslim (no. 2533 (211)) dan lainnya dari Shahabat Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu].

“Sesungguhnya Allah melihat hati hamba-hambaNya dan Allah mendapati hati Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah sebaik-baik hati manusia, maka Allah pilih Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai utusanNya. Allah memberikan risalah kepadanya, kemudian Allah melihat dari seluruh hati hambah-hamba-Nya setelah Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka didapati bahwa hati para Shahabat merupakan hati yang paling baik sesudahnya, maka Allah jadikan mereka sebagai pendamping NabiNya Shallallahu ‘alaihi wa sallam yang mereka berperang atas agamaNya. Apa yang dipandang kaum Muslimin (para Shahabat Rasul) itu baik, maka itu baik pula di sisi Allah dan apa yang mereka (para Shahabat Rasul) pandang jelek, maka jelak di sisi Allah”. [HR. Ahmad (I/379), dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir (no. 3600). Lihat Majma’-uz Zawaa-id (I/177-178)]

"Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari ahlul Kitab telah berpecah belah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, tujuh puluh dua golongan tempatnya di dalam Neraka dan satu golongan di dalam Surga, yaitu al-Jama’ah.” [HR. Abu Dawud (no. 4597), Ahmad (IV/102), al-Hakim (I/128), ad-Darimy (II/241), al-Aajury dalam asy-Asyari’ah, al-Laalikaa'iy dalam as-Sunnah (I/113 no.150)]

Dalam riwayat lain disebutkan:

“Semua golongan tersebut tempatnya di Neraka, kecuali satu (yaitu) yang aku dan para Shahabatku berjalan di atasnya.” [HR. At-Tirmidzi (no. 2641) dari Shahabat ‘Abdullah bin Amr, dan di-hasan-kan oleh Syaikh al-Albany dalam Shahihul Jami’ (no. 5343)]


Dari Abu Musa Al-Asy’ari ra: “Kita shalat Maghrib bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian kami berkata : Sebaiknya kita duduk hingga shalat Isya’ bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, maka kami duduk, lalu Rasulullah keluar kepada kami, kemudian beliau bersabda : “Kalian masih berada disini?”. Kami berkata : Wahai Rasulullah kami shalat bersamamu, kemudian kami berkata : Sebaiknya kita duduk hingga shalat Isya bersama Engkau. Beliau bersabda : “Kalian baik dan benar”. Berkata Abu Musa Al-Asy’ari Radhiyallahu ‘anhu ; Kemudian beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengangkat kepalanya ke langit (dan beliau sering menatap langit) seraya berkata :

“Bintang-bintang adalah penjaga langit maka apabila bintang-bintang lenyap datanglah kiamat, dan aku adalah penjaga bagi sahabat-sahabatku, apabila aku telah tiada datanglah kepada sahabat-sahabatku apa yang diancamkan pada mereka dan sahabat-sahabatku adalah penjaga bagi umatku, maka apabila sahabat-sahabatku lenyap, datanglah kepada umatku apa yang diancamkan kepada mereka”. [HR Muslim]


Ucapan Para Salaf

[1]. Khalifah Ali Bin Abi Thalib

Dari Abu Juhaifah ia berkata : “Saya berkata kepada Ali : “Apakah ada pada kalian kitab? Ali berkata : ‘Tidak, (yang ada pada kami) hanyalah Al-Qur’an dan pemahaman yang diberikan kepada seorang muslim, atau keterangan-keterangan yang ada pada lembaran-lembaran ini”. [Dikeluarkan oleh Imam Bukhari I/204, Fathul Bari]

[2]. Ibn Mas’ud:

“Dari ‘Abdullah bin Mas’ud ra, dia berkata: “Hendaklah kalian mengikuti dan janganlah kalian berbuat bid’ah. Sungguh kalian telah dicukupi dengan Islam ini.” [Diriwayatkan oleh ad-Darimi I/69, Syarah Ushul I’tiqaad Ahlis Sunnah wal Jama’ah I/96 no. 104, oleh al-Laalikaa'iy, ath-Thabrany dalam al-Kabir, sebagaimana kata al-Haitsamy dalam Majma’uz Zawaaid I/181.]

“Barangsiapa di antara kalian yang ingin meneladani, hendaklah meneladani para Shahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Karena sesungguhnya mereka adalah ummat yang paling baik hatinya, paling dalam ilmunya, paling sedikit bebannya, dan paling lurus petunjuknya, serta paling baik keadaannya. Suatu kaum yang Allah telah memilih mereka untuk menemani Nabi-Nya, untuk menegakkan agama-Nya, maka kenalilah keutamaan mereka serta ikutilah atsar-atsarnya, karena mereka berada di jalan yang lurus.” [Dikeluarkan oleh Ibnu Abdil Baar dalam kitabnya Jami’ Bayanil Ilmi wa Fadhlih II/947 no. 1810, tahqiq Abul Asybal Samir az-Zuhairy]

[3]. Imam al-Auza’i:

“Bersabarlah dirimu di atas Sunnah, tetaplah tegak sebagaimana para Shahabat tegak di atasnya. Katakanlah sebagaimana yang mereka katakan, tahanlah dirimu dari apa-apa yang mereka menahan diri darinya. Dan ikutilah jalan Salafush Shalih, karena akan mencukupi kamu apa saja yang mencukupi mereka.” [Syarh Ushul I’tiqaad Ahlis Sunnah wal Jama’ah]

“Hendaklah kamu berpegang kepada atsar Salafush Shalih meskipun orang-orang menolaknya dan jauhkanlah diri kamu dari pendapat orang meskipun ia hiasi pendapatnya dengan perkataannya yang indah.” [Imam al-Aajury dalam as-Syari’ah]

[4]. Muhammad bin Sirin:

“Mereka mengatakan: ‘Jika ada seseorang berada di atas atsar (sunnah), maka sesungguhnya ia berada di atas jalan yang lurus.” [HR. Ad-Darimy I/54, Ibnu Baththah dalam al-Ibanah ‘an Syari’atil Firqatin Najiyah I/356 no. 242. Syarah Ushul I’tiqaad Ahlis Sunnah wal Jama’ah oleh al-Laalikaa-iy I/98 no. 109]

[5]. Imam Ahmad:

“Prinsip Ahlus Sunnah adalah berpegang dengan apa yang dilaksanakan oleh para Shahabat dan mengikuti jejak mereka, meninggalkan bid’ah dan setiap bid’ah adalah sesat.” [Syarah Ushul I’tiqaad Ahlis Sunnah wal Jama’ah oleh al-Laalikaa'iy]

[6]. Fudhail bin ‘Iyad rahimahullah berkata:

“Ikutilah jalan-jalan petunjuk (Sunnah), tidak membahayakanmu sedikitnya orang yang menempuh jalan tersebut. Jauhkan dirimu dari jalan-jalan kesesatan dan janganlah engkau tertipu dengan banyaknya orang yang menempuh jalan kebinasaan.” [al-I’tisham]


Kesimpulan


Setelah kita melihat seluruh dalil diatas, kita dapat mengerti bahawa dalam beragama ini harus mengikuti dasar pijakan manusia yang Allah telah jamin Syurga baginya dan Allah telah menyinggung keutamaan mereka di dalam Al Kitab. Begitu juga Rasulullah telah mengisyaratkan mereka di dalam sekian banyak hadith.

Mereka redha kepada Allah dan Allah redha kepada mereka. Malah mengikuti pemahaman mereka adalah satu-satunya jalan untuk menuju Allah.

Apa yang mencukupkan mereka dalam beragama, itulah pula yang bisa mencukupkan kita. Apa yang memenangkan mereka keatas segala manusia, itulah pula yang akan memenangkan kita. Ketika mereka berhenti, maka ketika itu juga kita berhenti. Ketika mereka berdiam dari berbicara, maka ketika itulah kita berdiam.

Kerana mereka mendapat tarbiyah dari Rasulullh, dan kepada merekalah Al Quran dibacakan dan kepada mata dan telinga mereka lah melihat dilihatkan Rasulullah dan mendengar perbicaraan beliau. Dan merekalah manusia yang telah Allah pilih menjadi pendamping Rasul-Nya dn berjuang bersama baginda, dan mereka lah yng telah diuji dngan segla kegtiran dan kesenngan. Dan kepada merekalah Rasul memberi kepahaman dan mendoakan keilmuan. Lalu dengan mereka lah Islam tersebar dan sampai kepada kita.

Justeru diantara sekelian umat yang maujud ini, siapkah yang lebih mengerti akan Al Quran dan As Sunnah ketimbang mereka? Siapakah yang memiliki akhlaq yang paling mulia setelah baginda? Siapakah yang diberi kefahaman yang mendalam tentang agama? Semuanya dimiliki oleh mereka. Makanya mengikuti pemahaman mereka berupa sebuah jalan yang selamat. Yang menyelisihi mereka akan berguguran dalam lobang kesesatan.

Lalu saat ini setelah kita melihat perpecahan yang banyak, dan setiap kelompok itu mengakui mengikut Al Quran dan As Sunnah, maka adalah menjadi satu kewajiban untuk menetapkan suatu hal; iaitu kedua sumber tadi hanya bisa menjadi benar apabila ditimbang dengan pemahaman para Sahabat.

Begitu juga, dalam aqidah, seluruh umat harus memiliki aqidah yng diimani oleh mereka. Berupa aqidah yang shahih dan terlepas dari segala noda kesyirikan dan kebid'ahan. Dan begitulah pula dalam ibadah, hanya mengikuti mereka tanpa penambahan atau pengurangan.

Fabrikasi [04] : Niat Baik Dan Ancaman Neraka

Mengapakah sesuatu amal yang kita lihat ianya baik dan tidak menyanggahi syariat dicela dan diancam sehingga ke neraka?

Ini satu perlakuan yang berat, kerna apakah ada satu kewarasan - seperti berzikir secara berjamaah - itu adalah satu kedurjanaan kepada agama dan diancam kesesatan?

Tetapi apabila kita melihat keseluruhan hadith-hadith yang meyinggung dalam masalah bid’ah, maka tiada satupun yang memberi rasa emosi yang menyenngkan. Kesemuanya membawa celaan dan ancman kepada amal bid’ah.

Bukan satu, bukan dua, malah puluhan hadith yang berbicara tntng bid’ah dalam bentuk umum, yang semuanya membawa pernyataan keras berupa larangan.

Mengapa dalam puluhan hadith bid’ah, tidak kedapatan satupun yang menceritakan akan wujudnya “kebaikan”, dan mengapa tiada satupun yang terlepas dari pelarangan?

Justeru kalau mengikut kaedah usul, seluruh dalil yang maujud apabila bersifat umum dan mutlaq yang diulang-ulang pada sekian banyak tempat dan mempunyai banyak pendukung, tanpa ada sedikitpun pengkhususan dan pembatasan berupa pengecualian, maka hal tersebut menunjukkan tetap dalam keadaan umum. Seperti firman Allah:

“Dan orang yang berdosa tidak akan menanggung dosa orang lain” [Al An’am: 164].

Ayat ini terdapat dibeberapa tempat dalam surah Al An’am, Al Isra dan Az Zumar. Maka ayat ini diberlakukan maknanya secara umum.

Abdullah Bin Umar berkata: “Setiap bid’ah adalah sesat walupun dipandang baik oleh manusia”

Begitu juga dengan hadith sebelum ini yang menceritakan bagaimana kaum zikir jama’I memandang hal itu sebagi kebaikan tetapi Ibn Mas’ud menetapkannya kejelekan.

Imam Malik berkata :

“Barangsapa berbuat suatu kebid’ahan dalam agama Islam yang ia pandang baik maka sungguh ia menyangka bahwa Muhammad telah mengkhianati risalah, karena Allah berfirman : “Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni`mat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu”(Al Maidah 3). Maka apa saja yang pada waktu itu bukan agama tidaklah pada hari ini dianggap sebagai agama, dan tidak akan baik akhir umat ini melainkan dengan apa yang baik pada umat yang awal (para sahabat).”

Oleh kerana itulah niat yang baik dalam melakukan bid’ah hasanah bukanlah satu dalil syar’i untuk menghalalkan ibadah tersebut. Walaupun disebutkan hadith “sesuatu amal itu bergantung dengan niat”. Kerana hak untuk menentukan tatakrama ibadah hanya terletak kepada Allah.

Maknanya Sesuatu amal itu harus punya dua sisi bagi membolehkannya berlepas dari celaan, sepertimana yang dikatakan oleh para ulama. Ibn Qayyim berkata:

“Sebagian ulama salaf berkata, “Tidaklah suatu pekerjaan meskipun kecil melainkan dibentangkan kepadanya dua catatan. Mengapa dan bagaimana ? Yakni, mengapa kamu melakukan dan bagaimana kamu melakukan ?

Pertanyaan pertama tentang alasan dan dorongan melakukan pekerjaan. Apakah karena ada interes tertentu dan tujuan dari berbagai tujuan dunia seperti ingin dipuji manusia atau takut kecaman mereka, atau ingin mendapatkan sesuatu yang dicintai secara cepat, atau menghindarkan sesuatu yang tidak disukai dengan cepat ? Ataukah yang mendorong melakukan pekerjaan itu karena untuk pengabdian kepada Allah dan mencari kecintaan-Nya serta untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala ?

Artinya, pertanyaan pertama adalah, apakah kamu mengerjakan amal karena Allah, ataukah karena kepentingan diri sendiri dan hawa nafsu?

Adapun pertanyaan kedua tentang mengikuti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam pengabdian itu. Artinya, apakah amal yang dikerjakan sesuai syari’at Allah yang disampaikan Rasul-Nya? Ataukah pekerjaan itu tidak disyari’atkan Allah dan tidak diridhai-Nya?

Pertanyaan pertama berkaitan dengan ikhlas ketika beramal, sedangkan yang kedua tentang mengikuti Sunnah. Sebab Allah tidak akan menerima amal kecuali memenuhi kedua syarat tersebut. Maka agar selamat dari pertanyaan pertama adalah dengan memurnikan keikhlasan. Sedang agar selamat dari pertanyaan kedua adalah dengan mengikuti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam mengerjakan setiap amal. Jadi amal yang diterima adalah bila hatinya selamat dari keinginan yang bertentangan dengan ikhlas dan juga selamat dari hawa nafsu yang kontradiksi dengan mengikuti Sunnah” [Mawarid Al-Aman Al-Muntaqa min Ighatshah Al-Lahfan]

Begitu juga apa yang telah diisyaratkan oleh Ibn Katir, rakannya Ibn Qayyim:

“Sesungguhnya amal yang di terima harus memenuhi dua syarat. Pertama, ikhlas karena Allah. Kedua, benar dan sesuai syari’at. Jika dilakukan dengna ikhlas, tetapi tidak benar, maka tidak akan diterima”. [Tafsir Ibn Katsir]

Dan kenyataan ini dikuatkan lagi oleh Ibn Ajlan:

“Amal tidak dikatakan baik kecuali dengan tiga kriteria : takwa kepada Allah, niat baik dan tepat (sesuai sunnah)”. [Jami Al-Ulum wal Hikam]

Dari sini apat kita cerna bahawa 2 dasar itu adalah:

[1]. Ikhlas iaitu bertauhid yang shahih
[2]. Ittiba iaitu mengikuti Rasulullah

Lalu seandainya kita hanyalah ikhlas untuk melakukan sesuatu amal hanya mengharap mardatillah tetapi ibadah itu tidak mencocoki seperti yang Rasulullah ajarkan, maka amal itu tidak akan diterima, malah ia bisa menjadi hujjah kepada dihumbannya kit kepada kemurkaan dan kema’siatan.

Lihatlah betapa banyak ancaman allah dan Rasul kepada pelaku bid’ah, sehingga kit menjadi yakin bahawa pembahgian bid’ah hasanah itu memang tidak wujud.

Anas ra berkata : Rasulullah saw bersabda: “Benar-benar suatu kaum dari umatku akan ditolak dari telaga sebagaimana unta asing ditolak (dari kerumunan unta)”, maka aku berkata : “Ya Allah itu adalah umatku”, maka dikatakan : “Sesungguhnya engkau tidak mengetahui apa yang mereka ada-adakan sepeninggalmu”. [H R Bukhari dan Muslim]

Ini kerana amal bid’ahnya itu tidak diterima oleh Allah. Bayangkan selama dia hidup amalnya senantias diselimuti dngan bid’ah, sehingga tiada satupun amalnya yng tersisa – solatnya, puasnya, hajinya, zikirnya, wudu’nya – yang dia lakukan selama hayatnya akhir menjadi debu berterbangan.

Ibn Waldhdhah meriwayatkan dari Asad bin Musa, bahawa dia berkata: “Laknat Rasulullah saw telah mengenai ahlul ahwa [ahli bid’ah], dan sesungguhnya Allah tidak akan menerima sharf [taubat], ‘adl [tebusan], faridhah [ibadah wajib] dan tathawwu [ibadah sunnah] dari mereka”. [al Bidayah wan Nihyu’anha: 5]

Dan Nabi bersabda :

“Sesungguhnya Allah menahan taubat dari setiap ahli bid’ah hingga ia bertaubat dari kebid’ahannya” [ H R Ibn Wadhdhah dan Ibn Abi Ashim, shahih]

Ali Bin Abi Thalib berkata: “Tidaklah sesorang yang memiliki pemikiran bid’ah kemudian dia meninggalkannya, kecuali menuju kepada yang lebih buruk”. [Riwayat Ibn Wadhdhah]

Hasan al Basri berkata: “Allah Tabaraka wa Ta’ala enggan menerima taubat bagi ahli bid’ah”. [Riwayat Al Laalika’i]

Justeru, kita haruslah mengingati bahawa memberlakukan amal ibadah itu harus sesuai dengn contoh teladan, dan setiap amal bid'ah itu adalah satu hujjah untuk memasukkan kita dalam kaum yng diancam. Malah lebih teruk lagi segala ibadah kita yang diselaputi dengan bid'ah tidak akan dihitung sebagai pahala tetapi sebaliknya akan dikira sebagai dosa.

Fabrikasi [03]: Memahami Sunnah Dengan Pemahaman yang Jernih

Diriwayatkan dari Utsman bin Umar, ia berkata : "Datang seorang laki-laki kepada Imam Malik untuk bertanya kepadanya tentang suatu masalah, maka Imam Malik berkata kepada laki-laki itu : "Rasulullah saw bersabda begini dan begitu", lalu lelaki itu berkata : "Bagaimana pendapatmu?".

Maka Imam Malik menjawab dengan firman Allah."Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih". [An-Nuur : 63]

Diriwayatkan dari Ibnu Wahb, ia berkata: Imam Malik mengatakan : "Suatu fatwa yang telah difatwakan kepada manusia maka tak satupun manusia boleh mengatakan: "Mengapa engkau berfatwa seperti ini", melainkan cukup bagi mereka saat itu untuk mengetahui riwayat dan mereka rela dengan riwayat (hadits) itu".

[Miftahul Jannah fii Al-Ihtijaj bi As-Sunnah oleh Al-Hafizh Al-Imam As-Suyuthi]


Banyak dari kita ini mengaku sebagai Ahlus Sunnah, namum ternyata mereka menyalahi sunnah itu sendiri. Seperti peribahasa "Semua orang mengakui mencintai Laila, namum Laila tidak mengenal mereka".

Syeikh Syaikh Dr Said bin Ali bin Wahf Al-Qahthani berkata; “Sunnah secara bahasa artinya adalah jalan atau riwayat hidup, baik ataupun buruk. Sementara sunnah menurut istilah para ulama aqidah Islam adalah petunjuk yang dijalani oleh Rasulullah dan para sahabat beliau ; dalam ilmu, amalan, keyakinan, ucapan dan perbuatan. Itulah ajaran sunnah yang wajib diikuti dan dipuji pelakunya, serta harus dicela orang yang meninggalkannya. Oleh sebab itu dikatakan ; si Fulan temasuk Ahlus Sunnah. Artinya, ia orang yang mengikuti jalan yang lurus dan terpuji”.

Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali ra menyatakan: "Sunnah adalah jalan yang dilalui, termasuk diantaranya adalah berpegang teguh pada sesuatu yang dijalankan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam dan para Al-Khulafa Ar-Rasyidun, berupa keyakinan, amalan dan ucapan. Itulah bentuk sunnah yang sempurna". [Jami'ul Ulumiwal Hikam I : 120]

Syaikhul Islam Ibnu Timiyah ra menyatakan : "Sunnah adalah sesuatu yang ditegakkan di atas dalil syari'at, yakni ketaatan kepada Allah dan RasulNya, baik itu perbuatan beliau, atau perbuatan yang dilakukan di masa hidup beliau, atau belum pernah beliau lakukan dan tidak pula pernah dilakukan di masa hidup beliau karena pada masa itu tidak ada hal yang mengharuskan itu dilakukan pada masa hidup beliau, atau karena ada hal yang menghalanginya".[Majmu' Al-Fatawa oleh Ibnu Taimiyah XXI : 317]


Makna Bid'ah Dari Terminologi

Sementara itu makna bid'ah dari bahasa adalah sepertimana yang telah dikatakan oleh Muhammad Bin Husain al Jizani:


Pertama:
Bid’ah adalah ‘sesuatu yang diciptakan (diadakan) tanpa ada contoh sebelumnya’.

Makna ini sebagaimana dalam firman Allah: “Katakanlah, “Aku bukanlah rasul pertama diantara para rasul” [Al-Ahqaaf : 10]

Makna ini juga terdapat dalam perkataan Umar ra: “Sebaik-baiknya bid’ah” [Dikeluarkan oleh Al-Bukhari 4/250 no.2010]

Juga dalam perkataan para imam lainnya seperti Imam Syafi’i, “Bid’ah itu ada dua, bid’ah yang baik dan bid’ah yang tercela, jika sesuai sunnah, maka itu yang baik, tapi kalau bertentangan dengannya, maka itulah yang tercela” [Dikeluarkan oleh Abu Nuaim dalam Al-Hilyah 9/113]

Ibnu Rajab berkata: “Adapun yang terdapat dalam perkataan ulama salaf yang menganggap baik sebagian bid’ah adalah bid’ah dalam pengertian bahasa. Bukan bid’ah dalam pengertian syari’at. Di antaranya perkataan Umar tatkala memerintahkan kaum muslimin untuk melaksanakan shalat tarawih pada bulan Ramadhan di satu tempat dengan dipimpin seorang imam, maka beliau berkata, “Inilah sebaik-baiknya bid’ah” [Jaamiul Uluum wal Hikam 1/129]


Kedua:

Bererti lelah dan bosan, dikatakan “Abda’at Al-ibilu” artinya unta bersimpuh di tengah jalan, karena kurus atau (terkena) penyakit atau lelah.

Di antara penggunaan kata bid’ah dalam makna ini adalah perkataan seorang laki-laki yang datang menemui Rasulullah, “Innii ubda’u bii fahmiini” (Sesungguhnya saya kelelahan, tolong berilah saya bekal), maka Rasulullah berkata, ‘Saya tidak punya”. Maka seorang laki-laki berkata, “Wahai Rasulullah, saya akan tunjukan dia kepada orang yang bisa membantunya”. Maka Rasulullah berkata :

“Barangsiapa menunjukkan kepada kebaikan, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya” [Hadits Riwayat Muslim 13/38-39]

Sebenarnya makna ini tetap kembali kepada makna yang pertama, sebab makna ‘unta bersimpuh’ adalah rasa lelah yang mulai merasukinya, padahal sebelumnya tidak.

Makna Bid'ah Dari Segi Epistimologi

Muhammad bin Husain Al-Jizani berkata:

Banyak sekali hadits-hadits nabawi yang mengisyaratkan makna syar'i dari kata bid'ah, di antaranya:

[1]. Hadits Al Irbadh Ibnu Sariyah, di dalam hadits ini ada perkataan Nabi Shalallahu 'Alaihi Wasallam:

"Jauhilah hal-hal yang baru (muhdatsat), karena setiap yang baru itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu sesat."

[Dikeluarkan oleh Abu Dawud dalam Sunannya dan teksnya milik Abu Dawud 4/201 no. 4608, Rmu Majah 1/15 No. 42, At-Tirmidzi 5/44 no. 2676 dan beliau berkata bahwa ini hadits hasan shahih dan hadits ini dishahihkan oleh Al Albaniy dalam Dhilaalul Jannah fii Takhriijissunnah karya lbnu Abi Ashim: no. 27]

[2]. Hadits Jabir bin Abdullah, bahwa Nabi Shalallahu 'Alaihi Wasallam pernah berkata dalam khuthbahnya:

"Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitab Allah dan sebagus-bagusnya tuntunan adalah tuntunan Mnbammad dan urusan yang paling jelek adalah sesuatu yang diada-adakan (dalam agama) dan setiap yang diada-adakan (dalam agama) itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu sesat dan setap kesesatan itu (tempatnya) di neraka."

[Dikeluarkan dengan lafadz ini oleh An- Nasa'i dalam As-Sunan 3/188 dan asal hadits dalam Shahih Muslim 3/153. Untuk menambah wawasan coba lihat kitab Khutbat Al-Haajah, karya Al-Albany]

Dan jika telah jelas dengan kedua hadits ini, bahwa bid'ah itu adalah al-mubdatsah (sesuatu yang diada-adakan dalam agama), maka hal ini menuntut (kita) untuk meneliti makna ibda' (mengada-adakan dalam agama) di dalam sunnah, dan ini akan dijelaskan dalam hadits-badits berikut:

[3]. Hadits Aisyah Radhiyallahu 'Anha. Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

"Barangsiapa mengada-ada (sesuatu) dalam urusan (agama) kami ini, padahal bukan termasuk bagian di dalamnya, maka dia itu tertolak."

[Hadits Riwayat Al-Bukhari 5/301 no. 2697, Muslim 12/61 dan lafadz ini milik Muslim]

[4]. Dalam Riwayat Lain:

"Barangsiapa mengamalkan amalan yang tidak ada dasarnya dalam urusan(agama) kami, maka dia akan tertolak."

[Hadits Riwayat. Muslim 12/16]

Keempat hadits di atas, jika diteliti secara seksama, maka kita akan mendapatkan bahwa semuanya menunjukkan batasan dan hakikat bid'ah menurut syari'at. Maka dari itu bid'ah syar'iyyah memiliki tiga batasan (syarat) yang khusus. Dan sesuatu tidak bisa dikatakan bid'ah menurut syari'at, kecuali jika memenuhi tiga syarat, yaitu:

[a]. Al-Ihdaats (mengada-adakan)
[b]. Mengada-adakan ini disandarkan kepada agama
[c]. Hal yang diada-adakan ini tidak berpijak pada dasar syari'at, baik secara khusus maupun umum.


Komparasi Antara Makna Bahasa Dan Makna Syara'

Dalam kitab Qawaa’id Ma’rifat Al-Bida’, karya Muhammad bin Husain Al-Jizani, dia berkata:

Pengertian bid’ah dalam kacamata bahasa (lughah) lebih umum dibanding makna syar’inya. Antara dua makna ini ada keumuman dan kekhususan yang mutlak, karena setiap bid’ah syar’iyyah masuk dalam pengertian bid’ah lughawiyyah, namun tidak sebaliknya, karena sesungguhnya sebagian bid’ah lughawiyyah seperti penemuan atau pengada-adaan yang sifatnya materi tidak termasuk dalam pengertian bid’ah secara syari’at [Lihat Iqhtidlaush Shirathil Mustaqim 2/590]

Jika dikatakan bid’ah secara mutlak, maka itu adalah bid’ah yang dimaksud oleh hadits “Setiap bid’ah itu sesat”, dan bid’ah lughawiyyah tidak termasuk di dalamnya, oleh sebab itu sesungguhnya bid’ah syar’iyyah disifati dengan dlalalah (sesat) dan mardudah (ditolak). Pemberian sifat ini sangat umum dan menyeluruh tanpa pengecualian, berbeda dengan bid’ah lughawiyyah, maka jenis bid’ah ini tidak termasuk yang dimaksud oleh hadits : “Setiap bid’ah itu sesat”, sebab bid’ah lughawiyyah itu tidak bisa diembel-embeli sifat sesat dan celaan serta serta tidak bisa dihukumi ditolak dan batil.

Hubungan Antara Sunnah Dengan Bid'ah

Muhammad bin Husain Al-Jizani berkata lagi:

Pengertian lafazh sunnah dan bid’ah tidak jauh berbeda bila ditinjau dari segi lughawi (bahasa) dan syar’i.

[1]. Ditinjau Dari Makna Lughawi

Sunnah menurut bahasa berarti juga bid’ah, karena sunnah secara bahasa berarti ath-thariqah (jalan), apakah itu baik ataupun buruk. Oleh sebab itu setiap orang yang memulai suatu hal yang pada akhirnya dilakukan oleh banyak orang sesudahnya, maka hal itu disebut sunnah. [Lihat Al-Mishbah Al-Munir 292]

Jadi sunnah dan bid’ah dalam makna lughawi adalam sama. Di antara contoh penggunaan lafazh sunnah dalam makna lughawi adalah sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.

"Barangsiapa memberi contoh dalam Islam dengan contoh yang baik, maka dia akan mendapatkan pahala (seperti) pahala orang yang mengamalkannya sesudahnya, tanpa mengurangi sedikitpun pahala mereka. Dan barangsiapa memberi contoh yang jelek, maka dia akan menanggung dosanya dan dosa orang yang mengamalkannya setelah dia, tanpa mengurangi sedikitpun dosa-dosa mereka" [Hadits Riwayat Muslim 7/102-103][2].

Ditinjau Dari Makna Syar’i

Sunnah dalam makna syar’i merupakan kebalikan dari makna syar’i bid’ah, karena sunnah menurut syari’at adalah jalan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan para sahabatnya, sedangkan bid’ah adalah sesuatu yang berseberangan dengan jalan (petunjuk) beliau beserta para sahabatnya. Jadi sunnah dan bid’ah dalam makna syar’i adalah dua lafazh yang saling berseberangan, seperti dalam perkataan Rasulullah.

"Tidaklah suatu kaum mendatangkan bid’ah melainkan diangkat semisal bid’ah itu suatu hal dari sunnah, maka berpegang kepada sunnah itu lebih baik daripada mendatangkan bid’ah” [Hadits Riwayat Ahmad dalam Al-Musnad 4/105]

Dalam hadits lain juga disebutkan.

"Sesungguhnya setiap ahli ibadah mempunyai semangat, dan setiap semangat itu ada lemahnya, mungkin pada sunnah atau mungkin pada bid’ah. Barangsiapa masa lemahnya pada sunnah, maka dia itu telah mendapat hidayah dan barangsiapa masa lemahnya pada selain itu, maka dia binasa” [Hadits Riwayat Ahmad dalam Musnad-nya 2/158]


Pembahagian Bid'ah Hasanah Dan Bid'ah Dhalalah


Pertama

Sesungguhnya Rasul telah berkata: Setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan akan menggiring ke neraka".

Maka apakah akn ada lagi ruang untuk mengatakan bahawa ada bid'ah yang tidak sesat padahal Rasul menggunakan kalimat "setiap", iaitu satu ungkapan yang menunjukkan keseluruhan tanpa pengecualian.

Begitulah ketika Allah berfirman: "Setiap yang bernyawa pasti akan menemui maut".

Apakh disitu ada pengecualian? Pasti jawabannya tidak. Maka berbalik kepada hadith diatas, kalaulah memang "setiap" itu bukan keseluruhan, melainkan sebahagian besar", maka apakah mungkin kita bisa katakan "sebahagian besar kesesatan akan ke neraka, dan akan ada sedikit kesesatan yang akan ke syurga". Begitu juga apakah kita bisa mengatakan bahawa ada sedikit kesesatan yang hasanah?


Kedua

Kemudian mereka berhujjah dengan hadith ini:

"Barangsiapa yang mengadakan dalam Islam Sunnatun Hasanah, maka di amalkan orang lain kemudian sunnahnya itu di berikan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya, kemudian dengan tidak mengurangkan sedikit jua daripada pahala orang yang mengerjakannya kemudian. Dan barangsiapa yang mengadakan dalam Islam Sunatun sai'ah, maka di amalkan orang kemudian sunnah buruknya itu, diberikan kepadanya dosa seperti dosa orang yang mengerjakan kemudiannya dengan tidak mengurangi sedikit pun jua dari dosa orang yang mengerjakan kemudian itu". [Hadis riwayat Muslim: 1017]

Untuk memahami hadith ini, baik kiranya kita meneliti punca penurunan hadith tersebut. Hadith ini dituturkan ketika kaum Muslimin menghadapi Peperangan Tabuk. Maka Rasulullah menyarankan kepada kaum Muslimin untuk mengeluarkan harta sebagai sadaqah tetapi kaum Muslimin agak keberatan sehingga riak muka Nabi berubah kerana terkilan. Kemudian datang seorang lelaki lalu menyerahkan bekas berisi emas dan barang perhiasan sebagai sadaqah kepada baginda. Setelah kaum Muslimin melihat perlakuan lelaki tersebut maka mereka pun ramai-ramai mengeluarkan sadaqah. Akhirnya Rasul pun menuturkan hadith di atas. [Lihat Sahih Muslim 1017]

Apakah bersedeqah itu satu yang bahari direka-reka atau telah wujud dan memang ditunjukkan oleh Rasulullah dan para Khalifah serta para sahabat? Lalu kalau lah hadith tersebut dijadikan hujjah keabsahan bid'ah Hasanah, dimanakah amal baharu dalam asbabul wurud diatas?

Justeru perkatan sanna itu bermakna "menghidupkan amalan sunnah", bukan lah bermakna "mereka-cipta satu amalan". Kerana itu hadith ini sekadar menunjukkan bahawa barang siapa yang melakukan satu amaln sunnah yang telah ditinggalkan, maka baginya pahala dan pahala orang yang mengikuti amalan sunnah tersebut.

Kalaulah ada orang berkata bahawa perkatan sanna itu bisa dijadikan hujjah atas kaedah al Ibrah bi Umum al Lafz wa Laisa Bi Khusus as Sabab [pengiraan hukum berdasarkan maksud umum (dalil) dan bukanlah berdasarkan sebab khusus (penurunan dalil)].

Maka kita katakan bahawa kaedah itu benar tetapi ia tidak dapat dipakai dalam lapangan ibadah, lantarn ibadah adalah tauqifiyah. Sehingga As Sindi berkata:

"Sunnah Hasanah ialah jalan yang diredhai lagi diikuti, dan perbedaan antara hasanah dan sayyiah (buruk) adalah sama ada ia menepati usul syara' atau tidak". [Ilmu Usul al Bi'ah, Syeikh Ali Hasan Al Halbi]

Justeru, kalau mereka mahu untuk mengukur bid'ah hasanah itu, apakh yang mereka pakai dalam menimbangnya? Apakah kretirea atau biromiter yang bisa setiap umat gunakan untuk menetapkan "Ini hasanah", dan "Ini dhalalah"?

Saya telah tanyakan kebanyakan ustaz dan para ilmuan yang membolehkan bid'ah hasanah "Apakah yang bisa kita pakai untuk mengukur sesuatu darjah kebid'ahan, apakah ad syarat-syaratnya, rukun-rukunnya, atau kaedah-kaedah yang dibina untuk menjelaskan hasanah dan dhalalah". Maka mereka hanya akan berkata "Sesuatu yang tidak menyalahi syara' itu adalah hasanah dan yang menyanggahi syara' maka ia adalah dhalalah".

Tetapi sebenarnya kaedah ini terlalu umum sehinggakan segala bid'ah akan menjadi hasanah dan tidak akan wujud dhalalah. Kerana itu saya tanyakan apakh beda antar Yasinan, tahlilan, berzanji dengan Solat Jamaah yang diimamkan oleh Perempuan yang diperjuangkan Aminah Wadud [dengan tandaan tidak berlaku percampuran lelaki dan perempuan]?

Lalu akhirnya barometer yang diguna pakai untuk mengukur bid'ah adalah logika [buktinya boleh lihat hujjah para pejuag bid'ah hasanah dalam membenarkan sesuatu amalan], bukannya dalil. Kalau pun ada dalil, ia hanyalah bersifat umum padahal setiap umum pasti ada yang mengkhususkannya. Padahal dalam ilmu usul telah ada penerangan seperti berikut:

[a]. Suatu unsur merupakan juz’iyyat (bahagian) dari suatu kulliyat (kumpulan besar)
[b]. Sesuatu yang ‘am (umum) biasanya diikuti dengan sesuatu yang khas (khusus)
[c]. Sesuatu yang muthlaq (mutlak) biasanya diikuti dengan muqayyid (yang membatasi)
[d]. Sesuatu yang mujmal (global) biasanya diikuti dengan bayan (penjelas)
[e]. Dan lain-lain yang serupa dengan itu.


Ketiga

Pembenaran bid'ah juga dibuat dengan hujjah perkatan Umar: "Ini adalah sebaik-baik bid'ah" [Shahih Bukhari dan Fathul Bari]

Maka kita mau bertanya, amal apakah yang Umar anggap bid'ah? Apakah zikir ramai-ramai, atau maulid nabawi, atay yasinan malam Jumaat, atau membaca Usalli ketika mau solat?

Atau dia mengucapkan kalimat itu ketika melihat manusia melakukan solat Tarawih secara berjamah? Dan inilah jawaban yang benar, iaitu Umat merasa nikmat apabila beliau berjaya mewujudkan solat tarawih secara berjamah.

Untuk menjawabnya, ada 2 sisi, yang kedua-dua sisi ini nyata tidak memberi kebenaran kepada bid'ah hasanah.

Pertamanya ialah amalan solat tarawih berjamah ini adalah satu amaln yang pernah Rasulullah lakukan pada permulaan kewajiban berpuasa, tetapi Rasul tinggalkan kerana bimbang amalan solat Tarawih berjamah akan menjadi satu kewajiban lantaran wahyu masih diturun dan Islam belum lengkap. Maka setelah wafatnya Rasul, sebagai bukti Islam itu sempurna dan pemberhentian wahyu maka Umar menghidupkan semula solat tarawih yang pernah Rasul lakukan.

Apakah menghidupkan semula amal sunnah Rasul boleh dikira sebagai membikin amal baharu? Pasti tidak! Yang nyata ialah bid'ah Hasanah ini dimaksudkan menghidupkan sunnah yang telah ditinggalkan, hal yang sama seperti kasus sadaqah di atas.

Keduanya ialah Rasulullah telah menetapkan bahawa amal Sahabat yang mendapat petunjuk, terutamanya Khalifah ar Rasyidin adalah sunnah juga. Seperti yang beliau sebutkan:

"Aku berwasiat kepadamu agar bertaqwalah kepada Allah swt, mendengar dan patuh [kepada pemerintah] meskipun dia seorang hamba dari Habsyah, kerana sesungguhnya orang yang hidup di antara kamu sesudahku akan melihat banyak pertentangan [perselisihan] yang banyak, maka berpegang teguhlah kamu kepada sunnahku dan sunnah para khalifah [pengikutku] yang mendapat petunjuk. berpegang teguhlah kalian dengannya dan gigitlah dengan geraham kalian, dan jauhilah hal-hal yang baharu yang diada-adakan, kerana setiap yang baharu itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah adalah kesesatan". [H R Abu Dawud dan lain-lain].


Maka Imam As Syatibi berkata dalam al I'tisam: "Nabi saw telah menyandingkan penyebutan Sunnah para Khulafa ar Rasyidin dengan Sunnah Beliau - sebagaiman yang anda lihat di atas - dan bahawasanya mengikut Sunnah para Khulafa ar Rasyidin adalah bahagian dari mengikuti Sunnah Beliau, sedangkan mengada-adakan dalam agama adalah perbuatan yang bertentangan dengan Sunnah dan bukan bahagian dari Sunnah sedikitpun. Para Khulafa ar Rasyidin ketika meniti sebuah sunnah, memiliki dua kemungkinan:

[1]. Mengikuti Sunnah Nabi
[2]. Mengikuti apa yang mereka fahami dari sunnah Beliau secara global dan terperinci dalam sebuah sudut pandang yang mana hal seperti itu terkadang tertutup kepada orang selain mereka, namun tidak ada penambahan sedikitpun (dalam amalan tersebut).

Justeru, Umar ra hanyalah sekadar mengucapkannya dari segi bahasa, kerna dia adalah seorang Arab, yang pasti berbicara dalam kalimah Arab. Dia tidak maksudkan dari segi syara' ketika mengucapkan kalimah tersebut.

Maka setelah itu, kita mahu tanyakan kepada orang yang membolehkan bid'ah hasanah mengenai Hadith di atas: "Bagaiman caranya mahu memenuhkan wasiat tersebut, iaitu mengamalkan dan berpegang teguh dengan sunnah sehingga "menggigit" dan dalam masa yang sama menjauhi bid'ah?"

Bukankah caranya ialah dengan melakukan amal persis seperti nabi tanpa tokok-tambah dan menghindari segala amal yang ada penambahan, dalam memenuhi wasiat tersebut. Maka manakah yang telah diberi jaminan oleh Rasul? Melakukan sunnah, atau melakukan bid'ah Hasanah? Yang pasti orang yang melakukan sunnah, dia telah melaksanakan wasiat tersebut dan diberi jaminan keselamatan. Namun orang yang melakukan bid'ah Hasanah itu masih belum punya jaminan, malah kelihatannya dia menyalahi wasiat tersebut. Justeru manakah yang lebih aman dan baik, antara yang pasti diberi jamin dan yang belum ketemu sebarang jaminan?


Keempat

Seterusnya digunakan alasan seputar pengucapan Ibn Mas'ud:

"Apa yang dipandang baik oleh kaum Muslimun maka disisi allah adalah baik [hasanah], dan apa yang kaum Muslimun melihatnya buruk maka di sisi Allah adalah sayyi [buruk]. [Al Hakim dalam Al Mustadrak no 4465]

Maka kita akan menjawabnya dengan 2 sisi,

pertama ialah dengan atsar yang telah berlalu [Dalam Fabrikasi [02]: Ketika Muhammad Dan Sahabatnya Berbicara] dimana ibn Mas'ud membantah kaum yang melakukan halaqah zikir jama'i dengan menggunakan tasbih, walaupun kaum tersebut melihat amal itu sesuatu yang baik.

Maka apakah yang Ibn Mas'ud maksudkan? Atau Ibn Mas'ud adalah manusia yang hanya pandai berbicara dan dia melanggar bicaranya sendiri ketika melarang kaum "zikir jama'i tadi? Atau dia merevisi tindakannya setelah itu dan insaf lalu mengeluarkan fatwa baharu sepertimana tsar diatas? Ini satu hal yang ganjil dan syaz kerana berselisih dengan contoh-contoh yang ditunjukkan oleh seluruh sahabat dalam melawan bid'ah.

Maka Menggunakan ucapan umum Ibn Mas'ud untuk memboleh bid'ah Hasanah adalah satu kesilapn kerana Ibn Mas'un dengan terang-terang telah mencela manusia yang melakukan bid'ah Hasanah atas alasan "memandang baik".

Kedua ialah kalimat "kaum Muslimun" itu merukuk kepada siapa? Apakh seluruh umat yang mengucap syahadah atau kesepakatan sahabat sahaja?

Kalu merujuk kepada seluruh umat yang mengucap syahadah, maka kita harus menerima tentang keabsahan paham Mu'tazilah, paham Syi'ah, paham Khawarij dan sekelian paham yang lainnya, dan kita juga harus membenarkan segala bid'ah dhalalh. Kerana kaum Muslimin pasti akan ada yang menganggap baik paham-paham dan hal-hal ini.

Kalaulah Ibn Mas'ud memang mahukan makna yang kalian inginkan iaitu adanya hasanah, maka syarat yang ibn Mas'ud letakkan ialah harus wujud ijma. Padahal ijma telah tiada setelah berlalunya zaman sahabat. Sehingga Imam Ahmad berkata: "Barang siapa yang mengatakan bahawa ijma masih berlaku, maka dia telah berdusta".

Lalu yang benarnya adalah Ibn Mas'ud mengkehendaki kepada pandangan "baik" sahabat. Kerana sebab penuturan ini adalah berlaku dalam kasus perlantikan Khalifah Abu Bakr, yang mendapat persetujuan kaum Muslimin, iaitu para sahabat.

Maka apabila kita menerima pengertian "Kaum Muslimin" adalah "Sahabat" bererti pengingkaran beliau kepada Kaum Zikir Jama'i adalah bukti maksud pengertian ini. Sehingga makna atsar itu adalah:

"Apa yang dipandang baik oleh para sahabat maka disisi allah adalah baik [hasanah], dan apa yang para sahabat melihatnya buruk maka di sisi Allah adalah sayyi [buruk]".


Kelima

Hujjah terakhir adalah pengucapan Imam Syafi'i:

"Bid'ah itu dua jenis; terpuji dan terkeji. Apa yang menepati sunnah adalah terpuji dan apa yang menyalahi [sunnah] adalah terkeji". [Ibn Hajr Asqalani, Fathul Bari 13: 253]

Dalam riwayat lain:

"Apa yang menyalahi Kitab, Sunnah, Atsar atau Ijma, maka ia adalah bid'ah sesat, manakala apa yang tidak menyalahi semua itu, maka ia adalah bid'ah yang tidak tercela". [Fathul Bari 13: 253]

Maka kita akan menjawabnya dengan 4 alasan.

Pertama adalah Imam syafi'e adalah manusia yang tidak ma'sum dan perkataannya bisa diterima dan bisa ditolak. Andai ucapannya menyalahi kebenaran maka harus ditolak, dan kalau ia menepati kebenaran maka harus diterima.

Imam Malik berkata tentang hal ini seperti berikut:

"Siapa pun perkataannya bisa ditolak dan bisa diterima, kecuali hanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam sendiri". [Dikalangan ulama mutaakhir hal ini populer dinisbatkan kepada Imam Malik dan dinyatakan shahihnya oleh Ibnu Abdul Hadi dalam kitabnya Irsyad As-Salik (1/227). Diriwayatkan juga oleh Ibnu Abdul Barr dalam kitab Al-Jami' (II/291), Ibnu Hazm dalam kitab Ushul Al-Ahkam (VI/145, 179), dari ucapan Hakam bin Utaibah dam Mujahid. Taqiyuddin Subuki menyebutkannya dalam kitab Al-Fatawa (I/148) dari ucapan Ibnu Abbas. Karena ia merasa takjub atas kebaikan pernyataan itu, ia berkata : "Ucapan ini diambil oleh Mujahid dari Ibnu Abbas, kemudian Malik mengambil ucapan kedua orang itu, lalu orang-orang mengenalnya sebagai ucapan beliau sendiri". Albani berkata : Kemudian Imam Ahmad pun mengambil ucapan tersebut. Abu Dawud dalam kitab Masaail Imam Ahmad hal. 276 mengatakan : "Saya mendengar Ahmad berkata : Setiap orang pendapatnya ada yang diterima dan ditolak, kecuali Nabi saw]

Maknanya setiap manusia itu harus ditimbang dengan kebenaran, dan bukan kebenaran itu harus ditimbang dengan tokoh.

Sehingga itu Imam Syafie berwasiat kepada kita dalam hal tersebut: "Setiap perkataanku bila berlainan dengan riwayat yang shahih dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam, Hadits Nabi lebih utama dan kalian jangan bertaqlid kepadaku". [Ibnu Abi Hatim hal 93, Abu Nu'aim dan Ibnu 'Asakir (15/9/2) dengan sanad shahih]

Kedua ialah dalam ucapan Imam Syafi'e sendiri dengan jelas mengisyaratkan kaedah penetapan Bid'ah Hasanah, iaitu sesuatu amal bid'ah Hasanah itu harus cocok dengan Al quran, hadith, atsar ataupun Ijma sahabat. Maka kalau ia menyelisihi pengukur vtersebut, maka amal itu dikira sebagai Bid'ah Dhalalah.

Baiklah, kita telah mendapat barometer dari Imam Syafi'e, lalu kita halakan kepada amal-amal bid'ah yang kita amalkan hari ini, ambil contoh kita namakn sebagai Zikir Jama'i. Maka bukankah amal itu menyalahi Atsar Ibn Mas'ud?

Kemudian kita halakan kepada berzanji, maulid nabi, dan seluruhnya, maka kita dapati bahawa ia menyalahi sunnah, atsar dan ijma sahabt sekaligus. Lalu apakah kita masih betah untuk mengamalkan bid'ah hasanah?

Ketiganya, ialah kita mohon kepada Imam Syafi'e untuk menunjukkan contoh bid'ah Hasanah yang beliau i'tiraf dan contoh bid'ah dhalalh yang beliau pahami. Adalah mustahil Imam yang menyusun ilmu Usul Fiqh dan Qawaid Fiqh secara sistematik seperti dalam Ar Risalah ini tidak menunjukkan sebarang contoh bid'ah Hasanah? Apakah ketika beliau terangkan kaedah pengukuran bid'ah diatas, beliau lupa untuk menunjukkan contoh-contoh bid;ah hasanah?

Baiklah, kalau beliau lupa, kita masih boleh melihat fatwa beliau sekitar larangan beliau terhadap sesuatu amalan.

Imam Syafi'e berkata mengenai zikir jama'i:

"Aku berpendapat baginda menguatkan suara (zikir) hanya untuk seketika untuk orang ramai mempelajarinya daripada baginda. Ini kerana kebanyakan riwayat yang telah kami tulis bersama ini atau selainnya, tidak menyebut selepas salam terdapat tahlil dan takbir. Kadang-kala riwayat menyebut baginda berzikir selepas solat seperti yang aku nyatakan, kadang-kala disebut baginda pergi tanpa zikir. Umm Salamah pula menyebut duduknya baginda (selepas solat) tetapi tidak menyebut baginda berzikir secara kuat. Aku berpendapat baginda tidak duduk melainkan untuk berzikir secara tidak kuat.

Jika seseorang berkata: “Seperti apa?”. Aku katakan, sepertimana baginda pernah bersolat di atas mimbar, yang mana baginda berdiri dan rukuk di atasnya, kemudian baginda undur ke belakang untuk sujud di atas tanah. Kebanyakan umur baginda, baginda tidak solat di atasnya (mimbar). Akan tetapi aku berpendapat baginda mahu agar sesiapa yang jauh yang tidak melihat baginda dapat mengetahui bagaimana berdiri (dalam solat), rukuk dan bangun (dari rukuk). Baginda ingin mengajar mereka keluasan dalam itu semua. Aku suka sekiranya imam berzikir nama Allah di tempat duduknya sedikit dengan kadar yang seketika selepas kaum wanita pergi. Ini seperti apa yang Umm Salamah katakan. Kemudian imam boleh bangun. Jika dia bangun sebelum itu, atau duduk lebih lama dari itu, tidak mengapa. Makmum pula boleh pergi setelah imam selesai memberi salam, sebelum imam bangun. Jika dia lewatkan sehingga imam pergi, atau bersama imam, itu lebih aku sukai untuknya". [al Syafi'i, Mausu‘at al-Imam al-Syafi'i: al-Umm ]

Maka kalaulah Imam Sya'ie yang menghurai Bid'ah Hasanah dan memberikan barometer kepada Bid'ah Hasanah, maka mengapakah dia tidak menamakan amal Zikir Jama'i dengan bid'ah hasanah, tetapi di atas beliau nyatakan bahawa melalui hadith-hadith yang beluai kumpul nyata bahawa Rasul berzikir setelah selesai solah Fardu, Baginda memperlahankan suaranya.

Kita masih ada banyak contoh larangan Imam Syafi'e terhadap amal bid'ah hasanah. Maka apakah yang kita boleh perolehi dari pengucapan beliau dan larangan beliau; iaitu bahawa apa yang beliau maksudkan hanyalah sebatas dari segi bahasa, dan bukan syara'. Malah barometer yang beliau letakkan itu satu bukti bahawa setiap amal harus punya dalil yang kokoh. Dan larangan-larangan beliau terhadap amal-bid'ah hasanah yang kita kita anggap baik hari ini juga sebagi hujjah menyangkal wujudnya bid'ah hasanah.

Keempat ialah pengertian yang dimaksudkan oleh Imam syafie ini dijelaskan lagi oleh imam sesudahnya, antaranya ialah Ibn Rajab:

"Maksud al-Syafi‘i rahimahullah ialah seperti yang kita sebutkan sebelum ini, bahawa Bid‘ah Mazmumah ialah apa yang tiada asal dari syariat untuk dirujuk kepadanya. Inilah bid‘ah pada istilah syarak. Adapun Bid‘ah Mahmudah ialah apa yang bertepatan dengan sunnah. Iaitu apa yang ada baginya asal untuk dirujuk kepadanya. Ia adalah bid‘ah dari segi bahasa, bukannya dari segi syarak kerana ia menepati sunnah". [Ibn Rajab al-Hanbali, Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam] Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata:

"Maka bid‘ah pada ta’rifan syarak adalah dikeji. Ini berbeza dengan (maksud bid‘ah dari segi) bahasa di mana setiap yang diada-adakan tanpa sebarang contoh dinamakan bid‘ah sama ada dipuji ataupun dikeji" [Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari]

Kan lebih baik kita lihat pandangan Ibn Hajar dalam bab "Saidina", Beliau ditanya:

"“Apakah dalam ucapan selawat itu disyari’atkan menggunakan kata-kata Sayyid, seperti orang mengatakan “Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammad” atau “’ala sayyidina khalqi” atau “’ala sayyid waladi” atau hanya menggunakan kata-kata “Allahumma shalli ‘ala Muhammad”. Manakah yang lebih baik daripada ucapan-ucapan itu? Apakah digunakan kata-kata sayyid atau tidak menggunakannya kerana tidak tersebut dalam hadis-hadis.”

Jawab al-Hafiz Ibnu Hajar:

“Benar, mengucapkan lafaz-lafaz selawat sebagaimana tersebut dalam riwayat hadis adalah yang benar. Janganlah sehingga ada orang yang mengatakan Nabi tidak menggunakan kata-kata sayyid dalam bacaan selawat hanya disebabkan sikap rendah diri (tawadhu’) sahaja sebagaimana juga tidak layak ketika orang mendengar disebut nama Nabi tidak menyahut dengan ucapan shalallahu ‘alaihi wasallam. Semua orang Islam dianjurkan untuk mengucapkan kata tersebut setiap kali mendengar sebutan nama Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam. Saya (Ibnu Hajar) menyatakan bahawa sekiranya benar bahawa ucapan sayyid itu ada, niscaya disebutkan dalam riwayat dari sahabat dan tabi’in. Akan tetapi, saya (Ibnu Hajar) tidak menemukan adanya riwayat seperti itu dari seorang sahabat atau tabi’in pun, padahal begitu banyak cara bacaan selawat yang diterima dari mereka. Al-Syafi’i rahimahullah sebagai seorang yang sangat memuliakan Nabi shalallhu ‘alaihi wasallam juga tidak menyebutkan kata sayyidina dalam awal pembukaan (muqaddimah) kitabnya. Padahal al-Syafi’i adalah contoh ikutan para pengikut mazhabnya. Beliau (al-Syafi’i) hanya menyebutkan “Allahumma shalli ‘ala Muhammad.”

Kemudian pembahagian yang sekana ini juga dilakukan oleh Izz Bin Abd Salam dalam Qawa‘id al-Ahkam fi Masalih al-Anam:

1- Bid'atun wajibah :Pekerjaan yang masuk dalam perkara wajib dan perintah agama seperti mengumpul dan menyusun mushaf Al-Quran.

2- Bid'atun mandubah :iaitu segala yang mendukung perkara sunat seperti mengerjakan solat terawih berjemaah.

3- Bid'atun mubahat :iaitu segala sesuatu yang menjurus hal-hal yang di bolehkan seperti menaiki kenderaan, makan bermeja dan memakai pakaian berfesyen yang berbagai tetapi menutup aurat.

4- Bid'atun makruh : Iaitu perkara yang membawa kepada makruh seperti banyak melakukan sembahyang sunat rawatib hingga solat wajib tertunda.

5- Bid'atun muharramah :Iaitu sesuatu hal yang menjurus perkara yang haram seperti menziarahi kubur orang mati dengan tujuan meminta sesuatu pertolongan atau mengerjakan amalan suluk hingga meninggalkan solat jumaat.

Bagaiman Izz bin Abd Salam meletakkan 5 pecahan? lalu ditemukan jawabannya dalam kitab yang sama, ketika beliau mendefinasikan kalimah bid'ah: "Bid‘ah adalah perbuatan yang tidak ada pada zaman Rasulullah".

Maka kita dapati bahawa ta'rif yang beliau lakukan ialah satu cakupan yang cukup luas, meliputi amal keagaman dan keduniaan, yang cakupan ini tidak pernah dilakukan oleh seluruh ulama'. Sehingga Imam As Syatibi berkata:

"Sesungguhnya pembahagian ini adalah sesuatu yang hanya direka, tidak ada dalil syar‘i yang menunjukkannya. Bahkan ia sendiri saling bercanggahan. Ini kerana hakikat bid‘ah ialah sesuatu yang tidak ditunjukkan oleh dalil syar‘i, sama ada daripada nas-nas syarak atau kaedah-kaedahnya. Kalau di sana ada dalil daripada syarak yang menunjukkan wajib, sunat, atau harus, maka itu bukanlah bid‘ah. Ia termasuk dalam keumuman amalan yang disuruh atau diberi pilihan. Mencampur aduk dalam menyenaraikan perkara-perkara tersebut adalah bid‘ah, iaitu mencampurkan antara perkara yang memiliki dalil yang menunjukkan kepada wajib, sunat atau harus dengan dua lagi (makruh dan haram) yang menyanggahinya. [Imam As Syatibi, Al I’tisam]

Walaubagaimana pun, setelah Izz Abd Salam menetapkan 5 jenis, maka kita harus melihat setiap contoh yang beliau utarakan. Ketika sampai kepada bid'ah Wajib, beliau berkata:

"Bagi bid‘ah wajib itu beberapa contoh, salah satu daripadanya ialah menyibukkan diri dengan ilmu nahu yang dengannya difahami kalam Allah (al-Qur’an) dan kalam Rasulullah saw(iaitu hadis)."

Imam As Syatibi berkata:

"Dengan ikatan ini maka terpisahlah (tidak dinamakan bid‘ah) segala yang jelas –walaupun bagi orang biasa – rekaan yang mempunyai kaitan dengan agama seperti ilmu nahu, saraf, mufradat bahasa, Usul al-Fiqh, Usul al-Din dan segala ilmu yang berkhidmat untuk syariat. Segala ilmu ini sekalipun tiada pada zaman yang awal tetapi asas-asasnya ada dalam syarak… Justeru itu tidak wajar sama sekali dinamakan ilmu nahu dan selainnya daripada ilmu lisan, ilmu usul atau apa yang menyerupainya yang terdiri daripada ilmu-ilmu yang berkhidmat untuk syariat sebagai bid‘ah. Sesiapa yang menamakannya bid‘ah, sama ada atas dasar majaz (bahasa) seperti ‘Umar bin al-Khattab radhiallahu 'anh yang menamakan “bid‘ah” solat orang ramai pada malam-malam Ramadhan atau atas dasar kejahilan dalam membezakan sunnah dan bid‘ah, maka pendapatnya tidak boleh dikira dan dipegang".

Apakah kita melihat ini satu hal rekaan baharu yang kalau kita tidak lakukannya kita akan mendapat azab dosa? Dan ketika beliau nyatakan contoh Bid'ah Mandubah: "mengerjakan solat terawih berjemaah", maka bukankah kasus solat tarawih berjamaah telah dikupas sebelum ini?

Maka akhirnya kita dapati bahawa Imam Izz abd Salam juga telah melakukan pembahagian ini atas dasar bahasa, bukan syara'. Malah yang lebih menakjubkan ialah antara bid'ah yang dihpuskan oleh Izz Abd Salam ialah salam beramai-ramai setelah selesai solat yng dewasa ini menganggap bid'ah hasanah. Hal ini boleh dilihat dalam kitabnya Al Fatawa Irara Bin Abdissalam hal 46 no 15 Penbit Darul Bara.

Kemudian itu Imam Nawawi berkata dalam kitabnya Tahzib al-Asma` wa al-Lughat tentang penyetujuan beliau terhadap pembahagian bid'ah oleh Imam Syafi'e dan Imam Izz Abd Salam. Tetapi dalam tulisan beliau yang lain kita temukan bahawa beliau sendiri melarang amal bid'ah.

Seperti dalam kitab Al Azkar, beliau berkata:

"Ketahui sesungguhnya yang betul lagi terpilih yang menjadi amalan al-Salaf al-Salih radhiallahu 'anhum ialah diam ketika mengiringi jenazah. Jangan diangkat suara dengan bacaan, zikir dan selainnya. Hikmahnya nyata, iaitu lebih menenangkan hati dan menghimpunkan fikiran mengenai apa yang berkaitan dengan jenazah. Itulah yang dituntut dalam keadaan tersebut. Inilah cara yang betul. Jangan kamu terpengaruh dengan banyaknya orang yang menyanggahinya.

Sesungguhnya Abu ‘Ali al-Fudail bin ‘Iyad rahimahullah pernah berkata: “Berpegang dengan jalan petunjuk, jangan engkau tewas disebabkan sedikit yang melaluinya. Jauhilah jalan yang sesat. Jangan engkau terpengaruh dengan banyaknya golongan yang rosak (yang melakukannya).”

Adapun apa yang dilakukan oleh golongan jahil di Damsyik, iaitu melanjutkan bacaan al-Quran dan bacaan yang lain ke atas jenazah dan bercakap perkara yang tiada kaitan, ini adalah haram dengan ijma’ ulama. Sesungguhnya aku telah jelaskan dalam bab Adab al-Qiraah tentang keburukannya, besar keharamannya dan kefasikannnya bagi sesiapa yang mampu mengingkarinya tetapi tidak mengingkarinya".

Dan dalam Majmu' Syarah Al Muhazab, beliau berkata:

"Adapun menyediakan makanan oleh keluarga si mati dan menghimpunkan manusia kepadanya [kenduri / makanan tadi] adalah tidak dinaqalkan dari Nabi sedikut pun dan ia adalah bid'ah yang tidak disukai".

Kemudian dalam Syarah Muslim, Imam Nawawi berkata:

"Sesungguhnya yang menjadi sunnah bagi salam dalam solat ialah dengan berkata: السلام عليكم ورحمة الله sebelah kanan, السلام عليكم ورحمة الله sebelah kiri. Tidak disunatkan menambah وبركاته. Sekalipun ia ada disebut dalam hadith dhaif dan diisyaratkan oleh sebahagian ulama. Namun ia adalah satu bid‘ah kerana tidak ada hadith yang sahih (yang menganjurkannya). Bahkan yang sahih dalam hadith ini dan selainnya ialah meninggalkan tambahan itu."

Kemudian al-Imam al-Sayuti (السيوطي) berkata dalam al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’:

"Bid‘ah Hasanah disepakati keharusan membuatnya. Juga disunatkan demi mengharapkan pahala bagi sesiapa yang baik niatnya. Iaitu setiap pembuatan bid‘ah yang bertepatan dengan kaidah-kaidah syarak tanpa menyanggahinya sedikit pun. Perbuatannya tidak menyebabkan larangan syarak. Ini seperti membina mimbar, benteng pertahanan, sekolah, rumah (singgahan) musafir dan sebagainya yang terdiri dari jenis-jenis kebaikan yang tidak ada pada zaman awal Islam. Ini kerana ia bertepatan dengan apa yang dibawa oleh syariat yang memerintahkan membuat yang ma’ruf, tolong menolong dalam kebaikan dan taqwa".

Maka kita lihat apakah contoh bid'ah Dhalalh yang beliau nyatakan:

"Daripada bid‘ah (yang saiyyah) itu adalah, was-was dalam niat solat. Itu bukan daripada perbuatan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabat baginda. Mereka tidak pernah melafaz sedikit pun niat solat melainkan hanya (terus) takbir. Allah telah berfirman:" “Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik". [al-Ahzab 33:21]


Maka dapat kita ketahui bahawa para ulama yang membolehkan bid'ah hasanah hanyalah bermaksud dengan makna bahasa semata-mata.


Kesimpulan Makna Bid'ah dan Sunnah

Maka makna sunnah itu ialah sesuatu jalan dalam meniti hidup beragama yang telah Rasul dan juga para sahabat baginda yang diberi petunjuk tempuhi. Mak mengamalkan pedoman ini berupa bergepegang tenguh kepada sunnah.

Sementara itu bid'ah adalah sesuatu hal baharu yang tidak pernah dilakukan oleh Rasul dan sahabat baginda, yang dilakukan atas nama agama, pembuatnya berniat untuk meraih pahala.

Dan pembahagian bid'ah kepada 2 jenis atau 5 jenis hanyalah diberlakukan dari segi bahasa, sedangkan dari segi syara', maka setiap bid'ah adalah kesesatan.


Siapa Ahlus Sunnah?


Setelah kita memahami makna sunnah dan bid'ah, barulah kita boleh melanjutkan perbicaraan; iaitu yang pertamanya ialah Siapakah Ahlus Sunnah?

Maknanya adalah seorang Ahlus Sunnah itu adalah manusia yang berpegang teguh dengan pemahaman Rasul dan menempuh jalannya baginda, tanpa berbelok-belok, dan tanpa melakukan amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah.

Bererti juga bahawa mereka adalah satu kaum yang mengenal amal yang ditunjukkan oleh Rasul dan mereka beristiqamah pada jalan yang telah Rasul bentangkan. Seperti mereka itu mengenal setiap apa yang masuk ke dalam perut mereka, begitulah mereka mengenal sunnah Rasulullah dan memperjuangkan sunnah tersebut.

Justeru, kalau ada satu kaum yang melakukan amal bid'ah maka maka secara pasti mereka telah menyalahi sunnah, kerna sunnah adalah lawan kepada bid'ah. Begitu juga barangsiapa yang mengamalkan sunnah maka dia telah meninggalkan bid'ah.

Lalu kita tanyakan kepada diri kita yang selalu menyakini sebagai Ahlus Sunnah: "Apakh ketika datang satu dalil yang menunjukkan amal kita tidak mengikut seperti amal Nabi, kita terus meninggalkan amal itu dan berpegang teguh kepada hadith? Atau kita palingkan setiap hadith itu dengan logika kita dan kita susupkan ia dengan prasangka?"