Manusia sebenarnya lahir tanpa tahu apa-apa, dia seorang yang jahil lagi bodoh. Malah amat memalukan sehingga dia terberak dan terkencing tanpa mengerti apa-apa juga. Lebih menjijikkan bila dia bermain dan bergolek dengan tahi hingga badannya terpalit.
Lalu ibunya dan ayahnya mengajarkan dia makna hidup. Apabila meningkat besar, dimasukkan ke sekolah belajar 1 + 2 bersamaan 3, ilmu bahasa, ilmu cakrawala. Lalu setelah itu dia masuk sekolah yang lebih tinggi; belajar ilmu hisab yang lebih rumit dan ilmu pengetahuan yang lainnya, sehingga dia menjejak kaki ke pengajian tinggi.
Makanya kepandaiannya yang dia ada adalah hasil penekunan dia di sekolah dan makna yang disampaikan oleh orang tuanya. Tanpa sekolah dan orang tua, dia tak mengerti apa apa, mungkin dia sekadar tahu makan, berak dan berasmara, macam orang dalam gua batu dahulu.
Justeru, pengetahuan itu semakin hari semakin berkembang, sesuai dengan pengkajian manusia. Apabila ada sahaja manusia mengkaji sesuatu maka dia akan beroleh ilmu kefahaman tentang sesuati itu. Kalau dia sebarkan maka manusia lain pun mengeti akan sesuatu itu. Kalau tiada sesiapa yang mengkaji sesuatu itu, maka tiada siapa kn mengerti dan memahami sesuatu itu hingga kiamat nanti.
Dan juga pengetahuan itu memberi erti bahawa jurang antara bijak dan jahil semakin membesar- antara seorang yang tidak mengerti dan orang yang mengkaji akan terdapat berlipat kali lebar jurang ilmu. Si jahil itu bukanlah lambang bahawa ilmu tersebut tiada tetapi dia adalah bukti bahawa jahil itu maujud. Dan si jahil itu akan menafikan ilmu yang dimiliki oleh si pengkaji kerana kejahilannya.
Seterusnya kajian yang dilakukan oleh orang tadi diteruskan oleh penkaji terkebelakang, menjadikan ilmu yang terkumpul semakin menggunung. Membesar dan menerang dan akhirnya akan memberi gambaran kepada betapa hebatnya dunia.
Dunia tidak tercipta dengan pembinaan pengetahuan kita, tetapi dunia lah yang memberi kita kesadaran untuk menekuni dsan memerhati. Maknanya ilmu yang kita perolehi ini berupa satu khazanah yang tertimbus, yang kita harus gali abar menjumpainya. Ilmu bukanlah tercipta tetapi ditemui. Jangan silap sangka, bahawa manusialah yang mencipta ilmu, kerana manusia sebenarnya jahil seperti mula-mula dia keluar dari perut ibunya tadi.
Begitu juga dengan alam ini, dia tercipta bukan begitu sahaja tetapi dunia dibukin begitu tersusun. Untuk mengatakn bahawa dunia lahir dari satu zarah, kemudian berkembang dan menjadi lengkap, berupa satu kebodohan yang sengaja dihinggap oleh orang-orang yang beriman bahawa "ilmu dicipta, bukan ditemui".
Justeru manusia yang beriman dengan sains adalah manusia yang tersilap pikir. Serong jalan imannya .
Cukup mudah ialah sains masih tidak mamu menerobos keseluruhan langit. malah sains masih tidak mampu untuk mengubati maut!
Kalau sains boleh mengubati maut, maka haruslah kita beriman dengan agama sains.
Thursday, June 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment