Kemenangan partai pembangkang dalam PRU 12 ini menjadi hujjah kepada para hizbi untuk mengatakan bahawa perjuangan mereka benar hingga ditolongi oleh Rabbul Jalil. Inilah pengukur haq dan legasi mereka adalah sah.
Tetapi dihujung kenyatan itu, nyata bahawa mereka hanyalah bisa menawan 5 negeri dari 13 negeri. Maknanya bahawa tuhan masih mau negeri ini ditadbir oleh parti pemerintah.
Apapun yang berlaku, sebenarnya bahawa kebenaran itu bukan diukur kepada yang menang atau yang tumpas. Tetapi benar itu hanyalah yang bersumber dari apa yang dibawa oleh seorang lelaki - Ahmad Abdullah.
Lalu Ahmad Abdullah itu mengatakan bahwa seorang muslim yang mentaati beliau harus tunduk patuh kepada sang pemimpin, apakah pemimpin itu kejam, tirani, zalim, atau pemimpin itu fasik, selagi mana sang pemimpin itu Muslim dan menunaikan solat Jumaat.
Kalau kalian mahukan hujjahnya, saya akan bawakan setimbun dalil hadith, kemudian atsar sahabat, kemudian dasar historis, lantas kemudian ucapan para cendikia kita. Setelah saya bawakan hujjah yang jelas dan gamblang seperti mentari di siang bolong, maka saya juga akan meminta kepada kalian hujjah yang membolehkan kalian membangkang pemimpin lalu memberontaknya, apakah dengan senjata atau cacian makian.
Saat itu, sang hizbi tersentak -pegun- dan dia mula tercari-cari akan alasan. Setelah berfikir dan menyelak sekian kitab, maka mereka pun membentangkan alasan sandaran mereka. Bunginya hadith dan sekian ayat yang secara umum untuk tidak mentaati perintah mungkar. Itu sahaja!
Ini suatu hal yang pelik. Kerana bilang mereka, mereka adalah golongan yang mengerti akan hal agama. Lalu bagaimana pikiran mereka akan benturan 2 nash; satunya ayat-ayatnya terperinci dan jelas, sementara satunya secara umum dan global?
Kalau lah mengikut kaedah ilmiah, pastinya ayat yang jelas dan terperinci telah membatalkan ayat yang umum.
Tetapi oleh kerana pasukan mereka adalah orang agama, dan mereka itu bersorban dan berjubah labuh seperti alim ulama, maka apakah mungkin mereka akan tunduk pada pandangan yang menyalahi keimanan mereka? Pasti tidak! Hanya yang benar-benar ikhlas sahaja akan mula berfikir dan akhirnya akan mentaati pemimpin negara.
Saya sudah mangli dengan percakapan sesetengah orang bahawa saya ini penjilat kerajaan, pendokong UMNO, dan manusia yang tidak mengerti keadaan. Saya sudah tidak peduli dengan tuduhan dari orang-orang yang tiada hujjah.
Kerana saya sedar bahawa dalam hati kecil mereka itu, mereka mengerti bahawa mereka berpijak di dahan yang paling kecil dan rapuh. Memang ini yang terbesit dalam hati mereka.
Akhirnya nanti mereka akan melangu di hadapan Lelaki yang membawa ajaran ini. Satu hari nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment