Kawan; Yang tulen itu selalunya berharga. Tapi banyak manusia tak dapat menilai yang tulen itu. Sebab itulah ada yang suka pakai gelang cap Zuulian - emas celup. Kalau dirampok dan ragut, tak kisah sebabnya gelang itu bukannya asli - tipuan dengan saduran bergemerlapan.
Kerana itu orang tua melayu selalu bilang: "Hanya jauhari mengenal manikam".
Walaupun ada orang suka pakai mas sadur, tetapi dalam mencari madu, tak pulalah mereka mau memakan madu campuran gula. Kerna mereka yang pakai cincin zuulian itu juga mau khasiat madu asli. Malah khabarnya kalau makan madu tipu secara konsisten, nanti dihinggap penyakit - mati cepat dan sengsara dihujung nyawa.
Ini mereka sepakat antara yang pakai barang kemas palsu dan yang tulen. Semua mau sihat dan bahagia dunia akhirat.
Tapi lah kawan, saya tak mengerti dengan para kiayi muslim kita ini. Ketika seruan untuk menganut Islam seperti yang Rasul tunjukkan 1000 tahun silam, maka mereka memusuhi seruan itu dan mencemuhnya.
Apakah logisnya ketika seorang tukang panjat pokok jelutung berpesan kepada seorang kiayi: "Hey pak sorban besar, kalau mau makan madu, ambil lah yang asli, sebab nanti kalau madu campur gula, penyakit bisa hinggap. Pak bisa mati awal tak sempat mengucap". Lalu habis saja bicara tukang panjat pohon jelutung itu, maka Pak Kiayi itu pun mendengus lalu buat warta seluruh kampung: "Bahawasanya tukang panjat pencari madu itu sesat, suka sesatkan orang lain, dan dia ajen yahudi".
Loh, kan ini satu pikiran yang diluar kotak logis dan pemikiran yang wajar.
Seharusnya pak kiayi itu insaf, kerna nanti dia akan dihumban dalam kesengsaran. Kalau pun dia tak berduit nak beli madu asli, maka dia harus menerika kenyatan bahwa madu tambahan gula itu berbahaya, tidak asli, dan keutaman itu ada pada yang tulen, dan dia tak usahlah bermusuhan dengan para seruan untuk memakan benda-benda tulen dan segar.
Tetapi sebab dia malu "sebagai golongan yang hanya mampu memakn madu tambahan, dan golongan yang tak berduit" maka dia membuat makar dengan menggunakan wewenang "agama" habis dicanangkan seluruh kampung akan "kesesatan pemanjat pohon jelutung".
Nampaknya dia adalah kiayi yang bersorbankan nafsu dan jahil bertompok-tompok. Jahil pertama ialah sombong menerima nasihat, jahil kedua ialah dia tidak mahu sihat, ketiganya kerana memusuhi kebenaran dan keempat dia menggiring ummat kepada kebinasan.
Kawan; ketika kaum Salafi mengajak umat untuk berpegang kepada hadith dalam pengibadatan, dan amal hati keyakinan, para kiayi ini memusihinya dan melaabel sebagai kaum sesat, malah ada yang mengkafirkannya.
Saya mau tanya kepada pak kiayi ini sejumlah soalan, yang kiranya pak kiayi ini boleh jawab atau senyap.
1) Apakah aqidah yang kalian amal kan itu sama persisi seperti amal hati Ibn Masud, Ibn Umar, dan Ibn Abbas? Atau sama seperti Khalifah yang 4, atau seperti amal hati Rasul? Atau hanya seperti Imam Asya'ari dan Imam Maturidi?
2) Apakah imam kita bersama; Imam Syafi'e dan muridnya; Ahmad, atau Gurunya; Malik, atau guru kepada gurunya; Nu'man Bin Tsabit menganut aqidah sama seperti aqidah kalian? Atau par imam ini persis seperti aqidahnya Salafy?
3) Antara amal Salafy dan amal kalian, manakah yang mirip dengan amal Rasul Tuhan? Kalian atau Salaf?
4) Apakah kalian bersetuju bahawa amal Salafi itu adalah amal yang tiada tokok tambah, tetapi tidak sesuai dengan zaman ini?
5) Apakah kalian bersetuju bahawa amal kalian itu ada sedikit tambahan bagi menyesuaikan dengan "kebobrokan umat" zaman ini?
6) Apakah kalian bersetuju bahawa amal yang ditambah itu lebih utama berbanding dengan amal yang seperti Rasul lakukan?
7) Apakah kalian bersetuju untuk memusuhi orang yang melakukan amal seperti Nabi dan menyesatkan mereka?
8) Apakah kalian bersetuju menerima bahawa "amal yang tiada penambahan" adalah amal yang semua manusia menerima "keutamannya", sementara "amal yang ditambah" merupakan amal yang masih diperbincangan oleh sebahagian ilmuan?
Kalian boleh berbincang dan meniru jawapan untuk 8 soalan saya. Selamat mencuba dan menjawab. Markah jawapan nanti dihitung di Hari Akhir.
Friday, May 02, 2008
Celaru Antara Saduran Dan Tulen
Labels:
amalan nabi,
amalan tulen,
asyairah,
bid'ah hasanah,
imam ahmad,
imam hanafi,
imam malik,
imam syafi'e,
maturidi,
salafi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
huh... ini satu lagi sipandai cakap. kalau di hati ko tu sama seperti yang ko cakap, tentulah amalan dan sahsiah ko akan sama dengan apa yang kao cakap. berhati2lah nak smash orang nanti tersmash diri sendiri.
antara sifat monafiq tuh apabila bercakap berbohong, apabila berbalah dia melampau.
Post a Comment