Saya tak pasti, apakah yang menyarang dalam minda marga Pakistan saat Benazir Buttho tumbang ke bumi. apakah mereka berasa dunia sudah kelam - tiada harapan yang tersisa; atau merasa aman kerna figur sang Syiah telah sekses dilenyapkan; atau mereka tak peduli akan dia - politikus yang kerjanya adalah berkubang dalam partai - pemilu - demokrasi - demontrasi, kerna kala tumbang dia, pastinya dendam memuncak, kemarahan mewabak, dan kebencian meluak-luak. dan yang pastinya dia akan digantikan oleh seorang lagi Buttho. ini sudah pasti.
kemudian setelah dia disemadikan - apakah upacara itu diatur mengikut sebagai seorang sunni, atau syi'i, yang pasti dia akan dipertanggungjawabkan oleh Rabb di barzah. kemudian dia pasti didatangi malaikan nungkar dan nagkir, lantas ditanyakan serangkai soalan yang soalan ini sudah ketahuan orang.
"Siapa Rabb mu?"
amat menghairankan kerna walaupun sudah dihapal setiap hari jawbannya, namun saat malaikan itu bertanya, yang menjawab hanyalah iman - Allah rabb ku.
"siapa nabi mu?"
ah! soalan apa ini?
kapan dia mau tanyakan kepadaku bagaimana aku mati? siapa yang menembak di batang leherku? apakah aku mau pembelaan atas terbunuhnya aku? apa dia tak mau tanyakan kepadalu siapa aku - sang perdana menteri wanita pertama dunia Islam? malah aku ini kan telah banyak jasanya dalam membangunkan negara - dan partai PPP ku itu adalah perjuangan murni, yang dengannya berupa tiket untuk lolos masuk syurga!
tapi nampaknya utusan allah itu bertanyakan soalan-soalan seputar iman! bukan politik, bukan ekonomi, bukan seni. bukan...bukan...bukan....bukan semua itu, meliankan tauhid!
sehinggalah kita tersadar bahawa saat sebelum kita dilahirkan yakni ketika kita dalam sulbi Adam, kita telah ditanyakan oleh Tuhan akan sesembahan yang haq hanyalah Dia. maka kita pun bersaksi "bala syahidnya" - benarlah! engkau sesungguhnya sesembahan yang haq". kemudian barulah kita dilahirkan. kalau dia mendiami keluarga majusi maka jadilah dia seorang majusi. dan kalau dia dilahirkan oleh ayah dan ibu nasrani maka menjadilah dia seorang nasrani, begitulah juga kalau dia seorang muslim maka menjadi seorang muslim lah dia.
lantas apabila dia menjadi seorang muslim, kewajiban yang terpundah diatas bahunya ialah menda'wahkan seorang majusi tadi kepada agamanya. menerangkan cahaya kepada seorang nasrani tadi agar mensucikan allah semata.
kalau dia seorang majusi atau nasrani, maka menjadi kewajiban kepadanya untuk meninggalkan agamanya dan kembali kepada persaksian yang telah dia ikrarkan saat dia ditulang sulbi. dan dia harus pasrah untuk mentauhidkan allah.
kemudian apabila majusi itu ingkar memelok islam, malah dia juga tidak mahu tunduk kepada kerajaan islam. maka saat itu telah terbentang kepada pemimpin muslim untuk menyerang negara si majusi itu sehingga mereka mengucapkan kalimah tayyibah atau tunduk patuh membayar jizyah.
bila telah ada rencana bagi melanggar negara majusi tadi, maka berbondong lah manusia yang inginkan syahid - satu maqam yang tinggi, menempati syurga tanpa hisab, yang jasadnya akan kekal dan tiada dikapankan, dikubur dengan penuh kebanggaan dan akan dikenang sepanjang zaman. dan sebagai seorang muslim, apabila ditiup sangkakala, menjadi tanggungjawabnya untuk menghunus pedang bagi mengibar kalimah allah dimuka bumi ini. lalu kalaulah dia melarikan diri saat itu, amatlah berdosa besar dan menjadi hinalah dia.
begitulah para sahabat yang ghairah untuk berperang, sehinggakan allah nyatakan dalam al kitab bahawa tinggalkan sedikit para pemuda untuk ngaji agama supaya nanti apabila perang selesai, pemuda yang ngaji agama itu bisa menyebarkan ilmu agama kepada para soldadu tadi.
harus kita ingat, sepanjang hayat rasul, tiada satu pun peperangan yang dibangunkan atas dasar politik, atau ekonomi, atau seni, atau apa saja alasannnya, meliankan semuanya bersumber dari penolakan kaum kuffar akan tauhid. begitu juga peperangan salib yang berlangsung ratusan tahun. perjuangan salahuddin al ayubi dan sekian banyak lagi peperangan yang dituntut oleh agama - semuanya berpaksi atas bendera iman.
kita kembali kepara tragedi baru, saat sang pemimpin wanita itu didatangi 2 malaikat, dia tak dipertanyakan langsung akan sumbangannya dalam politik, tak ditanyakan langsung apakah dia telah menegakkan hudud sepanjang dia berkuasa, tak ditanya apakah dia bersengkongkol dengan Presiden Musharaf si Bareilwi atau kaum sekular atau liberal atau quraniyyun. tetapi soalan yang akan meluluskan dia untuk ditanya soalan yang seterusnya ialah soalan tauhid. kalau soalan pertama ini sudah gagal untuk dijawab, maka tak perlu ditunggu lagi untuk dia diajukan solana kedua, ketiga, keempat dan seterusnya, dan dia akan dihumban ke neraka.
justeru kita dihidupkan, dimatikan, disuruh perang, dijadikan alam dan segala isinya, amala terbesar, syarat dimasukkan syurga atau dihumban keneraka: semuanya kerna Iman.
akhirnya, kalaulah boleh Benazir Buttho kembali kedunia - seperti paham karma - maka sudah pasti dia akan meneriak kepada teman-temannya: "Politik telah melalaikan keluargaku". aku akan bersaksi bahawa tauhdi adalah perjuangan para nabi, dan seharusnya aku meneruskan perjuangan itu".
tetapi malangnya, hidup didunia ini hanya sekali. yang selebihnya akan hidup di alam lain. dia telah pergi dengan membawa amalnya. kita tak pasti apakah dia seorang sunni, atau seorang syi'i atau seorang yang tak peduli. moga keimanannya akan membawa kepada keadilan Allah. masuknya ke neraka, atau ke syurga adalah urusan allah, bukan urusan manusia.
tetapi yang masih tertinggal didunia ini harus mengambil pelajaran.
Wednesday, January 02, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Itu lah taqdir. yang menentukan bagaimana akhir umur kita, di mana matinya, apa sebabnya, bagaimana nasib imannya, buruk atau baik. Tentunya kita tidak tahu dan tidak dapat memilih taqdir yang telah ditentukan untuk kita,. Namun demikian Allah telah menganjurkan kepada kita supaya memerhatikan apakah perancangan dan amalan yang telah kita laku kan untuk "esok". Esok bermakna masa depan. masa depan bagi kita yang hidup adalah mati, kumudian kita memasuki alam barzah di dalam kubur. Kumudian kita menantilah hingga hari kiamat. Kumudian kita tunggulah hari bangkitan dan perhimpunan terbesar di padang mahsyar untuk menunggu pengadilan, penghakiman, dakwa dakwi dan rayuan syufaat nabi dan pembalasan, terus ke syurga, terus keneraka atau memasuki neraka dahulu dan akhirnya berpeluang kesyurga.
Alam kubur atau alam barzah lamanya Allah yang tahu. Perasaan lama atau sekejap tentu bergantung kepada apa yang dalami, suka dan senang atau duka dan diazab.
Kalau senang tentu tak kesah lama atau sebentar, tetapi kalau di azab, dipukul dipalu, disengat binatang berbisa dan kepanasan wap neraka yang disalurkan kekuburan kita, tentu ruh tidak akan dapat bertahan. Tentu ruh akan bertempek, menangis melolong dan minta diberi peluang hidup semula di atas dunia.Tentu waktu berjalan terasa sangat lama, nak hitung pun dah tak tahu kerana tidak lagi melihat perjalanan matahari dan pusingan bumi.
Tentu apa yang dikumpulkan di
dunia dulu tak dibawa lagi, saham, kredit card, bunglow, parti dengan pengikut yang majoriti , pingat tertinggi, pengiktirafan iso tidak bermakna lagi.
Yang akan datang dan yang boleh menolongnya adalah iman yang soheh, yang benar dan betul dan amal yang soleh yang maaruf dan yang baik, solat, zikir, ibadat khusus dan umum yang memenuhi syarat ibadat . Ini saja yang dapat membantu ketika di alam ini.
Penyesalan pasti ada. Hatta yang beramalpun rasa tak cukup , kalau hidup semula tentu nak buat lebih.-
Post a Comment