tag:blogger.com,1999:blog-37329537.post2846360130166730952..comments2023-10-15T03:06:22.915-07:00Comments on si tukang badut-badut agama: kala tumbangnya sang pemimpinRadzi Othmanhttp://www.blogger.com/profile/18445274575772086530noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-37329537.post-12401869774679785072008-01-16T22:07:00.000-08:002008-01-16T22:07:00.000-08:00Itu lah taqdir. yang menentukan bagaimana akhir um...Itu lah taqdir. yang menentukan bagaimana akhir umur kita, di mana matinya, apa sebabnya, bagaimana nasib imannya, buruk atau baik. Tentunya kita tidak tahu dan tidak dapat memilih taqdir yang telah ditentukan untuk kita,. Namun demikian Allah telah menganjurkan kepada kita supaya memerhatikan apakah perancangan dan amalan yang telah kita laku kan untuk "esok". Esok bermakna masa depan. masa depan bagi kita yang hidup adalah mati, kumudian kita memasuki alam barzah di dalam kubur. Kumudian kita menantilah hingga hari kiamat. Kumudian kita tunggulah hari bangkitan dan perhimpunan terbesar di padang mahsyar untuk menunggu pengadilan, penghakiman, dakwa dakwi dan rayuan syufaat nabi dan pembalasan, terus ke syurga, terus keneraka atau memasuki neraka dahulu dan akhirnya berpeluang kesyurga.
Alam kubur atau alam barzah lamanya Allah yang tahu. Perasaan lama atau sekejap tentu bergantung kepada apa yang dalami, suka dan senang atau duka dan diazab.
Kalau senang tentu tak kesah lama atau sebentar, tetapi kalau di azab, dipukul dipalu, disengat binatang berbisa dan kepanasan wap neraka yang disalurkan kekuburan kita, tentu ruh tidak akan dapat bertahan. Tentu ruh akan bertempek, menangis melolong dan minta diberi peluang hidup semula di atas dunia.Tentu waktu berjalan terasa sangat lama, nak hitung pun dah tak tahu kerana tidak lagi melihat perjalanan matahari dan pusingan bumi.

Tentu apa yang dikumpulkan di
dunia dulu tak dibawa lagi, saham, kredit card, bunglow, parti dengan pengikut yang majoriti , pingat tertinggi, pengiktirafan iso tidak bermakna lagi.

Yang akan datang dan yang boleh menolongnya adalah iman yang soheh, yang benar dan betul dan amal yang soleh yang maaruf dan yang baik, solat, zikir, ibadat khusus dan umum yang memenuhi syarat ibadat . Ini saja yang dapat membantu ketika di alam ini.
Penyesalan pasti ada. Hatta yang beramalpun rasa tak cukup , kalau hidup semula tentu nak buat lebih.-isemaailhttps://www.blogger.com/profile/15215505686844622313noreply@blogger.com