Entah untuk kali keberapa saya akan terus berpenderian sebegitu, hingga datang bukti yang akurat dan gamblang [terang] - yang membuktikan paham saya adalah melencong dari kebenaran.
Malam tadi saya menegaskan kembali kepada seorang pelajar jurusan Senibina Dalaman, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Akhir dia merasakan bahawa saya adalah pengikut Ulil Absar, padahal saya tak pernah mengikut telunjuk kaum Utan Kayu, malah saya juga tak bertompok pada Jalan Telawi di Bangsar. Saya bukan beraliran Jaringan Islam Liberal. Malah bagi sesiapa yang mengenali saya, mereka mengerti bahawa saya pengikut Islam Ortodok - Fundemantal.
Saya katakan padanya: meletakkan sesuatu kultur budaya kepada Islam adalah kezaliman. Malah Islam tak boleh disangkutkan padanya sebarang bentuk rupa. Justeru menamakan "Tamaddun Islam" atau "Muzium Kesenian Islam", atau "Senibina Islam" adalah satu peletakan nama yang sedikit gelabah. Yang benar ialah "Tamaddun Arab", atau "Tamaddun Parsi", atau "Senibina Mooris". lalu saya diminta hujjah oleh beliau.
Sesungguhnya kita harus tahu, bahawa apabila disebut Islam, maka lawannya hanya ad satu iaitu Kafir atau musyrik. Tak ada yang ketiga selepas Islam dan Kafir. begitu juga tatkala para pejuang islam berhaluan kiri yang kerjanya membangkang, ketika menerangkan jenis-jenis negara dari sisi agama; negara islam, negara kafir dan kemudian mereka munculkan satu lagi jenis iaitu negara umat islam. Ini satu hal yang pelik! kerna kalu begitu, harus wujud jenis ke 4 - negara umat kafir. dan begitu juga harus wujud manusia Muslim, manusia Musyrik dan manusia yang Umat Musyrik! Justeru yang benar hanya ad 2, iaitu Islam atau Kafir.
Lalu kalau dikatakan "ini senibina Islam" maka yang tak mempunya ciri-ciri sebegitu adalah "senibina Kafir"? Kalau disebut "ini Muzium Kesenian Islam" maka yang tak ad disana adalah "muzium kesenian Kafir"? Dan terus kita akan diingtkan dengan gagasan baru oleh 3 buah negara untuk membikin kereka Muslim, yang sesetengah orang berseloroh "kereta mu'min". maka yang selama ini kita pakai adalah kereta kafir? Ini satu hal yang lucu.
Coba kita tanyakan pada para ahli hukum, apa yang Islam tunjukkan dalam seni dan apa yang dilarang? Pasti para Cendiakawan Hukum akan berkata bahwa Islam menggariskan beberapa perekara dalam seni dan menetapkan sedikit larangan, yang semuanya adalah harus. Hinggakan terwujud satu prinsim umum yang dibina oleh Ibn Taimiyyah: "Asal Adat adalah harus hingga datang dalil yang melarang".
Lalu apakah boleh kita katakan "ini seni islam" padahal Islam tak menyatkannya langsung! Malah Islam berlepas diri dari penaman sebegini.
Saya tanyakn lagi, apakah seni itu sebenarnya terbit dari bangsa Arab? atau setelah nubuwah, Muhammad s.a.w mengubahnya menjadi satu seni baru? Tetapi yang nyata baginda meneruskan seni rupa yang wujud dan menghapuskan beberapa seni yang dilarang. Kemudian apakah Rasul yang memasukkan seni kubah dan menara dalam pembinaan masid? Pastinya tidak. Kemudiannya tatkala Islam merembah ke China, sehingga kaum muslim disana membina masjid dengan senibina budaya mereka - atap genting, di cat merah - , apakh masjid itu bersenikan buddha? Kemudian penda'wah datang ke tanah kita dan mengislamkan raja-raja kita, dan kita mula bangunkan masjid dengan awan larat dan segala rupa budaya tukang kita, maka apakah yang kita bangunkan itu adalah seni Hindu-Melayu? Begitu juga saat kerajan Delhi membina Kota Agra, Taj Mahal dan banyak monumen lain yang bersenikan bangsa India, apkh boleh kita katakn semuanya adlah seni Hindu?
Lalu apakah boleh kita katakan semua ini? Pastinya tidak.
Rupanya bukan setakat itu saja kesalahan kita berhenti. Ketika kita meletakkan seni budaya Arab-Parsi sebagai "seni yang dikhatankan dan di Islamkan" maka kita telah menzalimi seluruh rupa seni yang ada di muka bumi ini dengan memberikan "kekafiran" tanpa sengaja dan tanpa sadar.
Ketika Islam membuka Turki, dan memasuki Hagya Sofia dan menukarnya dari Gereja kepada sebuah Masjid, mereka tak menukarpun seninya walau seinci, melainkan membuang tanda salib dan ciri-ciri keagaman Nasrani. Dan mereka terus beribadah di dalamnya sehingga zaman kegemilangan kerajan mereka malap. Begitu uga saat saya mengetuk butang-butang di papan kekunci ini, apakah papan kekunci ini bersenikan kekafiran?
Begitu juga sesetengah para ulama kita yang bersorban dan berjubah, kadang yang bertasbih itu akan memandang sinis pada seorang yang berkemeja dan berseluar jean. Kononnya kita telah memakia pakain yang tak bersopan, pakain bangsa kapir. Padahal ketika nubuwah, Rasul tak melucutkan jubahnya, melurutkan sorbannya, kerna jubah dan sorban itu dipakai oleh pamannya - abu jahl, dan kerna jubah dan sorban itu pakaian bangsa quraisy yang musyrik. tetapi beliau tetap memakainnya sehingga ruhnya dijemput Tuhan. Apakah Nabi telah memakai pakain kufur? pasti tidak!
Begitu juga saat seorang mat saleh yang memelok Islam di kota New York atau di kota London, apakh dia harus membuang segala pakaiannya dan menggantikannya dengan pakaian Arab? Dia harus menggantikan topinya dengan semutar dan ketayap? Rasanya tidak, malah perbuatan memakai pakain pelik di kalangan masyarakat setempat adalah terlarang andai membawa fintah.
Sesungguhnya Islam tak pernah memberi satu bentuk pakaian sahaja, yang diberi petunjuk hanyalah prinsip-prinsip berpakain, sehingga dengan itu seluruh umat Islam mendapat keluasan dan kesenangan dalam berbusana. Yang pasti, kita tak harus mencerca pakain orang lain, malah adalah terlarang menghinakan pakaian Baginda.
Kemudian kesalahan kita makin membesar sehinggakan kita menamakn tamadun Arab dan Parsi itu sebagai Tamadun Islam. Tetapi kita berlaku curang dengan menamakn Tamadun Hindu dengan "Indus", tamadun Budha-Cunfusius dengan "Tamadun China", tamadun Nasrani dengan "Barat".
Apa alasan kita untuk berbuat begitu? Saya masih ingat ketika saya mempersoalkan penaman ini kepada pensyarah saya. Dia [guru saya] menegaskan bahawa hanya Islam yang melahirkan Tamaddun. Ini satu hal yang tak benar. Kalau kita suka meneliti, bahawa segal tamaddun silam lagir dari semangan religus, yang mereka semua ingin memenuhi kehendak tuhan lalu mereka bangunkan biara, mereka merenung bulan, membuat segala alat dan teknik serta tercipta segala ilmu.
Kemudiannya, kalaulah itu berupa tamaddun Islam, maka harus bagi setiap negara yang menjadi negara Islam memiliki teknologi dan ilmu yang serupa. kalau tidak pun, yang hampir sama. Kerana kita telah menetapkan bahawa tamaddun ini di bina atas pondasi Islam. Tetapi kelihatannya; ilmu, teknologi, alat, serta kehebatan itu hanya ada dalam ruang lingkup sesuatu kerajaan - bangsa - geografi sahaja. justeru bagaimana mahu kita jelaskan kepada dunia akan kalimat "Tamaddun Islam" dan penafian kepada tamaddun agama lain?
Justeru kalimat yang pas adalah Tamaddun itu harus dinasabkan kepad kerajan yang tertegak, atau kepada bangsa yang membina tamaddun itu semata-mata, tanpa harus di'bin'kan kepada sebarang agama.
Sesunguhnya para cerdik pandai kita telah bersikap gelojoh saat mengatasnamakn Islam kepada Kesenian dan Ketamddunan. Sehingga penaman itu tak memiliki hujjah yang kuat dan mereka terpaksa berputar-putar untuk mengukuhkan kehujjahan mereka.
Kita tak harus berasa malu kalu kita melepaskan nama "Islam" pada seni atau budaya atau tamaddun. kerna Islam tetap milik kita. Malah bangsa kita ini banyak sangat berkhayal hal-hal silam yang tak memberi kita sebarang kemajuan pikir dan kemajuan kebendaan.
Tak perlulah terlalu banyak lolucon dalam sikap beragama. Sehingga mungkin kaum sufi yang menuhankan Jalaluddin Rumi akan berkata: Tarian kami ini adalah tarian Islami - seni Islam.
Yang kita harapkan ialah kita beragama dengan Islam yang suci tak terkontaminasi. Kita isolirkan khurafat-khurafatan dan tahyul-tahyulan.
Dan saya akan terus berbicara hal ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment