sekelompok cerdik pandai kita macam tersergah puntianak di siang hari lakunya. ketakutan sehingga berbeliak anak mata. hampir terjojol keluar.
kedengarannya agak lucu, tapi ini benar. semua gara-gara kerana satu kalimat, yang kalimat itu tak lebih dari 5 huruf. tapi dek kerana cerdik pandai kita ini berpikir jauh maka kerna 5 huruf itu lah mereka bertekun-tekun meggubal satu undang2 buat digunapakai oleh satu negara - 25 juta manusia.
maka setelah itu siap sedia satu hukum, bahawa kalimat yang satu itu khusus untuk kaum mereka semata. andai kaum lain menggunakannya maka boleh ditangkap, disumbat dalam penjara dan disiksa, atau dibayar denda dengan sejumlah wang yang besar.
lantas kepada sekian cerdik pandai itu ditanya alasannya. maka jawabannya mudah. bahawa "Allah" itu khusus untuk kaum Islam. kalaulah kalimat Allah itu nanti digunapakai dalam Injil, Veda dan ajaran-ajaran lain, nescaya banyaklah manusia muslim itu akan murtad. padahal perbedaan allah, tuhan, rab, loard, god, hampir tiada, tetapi apabila dikenang bahawa apabila kalimat Lord atau God atau Tuhan itu diganti dengan Allah, maka nanti lama kelamaan manusia muslim itu akan terpengaruh dengan ajaran agama lain, dan akhirnya nanti apabila telah lama didengungkan dan disajikan dengan nama Allah, manusia muslim tadi akan meninggalkan Islam dan menjadi murtad.
ini alasannya. ini kata cerdik pandai kita.
tapi rupanya ada orang yang tak bersetuju dengan cerdik pandai kita.
kata orang bodoh pandir kita bahawa tindakan mengharamkan kalimat Allah dalam injil, serta buku2 agama lain merupakan langkah kebelakang. malah tak ada negara yang berbuat seperti itu melainkan negara ini. dan kemudian dengarnya nanti USA juga akan berbuat demikian - mengharamkan umat muslim menggunakan kalimat God sebagai ganti Allah.
sebenarnya tindakan pengharaman ini berupa tindakan pelik. dan ia tak pernah dipikir orang yang bodoh pandir, mungkin ia hanya wujud dalam otak para cerdik pandai sejemput itu sahaja. bagaimana tak dikatakan pelik, kerna mereka yang mahu menukar kalimat god kepada Allah, maksudkan tuhan yang menciptakan itu Allah juga. malah dalam kitab suci kita pun telah Allah nyatakan bahawa para kaum lain memang mengakui Dia sebagai pencipta. lalu apakah daya kita sebagai pengikut Allah, mengharamkan sesuatu yang Dia halalkan? dan apa hak kita untuk berbuat demikian?
seolah-olah kaum kita ini mahu meng"ekslusifkan" Allah itu khas untuk kita, buddha untuk kaum budhis, jesus untuk kaum salibi. maka akhirnya jadilah Allah itu tuhan untuk satu kaum sahaja, tak universal. malah ia lebih hampir seperti keinginan kaum melayu untuk punya tuhan sendiri, seperti meniru kaum lain yang punya tuhan dengan wajah dan rupa seperti mereka.
kalau kaum india punya tuhan perut buncit, warna biru, misai panjang, bajunya pun baju bangsa india, sementara kaum cina punya dewa-dewi yang matanya sepet, kulit kuning langsat, bajunya pun baju orang cina, maka sudah tiba rasanya bagi kaum melayu punya tuhan khusus bagi melayu - Allah. mereka mau jadikan allah hak milik bangsa melayu. padahal amat jauh bedanya antara tuhannya kaum india dan tuhannya kaum cina dengan tuhannya kaum muslim. mereka menjelmakan tuhan dari pemikiran mereka, kerna itulah tuhan itu berbentuk seperti mereka - manusia berbangsa. dan mereka tak mahu tuhan yang mereka ciptakan dari imijinasi mereka itu menyerupai bangsa lain, dan mereka tak mahu tuhan itu tak berbaju selain dengan baju mereka. tetapi allah berupa tuhan yang bukan lahir dari imijinasi, melainkan dari wahyu, dan allah tak layak mengambil rupa makhluk Dia sendiri.
justeru apabila allah sendri nyatakan dalam al quran bahawa para musyrikin juga akan mengaku Dia sebagai pencipta, dan Allah juga tak menghalang para kaum lain untuk menyebut namanya kerna memang mereka maksudkan Dia, maka sudah pasti ia berupa hal yang banyak manafaatnya kepada sekelian manusia.
ketika seorang sami atau paderi mengatakan bahawa mereka menyembah allah, dan kita juga menyembah allah, maka kita telah bersetuju kepada satu asas, iaitu kita menyembah tuhan yang sama, lantas ia akan menimbulkan rasa kebersamaan yang akan memberi ruang selesa kepada satu persoalan baru: apakah cara ibadah sebegitu yang dituntut oleh tuhan Allah? dan apakah yang diimani tentang tuhan yang satu itu benar ataupun menyeleweng?
dan kegusaran yang menyarang dalam pikiran cerdik pandai kita itu pun tak berasas. kalaulah takutkan penukaran God kepada Allah akan membawa kepada manusia mudah murtad, maka patutlah kita memadam perkataan yahudi dan nasrani dalam al quran, dengan harapan manusia muslim yang membaca kitab suci kita tak akan terdorong menjadi murtad. tapi apakah penyebab mereka tak terfikir hal ini.
justeru kita mengharapkan agar para cerdik pandai ini kadang-kadang harus berpikir seperti kita - para bodoh pandir.
Friday, January 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Nama Allah adalah nama tuhan untuk semua, yang menjadikan dan mematikan.
yang menjadi gusar bukan penggunaan perkataan Allah untuk manusia lain selain Islam, tetapi yang gusarnya adalah kesungguhan pendakwah agama lain mendakahwahkan agama meraka dengan begitu lancang, berani dan agresif hingga menggunakan bahasa kaum kita . Ini tentu akan mengundang pembaca dari budak melayu yang tidak atau kurang faham membaca bible dalam bahasa inggeris, cuba berjinak dengan kitab tersebut.
Sebenarnya ia adalah menjadi cabaran kepada pendakwah Islam supaya bertakwah mempertahankan serangfan ini bahkan agresif keluar berdakwah . Apa yang ditakutkan kalau kita yakin kita dalam kebenaran dan hak. Ini dianjurkan oleh Allah supaya kita mencabar gulungan sesat supaya membukti kebenaran dakwaan meraka, supaya kita boleh berdailog secara aman dan tertib dan masing-masing bebas membuktikan keyakinan masing2.
Post a Comment