Wednesday, April 02, 2008

Rusaknya Akhlaq Dibidani Agamawan

Abu Hamid Al Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:
Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan


Inilah apa yang Ustazah Siti Aisyah ajarkan kepada saya saat sampai pelajaran PUASA. Bilang dia, maqam yang paling tinggi adalah maqam ke3, kerna semua para wali Allah berada di maqam itu. Malah seluruh para nabi dan rasul, yang mereka itu adalah utusan Allah, yang mendapat wangsit dari langit berupa wahyu suci, berada di dalam maqam "khusus yang khusus".

Bicara Ustazah yang berkaca mata itu: "Manusia harus menuju ke maqam yang ke 3 itu kerna itulah maqam penyempurnan amal puasa. Jangan masih menunggu di tahap awam. Itu tandanya tiada perubahan dalam beragama, tak berhasil menjadi manusia yang berguna. Sepanjang 40 tahun kita berpuasa, apakah masih juga terjelepuk di lopak puasanya orang awam?".

Bukan saja puasa, malah ibadah yang lain juga harus persis ibadah sang wali, malah lebih bagus sehingga menggapai seperti ibadah sang rasul dan nabi. Perbuatan harus dipusatkan kepada kesempurnaan amalan, dan yang diamalkan harus disempurnakan dengan hati - ikhlas dan khusyu'.

Ini adalah intipati pengajaran Tasawuf: Jalan Menuju Pengabdian Kepad Ilahi.
Tetapi yang peliknya, kalau benar pondasi Islam itu di dokong dengan 3 juzuk - Aqidah - Ibadah - Tasawuf, maka mengapa harus mewabak kebejatan manusia di kalangan orang yang bersyahadah?

Apakah amal lahiriyah mereka yang tak terlaksana hingga ikhlas dan khusyu' tak menjelma? Natijahnya mereka menjadi bangsat dan busuk. Atau kegagalan para "Tokoh Hati" untuk mengurusi kalbu-kalbu umat manusia sehingakan mereka itu lalai dan alpa? Persoalan ini kita tinggalkan sebentar.

Kita harus merenung sebentar, tatkal kita mau berbicara tentang amalnya para wali, malah amalnya para nabi. Mungkin kita akan berkata bahawa seorang manusia yang Allah angkat menjadi Rasul, pasti dia punya kekuatan untuk menjadi baik, memusatkan pandangan dan menjelmakan kekhusyukan. Tapi kita ini manusia biasa.

Maka kalau begitulah getus hati kita, seharusnya kita mengambil patokan yang paling agung sesudah Nabi, iaitu para manusia biasa juga seperti kita, tetapi darjatnya adalah setinggi-tinggi para wali - itulah sahabat nabi.

Maknanya kita harus mengambil mereka - sahabat - sebagi idola dalam mengharungi hidup ini. Ketika itu, dalam menuju kepada martabat yang sudah mereka berada, kita akan menjumpa beberapa persoalan yang dilontarkan, antaranya adalah apakah yang menghantar mereka itu ke darjat yang sedemikian rupa? Banyakkan amal sunnah atau banyakkan amalan tambahan - bid'ah hasanah.

Selesai saja solan ini dilontarkan, maka para agamawan pun terdiam kaku. "Bagaimana harus dijawab" bisik mereka.
Mereka - sang agamawan menyedari bahawa Umar ra hanya melakukan 1 bid'ah sahaja sepanjang hayat, itupun sebenarnya sudah dicontohkan juga oleh Nabi sebelum itu. Solat Lail tika Ramadhan secara berjamaah.
Mereka juga mengetahui bahawa Uthman melakukan 1 sahaja bid'ah iaitu menjadikan bilangan azan jumaat kepada 2, tetapi dalam pada itu mereka juga mengerti bahawa Nabi telah mengatakan bahawa amalan khalifah ini adalah "sunnah".
Tetapi kita andaikan bahawa perkiraan mereka mengenai amal 2 orang khalifah ini tergolong sebagai "bid'ah hasanah". Maka kita dapati bahawa sahabat nabi hanya melakukan 1 amal bid'ah dalam hidup mereka. Hanya 1!

Baiklah, kita melihat pula kepada Imam mazhab kita, Imam Syafi'e. KIta semak amlannya. maka kita tak menjumpai sebutir pun amal bid'ah hasanah. Kita sedia mengetahui sang imam ini ada membahagikan did'ah kepad 2, bid'ah yang baik dan bid'ah yang keji. Tetapi ironis nya ialah sang imam tidak memberikan contoh-contoh bid'ah hasanah itu sepertimana yang kita imani seperti hari ini!

Kita beralih kepada Imam Nawawi, Ibn Hajar Asqalani, Izz Abdus Salam, Ibn Katsir, Imam Suyuti dan banyak lagi, kita tanyakan pada mereka "Apakah amal bid'ah hasanah yang telah engkau sang imam lakukan?", nescaya mereka terdiam tak bersuara, kerna mereka tak melakukannya walau sebutir mengikut kesadaran mereka. Justeru bagaimana mereka mau menjawab? Yang pasti mereka serentak akan berkata: "Kami tak melakukannya secara kami sadar. Kalau ada, itu diluar pengetahuan kami".

Sesudah berlaku monolog dan dialog ini, kita sampai kepad satu tingkatan ilmu, iaitu ilmu kesadaran; bahawa semakin tinggi maqam seseorang itu, maka semakin kurang amalnya terkontaminasi dengan amal bid'ah hasanah. Malah apabila semakin kurang "amal rekaryasa" nya, maka semakin amal itu mendekati amal yang dilakukan oleh nabi - amalan sunnah. Justeru ia dapat disilmpulkan dengan satu matematik yang mudah; semakin banyak amal sunnah maka semakin hampir kepada maqam sahabat, dan juga semakin banyak amal bid'ah hasanah maka semakin kurang amal sunnah.

Saudaraku, apakah masih ingat bicara Abu Hamid al Ghazali dan guru saya Ustazah Siti Aisyah? Mereka membeberkan amal tingkatan manusia. Apa matlamat saya meletakkan pembahagian puasa oleh Abu Hamid Al Ghazali di permulan tulisan ini?

Nah! Kalau begitu, para agamawan seharusnya menyeru manusia kepada maqam khusus yang khusus, bukan sahaj dalam puasa, malah dalam setiap hal agama. Maqamnya Umar, maqamnya Uthman, maqamnya Imam Syafie, Imam Nawawi, Izz Abdus Salam, Ibn Katsir, Ibn Hajar: mengurangkan aml bid'ah hasanag dan membanyakkan aml yang secocok dengan sunnah.

Lalu kita tanyakan pada pak Uthman Muhammadi, Zamihan, Abu Syafiq, malah para ustaz-ustaz kita:

"Apakah ada tuan mengajak manusia untuk melalukan amal persis seperti amal nabi?".

Maka serentak mereka menjawab:

"Tiada".

Kita tanyakan lagi:

"Justeru apa yang kamu anjurkan?".

Mereka dengan bersemangat menjawab:

"Kami anjurkan manusia untuk membanyakkan amal, dengan melakukan amal bid'ah hasanah".

Lantas kita terus menyoal mereka:

"Bukankah amal para sahabat itu, kurang bid'ah, yang dengannya mereka mampu meraih maqam siddiqin, golongan kanan, yang mereka adalah, setinggi-tinggi wali? Justeru mengapa tuan-tuan mengajak manusia untuk terus tetap di maqam orang awam - iaitu maqam dimana manusia banyak melakukan amal bid'ah hasanah?".

Maka terdiam seluruh para agamawan. Selama ini aqal mereka menutupi dari berfikir waras. Ilmu mereka menggiring mereka untuk tidak mahu mengkaji, dan keta'suban mereka membutakan hati nurani mereka.

Justeru, rosaknya nilai manusia hari ini, dengan busuknya perilaku kita, adalah kerana para ustaz kita senantiasa mahu kita tetap terus berada di maqam manusia awam. Sesungguhnya mereka - para agamawan - lah yang membikin kita bobrok akhlaq!

No comments: