Monday, April 07, 2008

Fitna: Pandangan Sufi Terhadap Jihad

Dalam minggu terakhir ini; lebih kurang 2 pasang minggu - kesebokan dan kesengajaan untuk tidak menulis menular bagai wabak ke dalam diri ini. Sehingga lah kehangatan filem fitnah hilang akibat digandi dengan sebuah obor yang bawa lari keliling dunia.

Akhirnya kemarahan manusia muslim itu luput dengan api sejemput.

Walau bagaimana pun, ketika api itu hampir benar berlegar-legar di Malaysia, sejumlah tok kyai agama Budha dari Tibet membuat rusuhan. Habis dibakar gedung dan mereka berarak ke jalan sambil membaling batu dan segala macam benda. Masyarakat gempar, kerajaan China tersentak, dunia terhenti sejenak untuk mendengar luahan hari sang sami yang botak-botakan semuanya.

Ini cerita sang sami yang tidak memakai kasut, yang mengasihani makhluk bernyawa, yang tidak akan membunuh, apatah lagi menjamah seekor ikan, yang zuhud dan tawadduk, akhirnya memberontak - ini cerita Dalai Lama, tokoh spriritual Tibet. Ini juga cerita tentang manusia yang agamawan yang merasa sengsara ditindas oleh sebuah kerajaan. Tapi ini bukan cerita kerana Tuhan, atau cerita tentang agama.

Kemudain saya termenung sejenak; memikir bahwa dalam agama ini juga ada manusia sebegitu. satu kaum yang memakai pakaian bulu, yang coba untuk tidak memelok dunia, yang kadang-kadang hanya memakan tepung dan gandum, yang hantinya coba untuk mendekatkan diri hanya kepada tuhan. Dia sang pemaaf, yang tiada kemaluan, yang tiada nafsu dan kehendak, melainkan dia senantiasa menuju kepada tuhan.

Tetapi ketika ayat Tuhan yang mereka tuju itu diminta mansuh, mereka tiada berasa apa-apa. mereka tenang seperti air, malah mereka tidak coba berlagak seperti para agamawan yang botak tadi.

Akhirnya saya mengerti mengapa para sufi bersikap begitu; hanya kerna mereka telah menyatu dengan tuhan lalu tidak memerlukan lagi al quran! Apa gunanya al quran andai mereka telah bersama-sama Allah dalam penghidupan? Allah adalah mereka - dan mereka adalah Allah. Apa yang mereka katakan itu berupa kalam Tuhan, dan apa yang Tuhan katakan itu pasti keluar dari kerongkong mereka.

Yang ada dalam helaian kitab itu adalah satu ungkapan dari manusia yang telah kojol. Ya, seperti hadith, yang diambil oleh orang zahir dari manusia yang telah kojol, dari yang kojol. Sedangkan mereka para sufi mendapat ilmu terus dari Tuhan yang telah menyusup dalam darah mereka.

Begitu juga mereka tidak marahkan kaum kuffar ketika kaum kuffar menghinakan Al Quran, kerna apabila mereka sampai pada peringkat wahdatul wujud dengan kacamata wahdatul syuhud, yang ada hanyalah Allah semata-mata. Yang menonggeng itu adalah Allah, yang berak iti juga adalah Allah, yang tengah menyalah itu pun Allah, dan yang tengan merampok dan merogol itu pun Allah.

Begitu juga diri mereka adalah Allah. Maka yang sedang bikin filem dan yang sedang menghinakan Al Quran itu pun Allah juga. Maka apakah yang harus dipusing-pusingkan kalau seorang Allah mahu memansuhkan ayat Allah yang telah berusia ribuan tahun? Itu wajar diterima dengan tenang.

Maka ketika seorang sufi sampai pada peringkat uzlah, maka mereka harus untuk mengosongkan diri dari sebarang hal-hal dunia, kerana itulah para sufi yang menempat di gua-gua tak akan mendengar khabar bahawa Al Quran sedang diminta mansuh, malah kalau dengar pun, mereka tak akan berbuat apa-apa, kerna saat itu mereka harus melarikan diri dari hal-hal dunia.

Kerana itulah ketika perang Salib meletus, yang mana umat Islam memerlukan dokongan wang, senjata, tenaga, dan fatwa, Abu Hamid Al Ghazali terberosok dalam gua dengan meratib merabannya yang panjang. Dia tak hiraukan nyawa manusia Muslim dan dia tak hiraukan kalau Salahuddin Ayub tumpas dan islam tabrak. Baginya, manusia yang menganut Islam tidak lah berharga, kalau semuanya manusai muslim hapus dan tiada seorang pun menganut Islam, itu tidak mengapa.

Maka begitu juga ketika seorang sufi mendengar dan menonton filem ini, mereka harus bersabar dan menahan diri dari nafsu ammarah dan gelojak jahat dalam diri. kerna bagi mereka, ini adalah dugaan yang Tuhan berikan dan mereka harus lolos dengan hati yang tenang.

Justeru, setiap peringkat sang sufi itu, akan menjurus kepada tiada jihad, yang ada bagi mereka hanyalah jihad melawan nafsu sendiri.

Wednesday, April 02, 2008

Rusaknya Akhlaq Dibidani Agamawan

Abu Hamid Al Ghazali dalam bukunya Ihya al-'Ulumuddin telah membahagikan puasa itu kepada 3 tingkatan:
Puasanya orang awam (shaum al-'umum): menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa seperti makan dan minum.
Puasanya orang khusus (shaum al-khusus): turut berpuasa dari panca indera dan seluruh badan dari segala bentuk dosa.
Puasanya orang istimewa, super khusus (shaum al-khawasi al-khawas): turut berpuasa 'hati nurani', iaitu tidak memikirkan sangat soal keduniaan


Inilah apa yang Ustazah Siti Aisyah ajarkan kepada saya saat sampai pelajaran PUASA. Bilang dia, maqam yang paling tinggi adalah maqam ke3, kerna semua para wali Allah berada di maqam itu. Malah seluruh para nabi dan rasul, yang mereka itu adalah utusan Allah, yang mendapat wangsit dari langit berupa wahyu suci, berada di dalam maqam "khusus yang khusus".

Bicara Ustazah yang berkaca mata itu: "Manusia harus menuju ke maqam yang ke 3 itu kerna itulah maqam penyempurnan amal puasa. Jangan masih menunggu di tahap awam. Itu tandanya tiada perubahan dalam beragama, tak berhasil menjadi manusia yang berguna. Sepanjang 40 tahun kita berpuasa, apakah masih juga terjelepuk di lopak puasanya orang awam?".

Bukan saja puasa, malah ibadah yang lain juga harus persis ibadah sang wali, malah lebih bagus sehingga menggapai seperti ibadah sang rasul dan nabi. Perbuatan harus dipusatkan kepada kesempurnaan amalan, dan yang diamalkan harus disempurnakan dengan hati - ikhlas dan khusyu'.

Ini adalah intipati pengajaran Tasawuf: Jalan Menuju Pengabdian Kepad Ilahi.
Tetapi yang peliknya, kalau benar pondasi Islam itu di dokong dengan 3 juzuk - Aqidah - Ibadah - Tasawuf, maka mengapa harus mewabak kebejatan manusia di kalangan orang yang bersyahadah?

Apakah amal lahiriyah mereka yang tak terlaksana hingga ikhlas dan khusyu' tak menjelma? Natijahnya mereka menjadi bangsat dan busuk. Atau kegagalan para "Tokoh Hati" untuk mengurusi kalbu-kalbu umat manusia sehingakan mereka itu lalai dan alpa? Persoalan ini kita tinggalkan sebentar.

Kita harus merenung sebentar, tatkal kita mau berbicara tentang amalnya para wali, malah amalnya para nabi. Mungkin kita akan berkata bahawa seorang manusia yang Allah angkat menjadi Rasul, pasti dia punya kekuatan untuk menjadi baik, memusatkan pandangan dan menjelmakan kekhusyukan. Tapi kita ini manusia biasa.

Maka kalau begitulah getus hati kita, seharusnya kita mengambil patokan yang paling agung sesudah Nabi, iaitu para manusia biasa juga seperti kita, tetapi darjatnya adalah setinggi-tinggi para wali - itulah sahabat nabi.

Maknanya kita harus mengambil mereka - sahabat - sebagi idola dalam mengharungi hidup ini. Ketika itu, dalam menuju kepada martabat yang sudah mereka berada, kita akan menjumpa beberapa persoalan yang dilontarkan, antaranya adalah apakah yang menghantar mereka itu ke darjat yang sedemikian rupa? Banyakkan amal sunnah atau banyakkan amalan tambahan - bid'ah hasanah.

Selesai saja solan ini dilontarkan, maka para agamawan pun terdiam kaku. "Bagaimana harus dijawab" bisik mereka.
Mereka - sang agamawan menyedari bahawa Umar ra hanya melakukan 1 bid'ah sahaja sepanjang hayat, itupun sebenarnya sudah dicontohkan juga oleh Nabi sebelum itu. Solat Lail tika Ramadhan secara berjamaah.
Mereka juga mengetahui bahawa Uthman melakukan 1 sahaja bid'ah iaitu menjadikan bilangan azan jumaat kepada 2, tetapi dalam pada itu mereka juga mengerti bahawa Nabi telah mengatakan bahawa amalan khalifah ini adalah "sunnah".
Tetapi kita andaikan bahawa perkiraan mereka mengenai amal 2 orang khalifah ini tergolong sebagai "bid'ah hasanah". Maka kita dapati bahawa sahabat nabi hanya melakukan 1 amal bid'ah dalam hidup mereka. Hanya 1!

Baiklah, kita melihat pula kepada Imam mazhab kita, Imam Syafi'e. KIta semak amlannya. maka kita tak menjumpai sebutir pun amal bid'ah hasanah. Kita sedia mengetahui sang imam ini ada membahagikan did'ah kepad 2, bid'ah yang baik dan bid'ah yang keji. Tetapi ironis nya ialah sang imam tidak memberikan contoh-contoh bid'ah hasanah itu sepertimana yang kita imani seperti hari ini!

Kita beralih kepada Imam Nawawi, Ibn Hajar Asqalani, Izz Abdus Salam, Ibn Katsir, Imam Suyuti dan banyak lagi, kita tanyakan pada mereka "Apakah amal bid'ah hasanah yang telah engkau sang imam lakukan?", nescaya mereka terdiam tak bersuara, kerna mereka tak melakukannya walau sebutir mengikut kesadaran mereka. Justeru bagaimana mereka mau menjawab? Yang pasti mereka serentak akan berkata: "Kami tak melakukannya secara kami sadar. Kalau ada, itu diluar pengetahuan kami".

Sesudah berlaku monolog dan dialog ini, kita sampai kepad satu tingkatan ilmu, iaitu ilmu kesadaran; bahawa semakin tinggi maqam seseorang itu, maka semakin kurang amalnya terkontaminasi dengan amal bid'ah hasanah. Malah apabila semakin kurang "amal rekaryasa" nya, maka semakin amal itu mendekati amal yang dilakukan oleh nabi - amalan sunnah. Justeru ia dapat disilmpulkan dengan satu matematik yang mudah; semakin banyak amal sunnah maka semakin hampir kepada maqam sahabat, dan juga semakin banyak amal bid'ah hasanah maka semakin kurang amal sunnah.

Saudaraku, apakah masih ingat bicara Abu Hamid al Ghazali dan guru saya Ustazah Siti Aisyah? Mereka membeberkan amal tingkatan manusia. Apa matlamat saya meletakkan pembahagian puasa oleh Abu Hamid Al Ghazali di permulan tulisan ini?

Nah! Kalau begitu, para agamawan seharusnya menyeru manusia kepada maqam khusus yang khusus, bukan sahaj dalam puasa, malah dalam setiap hal agama. Maqamnya Umar, maqamnya Uthman, maqamnya Imam Syafie, Imam Nawawi, Izz Abdus Salam, Ibn Katsir, Ibn Hajar: mengurangkan aml bid'ah hasanag dan membanyakkan aml yang secocok dengan sunnah.

Lalu kita tanyakan pada pak Uthman Muhammadi, Zamihan, Abu Syafiq, malah para ustaz-ustaz kita:

"Apakah ada tuan mengajak manusia untuk melalukan amal persis seperti amal nabi?".

Maka serentak mereka menjawab:

"Tiada".

Kita tanyakan lagi:

"Justeru apa yang kamu anjurkan?".

Mereka dengan bersemangat menjawab:

"Kami anjurkan manusia untuk membanyakkan amal, dengan melakukan amal bid'ah hasanah".

Lantas kita terus menyoal mereka:

"Bukankah amal para sahabat itu, kurang bid'ah, yang dengannya mereka mampu meraih maqam siddiqin, golongan kanan, yang mereka adalah, setinggi-tinggi wali? Justeru mengapa tuan-tuan mengajak manusia untuk terus tetap di maqam orang awam - iaitu maqam dimana manusia banyak melakukan amal bid'ah hasanah?".

Maka terdiam seluruh para agamawan. Selama ini aqal mereka menutupi dari berfikir waras. Ilmu mereka menggiring mereka untuk tidak mahu mengkaji, dan keta'suban mereka membutakan hati nurani mereka.

Justeru, rosaknya nilai manusia hari ini, dengan busuknya perilaku kita, adalah kerana para ustaz kita senantiasa mahu kita tetap terus berada di maqam manusia awam. Sesungguhnya mereka - para agamawan - lah yang membikin kita bobrok akhlaq!