Thursday, January 31, 2008

Ibadah Haji Sudah Tak Wajib Pada Setiap Mukallaf

Yang Paham akan ilmu fikih mungkin akan mengerti. Kalau tidak paham, maka takut tersesat imannya. Kerna mauduknya yang sedang kita bahas ini besar - berat dan rungsing. Dan bahasanya berbelit, kerna orang yang selalu berfikir begini memang suka belit belitan.

Jadi mengikut kaedahnya; kalau sudah uzur, maka yang tamam - sempurna - itu akan menjadi rukhsah - keringanan. Yang solat 4 rakaat itu secara berdiri menjadi duduk, yang duduk boleh baring, yang dah terbaring boleh gerakkan tangan, kalau tak mampu, kejip kelopak mata pun tak apa, sudah dianggap bersolat.

Kemudian kaedahnya yang seterusnya berkata; kalau sudah di luar batas waktunya, maka terangkat kewajibannya. Kalau sudah berlalu waktu Ramadhan, maka sudah tiada lagi puasa ramadhan. Kalau sudah menjelang Solat Eid, maka tiada lagi boleh berzakat. Begitu juga yang dinamakan puasa itu ialah menahan lapar dan dahaga, sedari terbit fajar hingga terbenam mentari. Tetepi, kalau hilang lenyap mentari sehingga tiada terang lagi maka kewajiban berpuasa terangkat sudah.

Begitulah antara kaedah yang kita pahami secara ringkas dalam ilmu fikih. Tetapi tanpa kita sadar, ada beberapa kewajiba yang telah terangkat kerna hukumnya telah tak sempurna, namum kita masih juga bertekun untuk menunaikannya.

Yang kita takut bukannya kerja kita menjadi sia-sia, tetapi mendapat dosa, azab dan neraka, dan ditambah membuang masa serta harta.

Itulah yang kita lihat saban tahun banyaknya manusia hanyut dalam ibadah yang sebenarnya sudah tak terwajib diatas pundah mereka. Mereka bersungguh-sungguh menyimpan uang, kemudian membeli kain putih, malah ada yang meminjam, kemudian mereka berkumpul ramai-ramai bergerombolan, sama-sama naik pesawat menuju ke Saudi - semuanya mau kerjakan Haji. Padahal ibadah haji itu telah tak bermakna buat umat Islam, lantaran kewajibannya sudah tiada lagi.

Terkejut? Sabar. Sadar.

Kaedahnya mudah, seperti yang telah kita nyatakan diatas tadi.

Pertama bahawa Kaum Wahhabi itu kaum yang sesat. Dikatakan oleh sekian banyak ulama ahlus sunnah bahawa kaum Wahhabi itu pengikut Ibn Taimiyyah yang tersesat dalam 12 hal. Antara yang menyesatkan ialah Syeikh Hasan as Saqqaf, Al Kautsari, Kabbani, Nuruddin albanjari, Uthman El Muhammadi.

Malah ada syeikh yang mengkafirkan kaum Wahhabi, seperti Syeikh Abdullah Al Hariri al Ahbashi dan pengikutnya di Malaysia seperti Abu Syafiq.

Justru apakah wajar kita kaum Ahlus Sunnah yang lurus pemahamnya mengikuti acara agama kaum yang sesat dan menyesatkan itu? Tak pantas seorang yang rosak aqidahnya, yang aqidah mereka seperti kaum Yahudi, menjadi imam kita dalam mengerjakan solat, menjadi khatib, menentukan amal ibadah kita, peraturan hidup kita dan menghalangi kita menyujud di kuburan nabi, mengambil barakah di kelambu ka'bah, mencium tiang-tiang masajid, mengambil pasiran al haram, meraung dan meratap di kuburan suci. Sungguh ini satu hal yang tak harus kita diperlakukan dan sungguh kita tak harus mengikut mereka dalam menentukan sikap beragama kita. Kerna mereka kaum yang sesat dan menyesatkan.

Apakah orang buta mampu menunjuki jalan kepada yang celik?

Keduanya: bahawa kaum wahhabi itu suka merobah kitab kitab ulama silam sehingga dengan perobahan itu akan membenarkan aqidah mereka yang sesat itu. Lalu ketika gerombolan kaum sunni kita mendarat di bandara - lapangan terbang - maka mereka terus menerus menyodorkan kepada kita kitab-kitab karangan mereka, yang diisi dengan kalam-kalam ulama silam yang telah mereka rubah. Maka bagi orang yang tak memahami agama, maka mereka akan terpujuk dan menjadilah seorang wahhabi baru, dan kembali ke tanah air sehingga membawa paham yang baru. Lalu tersebarlah pula ajaran sesat itu di segenap penjuru dunia sunni.

Kemudian dari masalah yang sama juga, mereka memberikan kepada kita al quran secara gratis - percuma -, yang sebenarnya mereka telah mengubah al quran itu sedikit-sedikit, seperti menukar baris, menggantikan hurus "lam" kepada "waw".

Maka apakah harus kita biarkan kaum Umat Islam tersesat dan terpengaruh dengan paham yang keji ini?

Justeru kita harus menghalangi kaum kita untuk menunaikan haji.

Ketiga; bahwa sesungguhnya tempat-tempat dalam haji itu yang terlibat ialah Mina, Arafah, Masjidil Haram - Ka'bah, Safwah dan Marwah. Tetapi oleh kerana kekejian Wahhabi itu, mereka telah mengubah miqat, membesarkan arafah dan mina; padahal kesemua tempat itu kecil lalu mereka perbesarkan supaya kita tak berada ditempat sebetulnya sehingga ibadah kita tidak sah.

Malah kekejian mereka tak terhenti setakat itu, mereka mengubah tempat sebenar Ka'bah dan meletakkannya di tempat yang kita lihat sekarang. Maka sekarang ini kita tak bertawaf di ka'bah yang berada di zaman dahulu lagi.

Coba bayangkan, dengan bantuan sekutu mereka USA, mereka mengubah Ka'bah hanya dalam 1 malam sahaja. Kerana itulah kita tak sadar dan kita perasan.

Kemudiannya, mereka membubuh ubat dalam air zam-zam untuk menyebabkan manusia Islam lain bodoh dan totol, sehingga menerima ajaran mereka. Maka banyaklah umat kita yang menjadi dungu dan bahalul kerana terminum air zam-zam yang bercampur ubat pelali.

Lalu, apakah ada alasan lagi untuk tetap membebankan kefarduan Haji kepatas setiap jiwa muslim yang sunni pada hari ini? Padahal kerosakan yang akan mereka dapat lebih buruk dan sesungguhnya tempat-tempat ibadah haji itu sendiri telah berubah sehinggakan tak terpenuh syarat untuk menunaikan ibadah haji.


[makasih kepada saudaraku; Ahmad Tajjuddin al haj kerna memberi aku ide untuk tulisan kali ini]

Thursday, January 24, 2008

Kekafiran Dalam Kesenian Dan Ketamaddunan

Entah untuk kali keberapa saya akan terus berpenderian sebegitu, hingga datang bukti yang akurat dan gamblang [terang] - yang membuktikan paham saya adalah melencong dari kebenaran.

Malam tadi saya menegaskan kembali kepada seorang pelajar jurusan Senibina Dalaman, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Akhir dia merasakan bahawa saya adalah pengikut Ulil Absar, padahal saya tak pernah mengikut telunjuk kaum Utan Kayu, malah saya juga tak bertompok pada Jalan Telawi di Bangsar. Saya bukan beraliran Jaringan Islam Liberal. Malah bagi sesiapa yang mengenali saya, mereka mengerti bahawa saya pengikut Islam Ortodok - Fundemantal.

Saya katakan padanya: meletakkan sesuatu kultur budaya kepada Islam adalah kezaliman. Malah Islam tak boleh disangkutkan padanya sebarang bentuk rupa. Justeru menamakan "Tamaddun Islam" atau "Muzium Kesenian Islam", atau "Senibina Islam" adalah satu peletakan nama yang sedikit gelabah. Yang benar ialah "Tamaddun Arab", atau "Tamaddun Parsi", atau "Senibina Mooris". lalu saya diminta hujjah oleh beliau.

Sesungguhnya kita harus tahu, bahawa apabila disebut Islam, maka lawannya hanya ad satu iaitu Kafir atau musyrik. Tak ada yang ketiga selepas Islam dan Kafir. begitu juga tatkala para pejuang islam berhaluan kiri yang kerjanya membangkang, ketika menerangkan jenis-jenis negara dari sisi agama; negara islam, negara kafir dan kemudian mereka munculkan satu lagi jenis iaitu negara umat islam. Ini satu hal yang pelik! kerna kalu begitu, harus wujud jenis ke 4 - negara umat kafir. dan begitu juga harus wujud manusia Muslim, manusia Musyrik dan manusia yang Umat Musyrik! Justeru yang benar hanya ad 2, iaitu Islam atau Kafir.

Lalu kalau dikatakan "ini senibina Islam" maka yang tak mempunya ciri-ciri sebegitu adalah "senibina Kafir"? Kalau disebut "ini Muzium Kesenian Islam" maka yang tak ad disana adalah "muzium kesenian Kafir"? Dan terus kita akan diingtkan dengan gagasan baru oleh 3 buah negara untuk membikin kereka Muslim, yang sesetengah orang berseloroh "kereta mu'min". maka yang selama ini kita pakai adalah kereta kafir? Ini satu hal yang lucu.

Coba kita tanyakan pada para ahli hukum, apa yang Islam tunjukkan dalam seni dan apa yang dilarang? Pasti para Cendiakawan Hukum akan berkata bahwa Islam menggariskan beberapa perekara dalam seni dan menetapkan sedikit larangan, yang semuanya adalah harus. Hinggakan terwujud satu prinsim umum yang dibina oleh Ibn Taimiyyah: "Asal Adat adalah harus hingga datang dalil yang melarang".

Lalu apakah boleh kita katakan "ini seni islam" padahal Islam tak menyatkannya langsung! Malah Islam berlepas diri dari penaman sebegini.

Saya tanyakn lagi, apakah seni itu sebenarnya terbit dari bangsa Arab? atau setelah nubuwah, Muhammad s.a.w mengubahnya menjadi satu seni baru? Tetapi yang nyata baginda meneruskan seni rupa yang wujud dan menghapuskan beberapa seni yang dilarang. Kemudian apakah Rasul yang memasukkan seni kubah dan menara dalam pembinaan masid? Pastinya tidak. Kemudiannya tatkala Islam merembah ke China, sehingga kaum muslim disana membina masjid dengan senibina budaya mereka - atap genting, di cat merah - , apakh masjid itu bersenikan buddha? Kemudian penda'wah datang ke tanah kita dan mengislamkan raja-raja kita, dan kita mula bangunkan masjid dengan awan larat dan segala rupa budaya tukang kita, maka apakah yang kita bangunkan itu adalah seni Hindu-Melayu? Begitu juga saat kerajan Delhi membina Kota Agra, Taj Mahal dan banyak monumen lain yang bersenikan bangsa India, apkh boleh kita katakn semuanya adlah seni Hindu?

Lalu apakah boleh kita katakan semua ini? Pastinya tidak.

Rupanya bukan setakat itu saja kesalahan kita berhenti. Ketika kita meletakkan seni budaya Arab-Parsi sebagai "seni yang dikhatankan dan di Islamkan" maka kita telah menzalimi seluruh rupa seni yang ada di muka bumi ini dengan memberikan "kekafiran" tanpa sengaja dan tanpa sadar.

Ketika Islam membuka Turki, dan memasuki Hagya Sofia dan menukarnya dari Gereja kepada sebuah Masjid, mereka tak menukarpun seninya walau seinci, melainkan membuang tanda salib dan ciri-ciri keagaman Nasrani. Dan mereka terus beribadah di dalamnya sehingga zaman kegemilangan kerajan mereka malap. Begitu uga saat saya mengetuk butang-butang di papan kekunci ini, apakah papan kekunci ini bersenikan kekafiran?

Begitu juga sesetengah para ulama kita yang bersorban dan berjubah, kadang yang bertasbih itu akan memandang sinis pada seorang yang berkemeja dan berseluar jean. Kononnya kita telah memakia pakain yang tak bersopan, pakain bangsa kapir. Padahal ketika nubuwah, Rasul tak melucutkan jubahnya, melurutkan sorbannya, kerna jubah dan sorban itu dipakai oleh pamannya - abu jahl, dan kerna jubah dan sorban itu pakaian bangsa quraisy yang musyrik. tetapi beliau tetap memakainnya sehingga ruhnya dijemput Tuhan. Apakah Nabi telah memakai pakain kufur? pasti tidak!

Begitu juga saat seorang mat saleh yang memelok Islam di kota New York atau di kota London, apakh dia harus membuang segala pakaiannya dan menggantikannya dengan pakaian Arab? Dia harus menggantikan topinya dengan semutar dan ketayap? Rasanya tidak, malah perbuatan memakai pakain pelik di kalangan masyarakat setempat adalah terlarang andai membawa fintah.

Sesungguhnya Islam tak pernah memberi satu bentuk pakaian sahaja, yang diberi petunjuk hanyalah prinsip-prinsip berpakain, sehingga dengan itu seluruh umat Islam mendapat keluasan dan kesenangan dalam berbusana. Yang pasti, kita tak harus mencerca pakain orang lain, malah adalah terlarang menghinakan pakaian Baginda.

Kemudian kesalahan kita makin membesar sehinggakan kita menamakn tamadun Arab dan Parsi itu sebagai Tamadun Islam. Tetapi kita berlaku curang dengan menamakn Tamadun Hindu dengan "Indus", tamadun Budha-Cunfusius dengan "Tamadun China", tamadun Nasrani dengan "Barat".

Apa alasan kita untuk berbuat begitu? Saya masih ingat ketika saya mempersoalkan penaman ini kepada pensyarah saya. Dia [guru saya] menegaskan bahawa hanya Islam yang melahirkan Tamaddun. Ini satu hal yang tak benar. Kalau kita suka meneliti, bahawa segal tamaddun silam lagir dari semangan religus, yang mereka semua ingin memenuhi kehendak tuhan lalu mereka bangunkan biara, mereka merenung bulan, membuat segala alat dan teknik serta tercipta segala ilmu.

Kemudiannya, kalaulah itu berupa tamaddun Islam, maka harus bagi setiap negara yang menjadi negara Islam memiliki teknologi dan ilmu yang serupa. kalau tidak pun, yang hampir sama. Kerana kita telah menetapkan bahawa tamaddun ini di bina atas pondasi Islam. Tetapi kelihatannya; ilmu, teknologi, alat, serta kehebatan itu hanya ada dalam ruang lingkup sesuatu kerajaan - bangsa - geografi sahaja. justeru bagaimana mahu kita jelaskan kepada dunia akan kalimat "Tamaddun Islam" dan penafian kepada tamaddun agama lain?

Justeru kalimat yang pas adalah Tamaddun itu harus dinasabkan kepad kerajan yang tertegak, atau kepada bangsa yang membina tamaddun itu semata-mata, tanpa harus di'bin'kan kepada sebarang agama.

Sesunguhnya para cerdik pandai kita telah bersikap gelojoh saat mengatasnamakn Islam kepada Kesenian dan Ketamddunan. Sehingga penaman itu tak memiliki hujjah yang kuat dan mereka terpaksa berputar-putar untuk mengukuhkan kehujjahan mereka.

Kita tak harus berasa malu kalu kita melepaskan nama "Islam" pada seni atau budaya atau tamaddun. kerna Islam tetap milik kita. Malah bangsa kita ini banyak sangat berkhayal hal-hal silam yang tak memberi kita sebarang kemajuan pikir dan kemajuan kebendaan.

Tak perlulah terlalu banyak lolucon dalam sikap beragama. Sehingga mungkin kaum sufi yang menuhankan Jalaluddin Rumi akan berkata: Tarian kami ini adalah tarian Islami - seni Islam.

Yang kita harapkan ialah kita beragama dengan Islam yang suci tak terkontaminasi. Kita isolirkan khurafat-khurafatan dan tahyul-tahyulan.

Dan saya akan terus berbicara hal ini.

Wednesday, January 23, 2008

Tajuk-tajuk yang akan dibeberkan

ada beberapa tajuk yang harus saya tuliskan sejak lama lagi tapi saya selalu kalumpanan [terlupa]. Maka insyaallah saya akn tulis juga sedikit-sedikit.

1) Ayah Pin Adalah Tuhan Sebenarnya
2) Mantiq Yang Menghujat Logis
3) Abu Syafiq Pengikut Tariqat Charutiyyah
4) Melurus Paham Demokritus
5) Yang Terluput Dari Ingatan

Sunday, January 20, 2008

Apa Benar Tuhan Itu Maujud?

Saya dikejutkan pada jam 1 pagi dengan deringan telepon. Rupanya Faruqi, seorang teman dari Sabah bertanya khabar. Hal ini biasa berlaku kepada saya. Dan saja juga selalunya akan berasa gembira tatkala ada seseorang yang mau berbicara sama saya. Ia bukan beban, atau kegelisahan. Gembira, dan aman.

Kata teman, dia diajukan dengan serangkai soalan dari seorang lelaki cina, teman sekuliahnya. Sebelum ini saya sudah diceritakan oleh Faruqi akan lelaki cina ini, dan saya menganggap dia sebagi lelaki yang coba memperdayakan manusia beragama kepada "agama untuk tak beragama". Ini telahan awalan saya, yang saya juga tak pasti apakah benar atau melencong. Selang masa dulu.

Tapi malam tadi Faruqi membenarkan andaian saya; bahwa lelaki cina itu tidak mau mempercayai agama dan tidak mau mempercayai wujud tuhan. Justeru anggapan saya sedari awal lagi bahawa dia [ lelaki cina itu] yang sering membelek-belek kitab Islam hanyalah sebatas mau mencari kesilapan logik dalam Islam lalu dia mempergunakannya untuk mewujudkan keraguan dan membawa kepada kemurtadan.

Sebenarnya saya bersimpati kepada lelaki itu, kerna sebenarnya dia adalah contoh manusia yang kecewa dengan agama nenek moyangnya - khayalanisme. Satu agama yang lahir dari imijinasi yang tak sempura, kerna yang digunakan dalam merencana setiap dasar dan hukum adalah minda yang terbatas kemampuannya. Agama itu kelihatannya sesuai dan digunakan oleh bangsa primitif, tetapi apabila ilmu dan teknologis berkembang, setiap manusia menyedari bahawa minda harus bebas lepas, banyak berpikir, banyak mencerap, manusia mulai banyak memperolehi pengetahuan, maka agama yang elok dan sempurna pada pandangan nenek moyang itu kelihatannya sudah tak relevan dan amat banyak cacat celanya dari ilmu logika dan ilmu semasa.

Begitulah yang dihadapi oleh lelaki cina itu; perasan yang tak keruan, antara menerima sesuatu yang tak logis atau membenarkan pemikiran sendiri yang terasuh dengan didikan ilmu sains moden. Seperti ditelan mati emak, diluah mati bapa. Lalu akhirnya setelah otaknya rungsing, dia membuatt kesimpulan yang ekstrim: bahawa agama adalah bikinan manusia yang hatinya keluh-kesa, tuhan adalah dongengan manusia zaman bahari. Yang sebenarnya ialah manusia itu telah dicukupkan dengan aqal, maka aqallah yang menentukan segalanya.

dia sebenarnya mengalami masalah mental - kecelaruan pemikiran; "sindrom penafian". Menafikan sesuatu yang dia tak dapat hadapi. Begitulah tabiat banyak manusia. Seperti orang yang bermasalah akan menafikan dia sedang bermasalah, orang yang sakit akan menafikannya dia sedang sakit, dan orang gila semestinya akn mengaku tidak gila, waras!

Bagaimana dia mahu menerima agamanya nenek moyangnya; tuhan itu berbentuk manusia - bangsa cina, punya jantina, malah boleh makan dan minum, butuh kepada pakaian, berkuntau dengan setan, kadang-kadang dewa atau dewi tewas di tangan setan dalam pertempuran. Semua ini tak rasional.

Sepatutnya tuhan itu tak bisa digambarkan oleh indera kita yang 5; Tuhan tak harus punya jasad seperti manusia, Tuhan tak butuhkan pakaian, Dia selalu [senantiasa] menang diatas tandingannya dan setan, malah Dia punya kekuasaan mutlak. Tuhan adalah sesembahan yang maha hebat, tak terjangkau fikiran.

Malah agama yang menunjuki kepada Tuhan itu juga tak harus punya kepemilikan-bangsa, kultur-budaya, seni-rupa. Kerna agama harus bersikap universal seperti Tuhan yang sarwajagat. Harus Tuhan dan Agama-Nya itu dimiliki oleh tiap-tiap bangsa, oleh tiap-tiap budaya, oleh tiap-tiap rupa, sehingga ia menjadi Tuhan yang sebenar yang telah menjadi pencipta makhluk-makhluknya yang berbagai bentuk. Walaupun berbagai rupa makhluk, tapi mereka menyembah tuhan yang satu. Inilah yang harus ada bagi tuhan yang memiliki jagatraya ini.

Kalau Tuhan itu bangsanya Cina, apa mungkin seorang India akan memelok agama Budha? Pastinya tidak! Kalau Tuhan itu berpakai sari, apakah mungkin orang Melayu yang bertengkolok akan menjadi Hindu? Pastinya tidak! Dan kalau tuhan itu selalu disajikan dengan ketupat, apakah seorang Nasrani yang makan pasta akan memeluk agamanya Melayu? Sungguh aneh!

Justeru kerana tekanan pikiran logisnya itulah mendorong dia murtad dari agama nenek moyangnya dan berpindah kepada satu agama baru: “kepercayaan untuk tak mempercayai sebarang kepercayan” – atheis. Ini kerana dia telah diasuh dengan pikiran sain moden yang bersikap sekular – memisahkan ilmu dengan keTuhanan.

Dan dia merasakan bahwa menjadi atheis seorang diri sangatlah membosankan, makanya dia harus mencari teman yang serupa dengannya – yang kecewa dengan agama imijinasi. Kerna itulah dia coba mengajukan banyak soalan yang berputar-putar pada prinsip logika kepada Faruqi, dengan harapan dia memperoleh teman sepermainan yang baharu. Memang duduk berseorangan melelahkan jiwa.

Kalau amoi cina kelarin tak mau menganut Islam kerana takut dipotong kelumbit kemaluan [walhal berkhatan bukanlah wajib], tapi lelaki cina ini bertanyakan tentang keadilan Islam, tentang hudud, tengan potong tangan.

Saya katakan: “ini bukan soalan yang wajar dari seoerang atheis. Dia sepatutnya mempersoalkan tentang kewujudan tuhan dan rasionalnya sebuah agama menjadi anutan, bukan mempertikaikan hukum-hukum didalamnya, kerna menafikan hukum belum mampu menafikan agama. Kalau ada hukum Islam yang tak benar, maka seorang Muslim mungkin akan menjadi seorang Nasrani akhirnya. Tetapi kalau dia berjaya meragukan akan kewujudan tuhan, pasti seorang Muslim akan mengikuti jejaknya – tak mempercayai tuhan”.

Tetapi mungkin lelaki cina ini mengerti bahawa agama yang benar adalah Islam, maka kalau dibuktikan bahawa ajaran Islam itu tak memenuhi piawai keadilan, sudah pasti penganutnya akan menjadi atheis, dan mustahil penganut nya akan memilih agama lain, kerna bagi penganut Islam, agama yang terbaik, yang sempurna, yang tak ada kesilapan, yang cemerlang adalah islam semata-mata. Maka yang murtad dan masuk agama lain, selalunya yang tak mengerti alif ba ta.

Saya katakan lagi bahawa persoalannya itu telah usang, semuanya telah terjawab oleh para cendiakawan Muslim. Tentang keadilan; apa yang dia maksudkan dengan adil? Apakah adil itu ertinya sama berat? Kenapa wanita itu diberi beban mengandung dan merasa azab bersalin, sedang laki-laki senang-senang saja? Itu tak adil. Atau ertinya persamaan? Mengapa lelaki sahaja harus mencari rezeki dan para isteri senang-senang saja di rumah? Itu tak adil! Mengapa wanita punya buah dada yang besar? Dan lelaki punya lebihan di celah kangkang? Seharusnya lelaki dan wanita harus sama!

Dan dia seterusnya mengatakan bahawa hukum potong tangan itu tak benar - zalim. Maka saya katakan bahawa apa yang dia akan lakukan kepada pembunuh ibu bapanya? Mengampunkan? Atau denda RM 25 000 atau humban ke sel selam 25 tahun? Atau dia akan tenang kalau pembunuh ibu bapanya dipancung batang leher?

Begitu juga pengetahuannya tentang pendidikan dan hukum sebenarnya terhad. Sehingga dia tak mampu mengerti bahawa dengan hukuman sebegitu, masyarakat akan terdidik untuk berkelakuan mulia dan terhindar kerosakan dalam masyarakat. Sehingga dunia zaman ini terpaksa akur dengan rekod jenayah Saudi yang begitu sedikit, dan dunia menyaksikan jenayah paling menggerunkan di Amerika, padahal Amerika adalah sebuah negara yang memperjuangkan “keadilan dalam versi manusia rasional”.

Terus saya ajukan; dia seharusnya cuba buktikan bahawa tuhan itu tak wujud, dengan sekelian dalil. Justeru bila dia berjaya meyakinkan kita bahawa sememangnya Allah itu adalah khayalan dari minda, seperti fatamorgana di tengah panas bolong, maka dia telah benar. Tetapi andai dia tak dapat membuktikan bahawa tuhan itu tidak maujud, dia haruslah beriman dengan Allah.

Begitu juga setelah itu dia harus buktikan bahawa dia sememangnya hidup, punya penghidupan, bernyawa. Dia – lelaki cina itu – bukanlah khayalan seperti dalam filem Metrik. Apa yang dia lalui dalam “hidup”nya adalah benar, bukan palsu.

Kalau benar manusia itu terwujud dengan sendiri, bukan dengan ciptaan Tuhan, berevolusi dalam ribuan tahun yang dikutip dari teori Darwin, mengapa terwujud lelaki dan perempuan; satu punya faraj, serta satu lagi punya zakar? Mengapa bukan 1 jantina, atau 3?

Inilah antara soalan yang harus kita tanyakan kepada kaum Agama Atheis. Kita janganlah menuruti kehendak mereka dengan menjawab semua soalan logis mereka, tetapi sepatutnya kita yang mempersoalkan mereka tentang keyakinan mereka. Menjawab yang paling mujarab ialah dengan menyoal kembali. Jadi, saya merasakan soalan ini sudah cukup untuk membuat dia terdiam dan meninggalkan metoda logisnya dalam berfikir hal ketuhanan dan keagaman.

Sebenarnya, untuk tidak mempercayai wujud tuhan itu terlalu sukar ketimbang beriman dengan maujud Allah. Menafikan sesuatu yang ada itu kan sulit, sedang membenarkan sesuatu yang terbentang di depan mana itu terlalu mudah.

Friday, January 11, 2008

Hanya Kerna 5 Huruf

sekelompok cerdik pandai kita macam tersergah puntianak di siang hari lakunya. ketakutan sehingga berbeliak anak mata. hampir terjojol keluar.

kedengarannya agak lucu, tapi ini benar. semua gara-gara kerana satu kalimat, yang kalimat itu tak lebih dari 5 huruf. tapi dek kerana cerdik pandai kita ini berpikir jauh maka kerna 5 huruf itu lah mereka bertekun-tekun meggubal satu undang2 buat digunapakai oleh satu negara - 25 juta manusia.

maka setelah itu siap sedia satu hukum, bahawa kalimat yang satu itu khusus untuk kaum mereka semata. andai kaum lain menggunakannya maka boleh ditangkap, disumbat dalam penjara dan disiksa, atau dibayar denda dengan sejumlah wang yang besar.

lantas kepada sekian cerdik pandai itu ditanya alasannya. maka jawabannya mudah. bahawa "Allah" itu khusus untuk kaum Islam. kalaulah kalimat Allah itu nanti digunapakai dalam Injil, Veda dan ajaran-ajaran lain, nescaya banyaklah manusia muslim itu akan murtad. padahal perbedaan allah, tuhan, rab, loard, god, hampir tiada, tetapi apabila dikenang bahawa apabila kalimat Lord atau God atau Tuhan itu diganti dengan Allah, maka nanti lama kelamaan manusia muslim itu akan terpengaruh dengan ajaran agama lain, dan akhirnya nanti apabila telah lama didengungkan dan disajikan dengan nama Allah, manusia muslim tadi akan meninggalkan Islam dan menjadi murtad.

ini alasannya. ini kata cerdik pandai kita.

tapi rupanya ada orang yang tak bersetuju dengan cerdik pandai kita.

kata orang bodoh pandir kita bahawa tindakan mengharamkan kalimat Allah dalam injil, serta buku2 agama lain merupakan langkah kebelakang. malah tak ada negara yang berbuat seperti itu melainkan negara ini. dan kemudian dengarnya nanti USA juga akan berbuat demikian - mengharamkan umat muslim menggunakan kalimat God sebagai ganti Allah.

sebenarnya tindakan pengharaman ini berupa tindakan pelik. dan ia tak pernah dipikir orang yang bodoh pandir, mungkin ia hanya wujud dalam otak para cerdik pandai sejemput itu sahaja. bagaimana tak dikatakan pelik, kerna mereka yang mahu menukar kalimat god kepada Allah, maksudkan tuhan yang menciptakan itu Allah juga. malah dalam kitab suci kita pun telah Allah nyatakan bahawa para kaum lain memang mengakui Dia sebagai pencipta. lalu apakah daya kita sebagai pengikut Allah, mengharamkan sesuatu yang Dia halalkan? dan apa hak kita untuk berbuat demikian?

seolah-olah kaum kita ini mahu meng"ekslusifkan" Allah itu khas untuk kita, buddha untuk kaum budhis, jesus untuk kaum salibi. maka akhirnya jadilah Allah itu tuhan untuk satu kaum sahaja, tak universal. malah ia lebih hampir seperti keinginan kaum melayu untuk punya tuhan sendiri, seperti meniru kaum lain yang punya tuhan dengan wajah dan rupa seperti mereka.

kalau kaum india punya tuhan perut buncit, warna biru, misai panjang, bajunya pun baju bangsa india, sementara kaum cina punya dewa-dewi yang matanya sepet, kulit kuning langsat, bajunya pun baju orang cina, maka sudah tiba rasanya bagi kaum melayu punya tuhan khusus bagi melayu - Allah. mereka mau jadikan allah hak milik bangsa melayu. padahal amat jauh bedanya antara tuhannya kaum india dan tuhannya kaum cina dengan tuhannya kaum muslim. mereka menjelmakan tuhan dari pemikiran mereka, kerna itulah tuhan itu berbentuk seperti mereka - manusia berbangsa. dan mereka tak mahu tuhan yang mereka ciptakan dari imijinasi mereka itu menyerupai bangsa lain, dan mereka tak mahu tuhan itu tak berbaju selain dengan baju mereka. tetapi allah berupa tuhan yang bukan lahir dari imijinasi, melainkan dari wahyu, dan allah tak layak mengambil rupa makhluk Dia sendiri.

justeru apabila allah sendri nyatakan dalam al quran bahawa para musyrikin juga akan mengaku Dia sebagai pencipta, dan Allah juga tak menghalang para kaum lain untuk menyebut namanya kerna memang mereka maksudkan Dia, maka sudah pasti ia berupa hal yang banyak manafaatnya kepada sekelian manusia.

ketika seorang sami atau paderi mengatakan bahawa mereka menyembah allah, dan kita juga menyembah allah, maka kita telah bersetuju kepada satu asas, iaitu kita menyembah tuhan yang sama, lantas ia akan menimbulkan rasa kebersamaan yang akan memberi ruang selesa kepada satu persoalan baru: apakah cara ibadah sebegitu yang dituntut oleh tuhan Allah? dan apakah yang diimani tentang tuhan yang satu itu benar ataupun menyeleweng?

dan kegusaran yang menyarang dalam pikiran cerdik pandai kita itu pun tak berasas. kalaulah takutkan penukaran God kepada Allah akan membawa kepada manusia mudah murtad, maka patutlah kita memadam perkataan yahudi dan nasrani dalam al quran, dengan harapan manusia muslim yang membaca kitab suci kita tak akan terdorong menjadi murtad. tapi apakah penyebab mereka tak terfikir hal ini.

justeru kita mengharapkan agar para cerdik pandai ini kadang-kadang harus berpikir seperti kita - para bodoh pandir.

Monday, January 07, 2008

Partai Orang Biasa

Dahulu, dalam wisata ke Jakarta, saya sempat membeli sebuah buku karangan We We, penulis pojok majalah TEMPO - "Partai Orang Biasa".

Saya tak berminat untuk mengulas pandangan We We dan bukunya. Yang saya kepingin ialah jodolnya. memberi satu pengharapan bahawa rakyat biasa juga ingin memiliki sebuah partai, yang memperjuangkan nasib mereka sebagai orang biasa, dan sebuah gagasan yang semuanya biasa-biasa saja.

Ini adalah sebuah gagasan yang tak idealis tetapi praktis.

Idealis selalunya menuntun kita kepada jurang yang tak relevan, yang tak mungkin bisa digapai malah kadang membawa kepada sesuatu yang mustahil bagi manusia waras. Kerana itulah banyak gagasan besar dari para politikus muslim adalah sebuah fatamorgana yang bisa kita sebut sebagai uthopia. justeru apa gunanya idealis tapi tak membawa apa-apa makna kepada perbaikan masyarakat?

kita sudah penat dengan bermacam gagasan besar dari para tokoh besar yang mengambil langkah besar serta langka masa yang besar pula. tetapi hasilnya tiada kelihatan walau setitik huruf.

justeru yang lebih bagus ialah sebuah gagasan yang rasional yang menghantarkan kepada muara praktikal, walaupun kelihatan gagasan ini tak punya idea besar.

kerana itu saat para pejuang Islam di Malaysia mencanangkan gagasan besar mereka; mahu mewujudkan sebuah negara Islam Malaysia, kelihatannya ini sebagai gagasang yang tak berapa praktis.

pertamanya ialah andai mahu menjadikan negara malaysia ini sebuah negara islam, bermakna bahwa malaysia belum menjadi sebuah negara islam.

keduanya ialah apakah corak negara islam yang ingin mereka tegakkan?

ketiganya saya telah bersusah payah tanyakan kepada para pejuang ini, apakah syarat-syarat sbuah negara islam itu, rukun-rukunnya dan batas-batasnya, yang dengan ini mudah kita gunakan untuk mengukur sejauh mana keislaman sesebuah negara.

tetapi malangnya, persoalan ketiga ini tak diketahui lagi hingga saat saya menulis artikel ini. justeru yang mereka nyatakan "syarat menjadi sebuah negara islam harus menjalankan hukum allah"

lantas saya tanyakan kembali "segalanya harus berjalan?".

"ya" bilang mereka.

"100 %?"

angguk kepala mereka.

"hudud, aqidah, muamalah, syiasah dan semuanya?"

"ia, semuanya harus tegak berjalan" bilang mereka secara pasti.

lalu saya tanyakan kembali: "Kapan ajalan al quran dan as sunnah itu ditegakkan secara sempurna? melainkan terakhir di zaman sahabat! lalu apakah sesudah itu tiada negara islam lagi? kalau begitu, kalian mengimpikan sesuatu yang mustahil kerna andai tabi'in sudah tiada kemampuan untuk menegakkannya, maka kalian yang terlalu jauh dari pendidikan nabi lebih mustahil untuk menjayakan sesuatu yang mereka tak bisa jayakan".

lantas mereka berkata: "tidak begitu, yang harus berjalan ialah undang-undang yang mengawal manusia - hudud".

"sebentas sahabat. saya belum habis berbicara. kalau kalian katakan bahawa semua hukum islam, maka yang terbesar ialah hukum iman, kemudian barulah hukum amalan. justeru apakah ajaran iman yang kamu ingin tegakkan? mu'tazilah? jabariyah? syi'ah? atau apa? atau sembarangan saja asalkan ia ada jenama islam? lalu kemudian kalian katakan hukum allah itu sebatas hanya hudud. dari mana kaliam berpahaman sebegini? apakah dari nas al quran? atau hadith? atau atsar? atau kalam ulama mu'tabar?"

terus menerus mereka mendiamkan diri.

"ini terlalu idealis sehingga tak logis dan praktis."

kemudian wahai teman, kita kembali ke dunia nyata. kita berada di malaysia. ketahuilah bahawa seramai 20 juta lebih rakyat kita ini, manusia yang mengucapkan kalimah tayyibah hanya separuh. dan dari separuh itu yang tak pedulikan islam; di nyatakan 9 daripada 1 manusia muslim tidak bersolat.

itu yang pertamanya. yang seterusnya ialah bangsa muslim ini terpecah kepada 2 kaum, tang memegang keris dan yng menggapai bulan. tetapi kemudian telah wujud kaum-kaum lain seperti bulan pecah yang berkepala kerbau, ada juga yang mau masuk kaum roket, dan juga penumbuk tangan. justeru, apakah mungkin manusia muslim ini yang berkaum-kaum ini akan mampu menegakkan islam dengan sistem pilihanraya?

ketiganya ialah kalaulah kaum-kaum muslim itu bisa disatukan dalam sebuah partai, tak kira lah partai cap apa, apakah cap payung, atau cap atap, tetapi jumlah mereka tak melayakkan menduduki kerajaan. kita perlukan 2/3 untuk berkuasa dan menggubal undang2 negara. walhan jumlah kita kalau dicampur yang hampir menemui allah dan yang baru keluar mengjengok dunia dan yang baru berkhatan dan yang cacat dan yang sakit di rumah perawatan, jumlahnya tak mencukupi!

justeru, paham partai adalah satu paham yang tak keruan!

kalau mereka berandal bahawa masuk partai hanyalah untuk memastikan sekurang-kurang islam berlangsung dengan aman - "power of balance" - maka apa perlunya kalian membikin banyak partai?

kalau dikatakan bahawa partai cap keris tak mahu menegakkan islam, dan kalian telah menda'wahi sekian lama. maka itu sebagai bukti bahawa kalian punya metoda da'wah tak ampuh, uslub da'wah kalian cacat. justeru apakah dengan tak sempurnanya metoda kalian itu membolehkan kalian membikin partai baru?

dan apakah wujud kalian itu mewujudkan masyarakat yang lebih aman, islam yang lebih jernih dan keadaan yang lebih menguntungkan islam? pada hakikatnya kewujudan kalian banyak mengundang musibah dan salah-paham terhadap islam.

begitu juga apa yang kalian perjuangkan? apakah penegakan negara islam? atau penegakan khalifah al uzma yang yang wujud dizaman sahabat sahaja? atau kalian mengakkan tauhid sebagaimana para rasul allah?

katakan seorang dari kalian ketemu dengan seorang lelaki yang berusia 21 tahun, yang sudah boleh mengundi. apakah kalian akan da'wahkan dahulu kepadanya? bersolatlah engkau? atau ajarkan sifat 20 kepadanya? atau nyatakan bahawa keadaan sekarang ini genting, semuanya mahal, curi, rogol, bunuh berleluasa, semuanya kerana tidak menegakkan Hudud?

pejuang islam harus menginsafi, bahawa kejadian manusia, peperangan, pembunuhan, kewafatan, hari hisab; semuanya dibangunkan atas pondasi Iman. tetapi nyata kita tak peduli iman walau sesaat, yang kita pedulikan hanyalah Hudud dan jinayat.

ini satu paham yang tak keruan

kerana kepebulian kita bukan pada yang sepatutnya, maka kita telah menzalimi diri kita dan juga mezalimi rasul kerna tugas utama rasul ialah menyebar tauhid dan menzalimi allah kerana membiarkan syirik, tahyul, khurafat dan bid'ah berleluasa.

sehinggakan para tokoh kita juga tk terlepa dari pelanggaran syariat!

apakah kalian merasa aman dngan penjualan air jampi tok guru? kismis doa? salayat syifa' ?

kalau klian katakan itu khilaf, maka apakah tak mungkin akan ada orang berkata kepada kalian: "khilaf malasia negara islam, khilaf penegakan syariat, khilaf itu... khilaf ini.... khilaf...."

justeru, perjuangan kalian harus bermula dengan apa yang telah allah nyatakan dan dipraktikkan oleh rasul-nya.

nabi tak berpartai, sahabat juga tak berpartai, tabi'in tak punya partai, begitulah para imam lain dari kalangan imam kaum muslimin. tetapi mereka berjaya menegakkan kalimah allah. sedangkan kalian telah bergelumang dengan partai sekirat 50 tahun tanpa hasil.

tetapi tanpa kita sadari, wujud sekelompok manusia yang mengajak kepada allah dengan memulakan panggilan da'wah seputar aqidah, yang denan aqidah ini manusia lolos ke dalam syurga atau dicampak k neraka. mereka tak punya bendera, tak punya perlambangan, tak ada partai, tak ada perlembagaan. mereka berpisah disetiap penjuru dunia tetapi mereka bersatu pada kalimah tayyibah. mereka lah manusia yang biasa-biasa, tak inginkan kerusi, tak ingin masuk partai, tak sudi bergelumang dengan demokrasi dan mereka tak punya ambisi yang besar seperti ambisinya para politikus yang akhirnya menjerut leher dengan rasuah, tak punya angan-angan besar seperti para politikus yang akhirnya angan-angan itu tak mampu dicerna oleh akal waras, mereka tak mencari dunia tetapi dunia mencari mereka.

sesungguhnya partai orang biasa ialah menda'wahkan tauhid tanpa peduli apakah akan ada sekatan, apakah akan dipulau, apakah akan dipenjara, apakah akan dihina, apakah tak akan ada seorang pun yang menurut. bagi mereka, hidup, kejayaan, kematian, kuasa, kemegahan dan segala apa yang bisa di gapai dan disebut oleh lidah ini, semuanya datang dari Allah. lalu allah hanya akan menganugerahkan segala kehebatan itu bagi manusia yang menegakkan tauhidnya, seperti dia telah anugerahkan kepada setiap nabi dan rasulnya.

kita mahu memasuki partai orang biasa yang praktis dan logis
kita tak mahu masuk partai yang idealis tapi tak praktis, malah partsi ini tak menepati syariat Rabbul izzati.

Wednesday, January 02, 2008

kala tumbangnya sang pemimpin

Saya tak pasti, apakah yang menyarang dalam minda marga Pakistan saat Benazir Buttho tumbang ke bumi. apakah mereka berasa dunia sudah kelam - tiada harapan yang tersisa; atau merasa aman kerna figur sang Syiah telah sekses dilenyapkan; atau mereka tak peduli akan dia - politikus yang kerjanya adalah berkubang dalam partai - pemilu - demokrasi - demontrasi, kerna kala tumbang dia, pastinya dendam memuncak, kemarahan mewabak, dan kebencian meluak-luak. dan yang pastinya dia akan digantikan oleh seorang lagi Buttho. ini sudah pasti.

kemudian setelah dia disemadikan - apakah upacara itu diatur mengikut sebagai seorang sunni, atau syi'i, yang pasti dia akan dipertanggungjawabkan oleh Rabb di barzah. kemudian dia pasti didatangi malaikan nungkar dan nagkir, lantas ditanyakan serangkai soalan yang soalan ini sudah ketahuan orang.

"Siapa Rabb mu?"

amat menghairankan kerna walaupun sudah dihapal setiap hari jawbannya, namun saat malaikan itu bertanya, yang menjawab hanyalah iman - Allah rabb ku.

"siapa nabi mu?"

ah! soalan apa ini?

kapan dia mau tanyakan kepadaku bagaimana aku mati? siapa yang menembak di batang leherku? apakah aku mau pembelaan atas terbunuhnya aku? apa dia tak mau tanyakan kepadalu siapa aku - sang perdana menteri wanita pertama dunia Islam? malah aku ini kan telah banyak jasanya dalam membangunkan negara - dan partai PPP ku itu adalah perjuangan murni, yang dengannya berupa tiket untuk lolos masuk syurga!

tapi nampaknya utusan allah itu bertanyakan soalan-soalan seputar iman! bukan politik, bukan ekonomi, bukan seni. bukan...bukan...bukan....bukan semua itu, meliankan tauhid!

sehinggalah kita tersadar bahawa saat sebelum kita dilahirkan yakni ketika kita dalam sulbi Adam, kita telah ditanyakan oleh Tuhan akan sesembahan yang haq hanyalah Dia. maka kita pun bersaksi "bala syahidnya" - benarlah! engkau sesungguhnya sesembahan yang haq". kemudian barulah kita dilahirkan. kalau dia mendiami keluarga majusi maka jadilah dia seorang majusi. dan kalau dia dilahirkan oleh ayah dan ibu nasrani maka menjadilah dia seorang nasrani, begitulah juga kalau dia seorang muslim maka menjadi seorang muslim lah dia.

lantas apabila dia menjadi seorang muslim, kewajiban yang terpundah diatas bahunya ialah menda'wahkan seorang majusi tadi kepada agamanya. menerangkan cahaya kepada seorang nasrani tadi agar mensucikan allah semata.

kalau dia seorang majusi atau nasrani, maka menjadi kewajiban kepadanya untuk meninggalkan agamanya dan kembali kepada persaksian yang telah dia ikrarkan saat dia ditulang sulbi. dan dia harus pasrah untuk mentauhidkan allah.

kemudian apabila majusi itu ingkar memelok islam, malah dia juga tidak mahu tunduk kepada kerajaan islam. maka saat itu telah terbentang kepada pemimpin muslim untuk menyerang negara si majusi itu sehingga mereka mengucapkan kalimah tayyibah atau tunduk patuh membayar jizyah.

bila telah ada rencana bagi melanggar negara majusi tadi, maka berbondong lah manusia yang inginkan syahid - satu maqam yang tinggi, menempati syurga tanpa hisab, yang jasadnya akan kekal dan tiada dikapankan, dikubur dengan penuh kebanggaan dan akan dikenang sepanjang zaman. dan sebagai seorang muslim, apabila ditiup sangkakala, menjadi tanggungjawabnya untuk menghunus pedang bagi mengibar kalimah allah dimuka bumi ini. lalu kalaulah dia melarikan diri saat itu, amatlah berdosa besar dan menjadi hinalah dia.

begitulah para sahabat yang ghairah untuk berperang, sehinggakan allah nyatakan dalam al kitab bahawa tinggalkan sedikit para pemuda untuk ngaji agama supaya nanti apabila perang selesai, pemuda yang ngaji agama itu bisa menyebarkan ilmu agama kepada para soldadu tadi.

harus kita ingat, sepanjang hayat rasul, tiada satu pun peperangan yang dibangunkan atas dasar politik, atau ekonomi, atau seni, atau apa saja alasannnya, meliankan semuanya bersumber dari penolakan kaum kuffar akan tauhid. begitu juga peperangan salib yang berlangsung ratusan tahun. perjuangan salahuddin al ayubi dan sekian banyak lagi peperangan yang dituntut oleh agama - semuanya berpaksi atas bendera iman.

kita kembali kepara tragedi baru, saat sang pemimpin wanita itu didatangi 2 malaikat, dia tak dipertanyakan langsung akan sumbangannya dalam politik, tak ditanyakan langsung apakah dia telah menegakkan hudud sepanjang dia berkuasa, tak ditanya apakah dia bersengkongkol dengan Presiden Musharaf si Bareilwi atau kaum sekular atau liberal atau quraniyyun. tetapi soalan yang akan meluluskan dia untuk ditanya soalan yang seterusnya ialah soalan tauhid. kalau soalan pertama ini sudah gagal untuk dijawab, maka tak perlu ditunggu lagi untuk dia diajukan solana kedua, ketiga, keempat dan seterusnya, dan dia akan dihumban ke neraka.

justeru kita dihidupkan, dimatikan, disuruh perang, dijadikan alam dan segala isinya, amala terbesar, syarat dimasukkan syurga atau dihumban keneraka: semuanya kerna Iman.

akhirnya, kalaulah boleh Benazir Buttho kembali kedunia - seperti paham karma - maka sudah pasti dia akan meneriak kepada teman-temannya: "Politik telah melalaikan keluargaku". aku akan bersaksi bahawa tauhdi adalah perjuangan para nabi, dan seharusnya aku meneruskan perjuangan itu".

tetapi malangnya, hidup didunia ini hanya sekali. yang selebihnya akan hidup di alam lain. dia telah pergi dengan membawa amalnya. kita tak pasti apakah dia seorang sunni, atau seorang syi'i atau seorang yang tak peduli. moga keimanannya akan membawa kepada keadilan Allah. masuknya ke neraka, atau ke syurga adalah urusan allah, bukan urusan manusia.

tetapi yang masih tertinggal didunia ini harus mengambil pelajaran.